PEOPLE
JURUIRING PRESIDEN MEMBANGGAKAN AYAHNYA
15 Feb 2022
Salah satu sebab pegawai Komando ini menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Adikung Kehormat presiden Singapura, adalah untuk menghormati mendiang ayahnya.
Salah satu sebab pegawai Komando ini menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Adikung Kehormat presiden Singapura, adalah untuk menghormati mendiang ayahnya.
Semasa dalam perbarisan merentasi Padang dalam pratonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2015, Kapten (KPT) Vaithalingam Venod Kumar masa itu, dapat melihat ayahnya menyaksikan perarakan dari galeri tempat duduk. Ia merupakan detik yang membanggakan lagi penuh beremosi baginya.
Encik Kannusamy Vaithalingam yang sebelah tubuhnya lumpuh akibat serangan strok yang melemahkan tubuhnya, dan menghidap dementia – dia mungkin tidak dapat mengerti apa yang sedang berlaku, atau mengenangkan tentang hasratnya untuk melihat anak-anaknya berpakaian seragam di NDP.
"Abang saya terburu-buru untuk menarik perhatian ayah dan menunjukkan wajah saya kepadanya," kata MEJ Venod, yang ketika itu Komander Kawalan Kehormatan Kontinjen.
"Pada masa itu, ayah saya sudah pun menghidap strok dan dementia. Oleh itu, saya tidak dapat menerangkan kepadanya tentang tugasan saya ini. Tetapi saya tahu ayah akan tentu gembira menyaksikan saya di perarakan."
Encik Kannusamy adalah bekas pegawai polis. Beliau meninggal dunia pada 2019 pada usia 68 tahun.
Ayahnya adalah pendorong utama MEJ Venod menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Adikung Kehormat, atau HADC, apabila diberikan peluang.
"Sekiranya ayah masih hidup, dia pasti akan menggalakkan saya dengan berkata, 'Hei, pergi dan lakukannya!'" kata pegawai berusia 41 tahun itu, kini seorang pegawai staf dalam Perkhidmatan Bersama.
Sebagai HADC, beliau akan meneliti dan memastikan keperluan Presiden Halimah Yacob dipenuhi di samping menemaninya di majlis, upacara atau acara negeri. Beliau juga membantu merancang dan menyelaraskan acara-acara tersebut.
MEJ Venod telah dilantik sebagai HADC tahun lepas, tetapi majlis pelantikannya tidak diadakan disebabkan oleh sekatan COVID-19.
Impian sepanjang hayat
Tugasan sebagai HADC adalah tugasan sukarela, yang dijalankan sebagai tambahan kepada jawatan tetapnya sebagai pegawai Komando. Tetapi MEJ Venod, yang sudah berumahtangga, rela meluangkan masa tambahan.
Dapat berdiri di sebelah Presiden di acara-acara negara adalah suatu impian yang menjadi kenyataan baginya. Sejak dari bangku sekolah menengah lagi, beliau sudah tertarik hati dengan imej Presiden Singapura yang diapit oleh dua orang warga beruniform, HADC, di TV dan dalam akhbar.
Salah seorang HADC selalunya terdiri daripada anggota komando yang memakai Beret Merah yang distingtif, kata MEJ Venod, sambil menyenaraikan nama bekas komando yang telah berkhidmat sebagai HADC selama beberapa dekad.
"Saya berkata kepada diri sendiri jika saya ingin menyertai Tentera Darat, saya mahu menyertai unit Komando."
MEJ Venod berharap sebagai HADC sekarang, beliau dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk menjadi Komando, sebagaimana Komando HADC generasi sebelumnya telah menginspiraskannya.
Membanggakan ibunya
Sebagai seorang HADC, ibunya juga dapat melihatnya menjalankan tugas di tempat kerja, tambahnya.
Beliau tidak dapat berkongsi banyak tentang pekerjaannya dengan ibunya kerana sifat sensitif yang berkaitan dengan latihan dan misi Komando.
"Setiap acara Istana yang saya sertai, ibu akan sentiasa bertanya sama ada dia boleh melihatnya di Facebook Puan Presiden," kata MEJ Venod.
Tambahnya lagi: "Saya berasa gembira kerana peranan dan tugasan saya kini yang boleh (lihat) dan difahami oleh ahli keluarga saya, dan membanggakan ibu saya sekarang.
"Bagi saya, memberi kegembiraan pada peringkat hidup ibu saya sekarang adalah sesuatu yang amat berharga."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

