TECHNOLOGY
INOVASI DENGAN MISI
01 Aug 2017
Dengan kerumitan bidang keselamatan maritim dan ancamannya yang sentiasa berkembang, terdapat keperluan untuk memahami dan menjejaki apa sahaja di pinggir laut dengan cepat.
Untuk menyelesaikan isu ini, sebuah pasukan yang terdiri daripada jurutera-jurutera pertahanan dan ahli-ahli sains telah bekerjasama rapat dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bagi mewujudkan Sistem Keselamatan Maritim Kebangsaan (NMSS). Sistem tersebut menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan analisis data untuk menyediakan gambaran situasi maritim bersepadu.
Ini membenarkan agensi-agensi maritim memantau lebih daripada 1,500 buah kapal penghantaran komersial di perairan Singapura, yang seterusnya membolehkan agensi-agensi kebangsaan mengesan dan memantau ancaman keselamatan maritim dan menyelaraskan tindakan operasi.
Ketua Pembangunan Keupayaan (Pembangunan C4I) Wong Rong Fah, yang menerajui pasukan yang melaksanakan penyampaianNMSS, berkata sistem tersebut memberikan kelebihan dalam pemprofilan dan mengenal pasti ancaman dengan menyediakan amaran awal terhadap potensi ancaman maritim.
"Biasanya, operator menghabiskan banyak masa memahami data secara manual. Dengan NMSS, kita boleh menghubungkan semua maklumat berkaitan secara automatik," jelas jurutera pertahanan.
Sejak menyertai Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) pada tahun 2000, En Wong telah terlibat secara aktif dalam pembangunan sistem Perintah dan Kawalan bagi SAF. Projek paling terkini beliau termasuk kerja dalam bidang analisis data dan beliau menganggap NMSS sebagai salah satu pencapaian terbesar beliau.
"Bila-bila masa sahaja saya melihat NMSS digunakan dalam operasi harian sebenar, saya rasa bangga menjadi jurutera pertahanan dan juga menjadi lebih bersemangat kerana saya mempunyai sebuah pasukan cekap yang bekerja dengan saya untuk memastikan kejayaan NMSS," beliau mengenang kembali.
Apabila ditanya apa yang diperlukan untuk menjadi jurutera pertahanan, beliau menjelaskan bersikap ingin tahu, ketabahan yang tinggi dan pemahaman yang mendalam terhadap sains dan teknologi.
Inovasi juga memainkan peranan yang sangat besar dalam budaya DSTA. Terdahulu tahun ini, sebuah makmal baru telah dibina khusus buat jurutera pertahanan untuk membuat uji kaji dan memfokuskan pada AI dan analisis data. Apabila dimanfaatkan dengan sewajarnya, dua bidang ini boleh digunakan untuk mengeksploitasi kemajuan dalam teknologi, memberikan tindak balas kepada ancaman yang berubah-ubah dan menyokong keperluan Kementerian Pertahanan dan SAF melalui maklumat masa nyata.
Dari pembangunan penyelesaian teknologi yang inovatif hingga pencapaian terkini dalam teknologi, sentiasa hadir rasa bangga dan kepuasan melihat projek-projek berjaya dilaksanakan.
Tegas En Wong: "Sebagai seorang jurutera pertahanan, terdapat rasa pencapaian dalam melihat usaha kami dalam percubaan, prototaip dan reka bentuk, mencapai kemuncak dalam penyampaian sistem yang dapat meningkatkan kecekapan operasi SAF."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.


