IBU SAYA, SEORANG SUKARELAWAN

07mar21_photo1topEd4 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/07mar21_photo1toped4.jpg?sfvrsn=88d81ccf_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IBU-SAYA-SEORANG-SUKARELAWAN
IBU SAYA, SEORANG SUKARELAWAN https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/IBU-SAYA-SEORANG-SUKARELAWAN
07 May 2021 | PEOPLE

IBU SAYA, SEORANG SUKARELAWAN

Pada usia 45 tahun, ibu tunggal SV1 Indira Devi menyertai Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) untuk memberi inspirasi kepada anak lelakinya dan mempersiapkannya untuk menjalani Perkhidmatan Negara.

// KISAH TEO JING TING

// FOTO KENNETH LIN & IIHSAN SV1 INDIRA

Imej pembuka tirai: SV1 Indira menyertai Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura pada 2016 kerana ingin mempersiapkan anak lelakinya untuk menjalani Perkhidmatan Negara.
English 华文
English 华文

Lazimnya anak lelaki akan menerima surat daripada ibu bapa mereka semasa menjalani kem lapangan dalam Latihan Asas Tentera, tetapi sukarelawan SAFVC (SV) 1 Indira pula menerima daripada anaknya.

Di dalamnya terukir pesanan ringkas dan penuh bermakna: "Ibu selalu menyuruh saya agar jangan sekali-sekali berputus asa. Saya pasti itulah yang akan ibu lakukan."

Ia berlaku pada Februari 2016. SV1 Indira baru saja melengkapkan kawad laluan semasa latihan Kor Relawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) apabila dia diberikan surat itu.

"Saya benar-benar terkejut dan menangis kerana ia menyentuh hati saya!" kata SV1 Indira sambil bergelak.

Menyahut cabaran

Dilahir dan dibesarkan di India, SV1 Indira bertapak di Singapura pada usia 26 tahun. Dia kemudian bertemu dengan bekas suaminya dan dua tahun kemudian, melahirkan anaknya.

Pasangan itu bercerai semasa Sarjan ke-3 (SG) (NS) Rahul Kurup berusia tujuh tahun. Semenjak itu, SV1 Indira kekal menjadi ibu tunggal.

Membesarkan anaknya seorang diri bukanlah mudah. Tetapi apa yang merisaukan SV1 Indira adalah dia tidak tahu bagaimana untuk mempersiapkan anaknya untuk menjalani Perkhidmatan Nasional (NS).

Bagai ditakdirkan, dia meluahkan hasratnya kepada seorang rakan untuk menyumbang kepada Singapura dengan cara yang bermakna dan dia pula mencadangkan agar menyertai SAFVC.

SV1 Indira (kanan) dan rakannya SV2 Chew Suet Mei menjalani Latihan Asas SAFVC pada Jun 2016.

"Semasa membesar di India, saya selalu kagum dengan Singapura dan kecekapannya (di sini), justeru, saya terfikir untuk memberi sumbangan dengan cara yang bermakna," jelas SV1 Indira.

Sukarelawan berusia 49 tahun ini, kini bertugas sebagai Staf Infomedia di Pusat Maklumat Tentera Darat.

Dia juga ada alasan ketiga untuk menyertai SAFVC: Ayahnya berkhidmat dengan Tentera India dan selalu mengharapkan agar anak-anaknya mengikuti jejak langkahnya.

Menjadi pendisiplin

Walaupun SV1 Indira sudah bersedia dari segi mental, dia hampir menangis setelah menjalani Latihan Asas (di mana SV membiasakan diri dengan tentera) selama tiga hari.

Terlalu letih setelah menjalani latihan fizikal yang menjerihkan – susuk badan berusia 45 tahun ini sudah tak larat menanggungnya lagi.

"Tetapi setelah saya melepasi titik pecah itu, keadaannya bertambah baik. Saya sedar walaupun anda tertekan untuk melampaui batasan anda, SAFVC akan menjaga keselamatan anda," kata SV1 Indira, yang bekerja sebagai ketua pengurusan perubahan (pejabat digital) di sebuah syarikat pengangkutan tempatan.

Dia kini berasa yakin anaknya juga akan dijaga dengan baik apabila dia mendaftar.

Pada 24 Jun 2016, SV1 Indira (kanan) menamatkan Kursus Latihan Asas SAFVC bersama-sama ibu (tengah) dan anak di sisinya.

Yang ironiknya, ia juga menandakan permulaan "derita" Rahul 3SG (NS). Seorang ibu yang relaks sebelum ini, SV1 Indira menjadi lebih tegas tentang ketepatan masa dan menegakkan disiplin di rumah.

"Ibu saya berubah sama sekali dan saya pun berasa hairan: kenapa peliknya perangai ibu?" kata 3SG (NS) Rahul sambil bergelak.

Apabila dia mengeluh, SV1 Indira menerangkan dia hanya menyediakan anaknya untuk menghadapi rejimentasi bila dia mendaftar.

Dia juga berkongsi bagaimana dia sendiri mendapatinya sukar untuk menghadapi dan menyesuaikan diri dengan latihan ketenteraan dan rejimentasi, serta betapa pentingnya menghormati usaha orang lain dan menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh.

3SG (NS) Rahul berasa kagum mendengarnya. "Bila saya mula dapat tahu hasratnya untuk menyertai SAFVC, saya ingat dia gila!

"Saya rasa bersalah kerana ibu lebih tua dan masih menjalani latihan fizikal secara sukarela. Tetapi saya tahu ibu saya seorang yang tabah, dan dia boleh menanganinya."

3SG (NS) Rahul menamatkan kursus Sekolah Kadet Pakar pada November 2018 dan bertugas sebagai pelatih di IDTI.

Ibu yang Yakin

3SG (NS) Rahul mendaftar pada 9 Feb 2018. Dua hari kemudian, SV1 Indira pergi bercuti ke Amerika Syarikat selama tiga minggu. Dua hari kemudian, SV1 Indira pergi bercuti ke Amerika Syarikat selama tiga minggu.

"Kami sepatutnya pergi bercuti bersama sebelum dia mendaftar, tetapi dia gagal Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan dan terpaksa mendaftar lebih awal. Oleh itu saya pergi bercuti seorang diri," jelas SV1 Indira sambil bergelak, lantas mengatakan dia tahu anaknya akan dijaga dengan baik.

3SG (NS) Rahul mencelah: "Dalam tiga minggu pertama saya menjalani Perkhidmatan Negara, dia menghantar saya foto dan video daripada percutiannya!"

Walaupun NS agak sukar, ia boleh ditangani dan 3SG (NS) Rahul sering terfikir jika ibunya yang berusia 45 tahun boleh menanganinya, dia pun boleh.

Saling bergantungan selama 14 tahun telah menjadikan hubungan ibu dan anak ini begitu mesra sekali.

Sokongan ibu

Semasa berasa sedih setelah kehilangan magazinnya dalam latihan di Sekolah Kadet Pakar (SCS), orang pertama yang dipanggilnya ialah SV1 Indira.

"Rakan-rakan seplatun saya terpaksa membantu mencari magazin saya dan mensia-siakan hari cuti mereka. Rasa bersalah itu membebani diri saya sehingga saya terfikir untuk terus berhenti dari Sekolah Kadet Pakar," kata penuntut sains komputer di Institut Pengurusan Singapura yang berusia 21 tahun sambil mengenangkan peristiwa itu.

"Pada malam itu, saya menelefon ibu saya dan menangis. Dia terus menggalakkan saya dan menyakinkan bahawa ia hanya suatu fasa dan pengalaman menghadapi waktu sukar itu akan membantu memantapkan diri saya pada masa depan."

Tepat sekali pesanan SV1 Indira. Melalui peristiwa itu, 3SG (NS) Rahul telah menemui rakan baik yang sudi menolong dan memberi semangat kepadanya. Dia berfokus untuk meningkatkan prestasinya dan dihantar ke Institut Latihan Pertahanan Pulau Tentera Darat (IDTI) setelah tamat kursus di SCS.

Kebanggaan seorang anak

Seperti anak-anak lelaki lain, 3SG (NS) Rahul tidak meluahkan perasaan sayang dan kebanggaan terhadap ibunya, tetapi tindakannya membuktikan sebaliknya.

SV1 Indira masih teringat perbualan baru-baru ini apabila anaknya bertanya sama ada rakan-rakan gerejanya boleh datang ke rumah untuk bertemu dan mendengar kisah penyertaannya di SAFVC.

"Saya berasa terkejut. Jelas sekali, dialah yang memberitahu mereka dan saya berasa gembira mendengar anak saya kata rakan-rakannya menghormati saya."

Pada 2019, SV1 Indira membawa 3SG (NS) Rahul ke Amerika Syarikat dan menunjukkan semua tempat yang dikunjungi kepadanya. Foto ini diambil di Grand Canyon.

Bagi 3SG (NS) Rahul, SV1 Indira adalah lebih daripada seorang ibu. Dia merupakan tunggak sokongan, sumber inspirasi dan rakan baginya.

"Sebagai anak tunggal yang membesar dalam keluarga ibu tunggal, hubungan kami berdua bertambah erat lagi dan saya dapat menikmati keupayaan ibu saya dengan sepenuhnya."

Bila ditanya bagaimana SV1 Indira menyempurnakan tugas untuk membesarkannya, dia lantas menjawab: "Dengan cemerlang."

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
07 May 2021

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
07 May 2021

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
07 May 2021

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
07 May 2021

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
07 May 2021

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
07 May 2021

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
07 May 2021

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
07 May 2021

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
07 May 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
07 May 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.