OPS & TRAINING
FAKTOR KECEKALAN
26 Apr 2022
Tidak banyak yang dinyatakan tentang Pemilihan Pasukan Khas Bersama SAF. Sehingga kini – PIONEER membuka tabir tentang siri video lima episod, "Uncommon Grit".
Ia merupakan salah satu proses pemilihan yang paling lasak dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang hanya mereka yang memiliki kekuatan minda, badan dan keazaman yang paling kuat mampu bertahan.
Pemilihan Gerakan Khas Bersama (JSFS) membawa bersama anggota yang terbaik dari SAF untuk membuktikan keberanian mereka dan mendapat tempat dalam Kursus Kelayakan Gerakan Khas (SFQC). Ini akan membawa mereka selangkah lebih dekat untuk menjadi anggota elit Pasukan Petugas Operasi Khas.
Siri video "Uncommon Grit" memberi tumpuan kepada JSFS yang sulit dan eksklusif. Ia menyusuri perjalanan kira-kira 120 calon dari Komando, Unit Penyelam Tentera Laut dan bahagian-bahagian SAF yang lain, yang berkumpul untuk menguji keupayaan dan ketahanan mereka secara ekstrem.
Mereka menjalani satu siri evolusi atau ujian, yang mencerminkan senario yang mungkin mereka alami dalam operasi dan misi, di darat dan di bawah air sepanjang 14 hari.
Ia meliputi perbarisan laluan sambil mengendong "bayi pasir" (guni berisi pasir), larian LBV (Ves Galas Beban) dan berenang dengan senjata mereka.
Ketahanan mental mereka adalah sama pentingnya dengan kehebatan fizikalnya. Tanpa pengetahuan tentang waktu hari atau tempoh bertahannya setiap evolusi, calon mesti menolak segala gangguan dan terus mara untuk melengkapkan tugas mereka, kadang-kadang bersendirian dan adakalanya sebagai satu pasukan.
Proses penyingkirannya juga dijalankan tanpa terhenti-henti: mereka yang gagal memenuhi pemilihan akan dihantar pulang dengan segera.
Setiap individu berusaha untuk menjadi versi diri yang lebih baik pada setiap hari. Bak kata pepatah 'hanya semalam, hari yang mudah'.
"Setiap hari anda berusaha untuk memperbaik diri anda, sama ada dari aspek fizikal, aspek mental; hanya pastikan anda boleh menyerlahkan penambahbaikan anda," kata Leftenan Kolonel (LTC) Brian Thomas, Pegawai Pemerintah (CO) Sekolah Kepimpinan Gerakan Khas.
Berapakah bilangan calon yang akan bertahan dalam proses JSFS yang lasak dan berjaya melengkapkan kursus SFQC selama lapan bulan ini? Saksikan "Uncommon Grit" untuk mengetahuinya!
Tayangan episod pertama diadakan pada 28 Apr, 8 pm di saluran Facebook, Instagram dan YouTube MINDEF.
Tontoni episod pertama yang berikut:
ALSO READ IN OPS & TRAINING
LATIHAN WALLABY 2025: UNTUK MELIHAT LEBIH BAIK, MENEMBAK LEBIH PANTAS
31 Oct 2025
SAF memberi tumpuan kepada misi serang yang kompleks dan integrasi berbilang domain dalam Latihan Wallaby 2025, edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesarnya.
EX WALLABY 25 – INTEGRASI DAN KOMPLEKSITI LEBIH HEBAT
25 Oct 2025
Edisi ke-35 latihan luar negara unilateral terbesar SAF adalah peluang untuk skala yang diperluas dan integrasi yang lebih mendalam ke arah pasukan pejuang yang berkesan dan berangkaian.
LATIHAN FORGING SABER MENINGKATKAN PENGGUNAAN ASET TANPA PEMANDU DALAM OPERASI SERANG BERSEPADU
12 Sep 2025
Dalam Latihan Forging Sabre edisi ke-10 ini, SAF mempertajam kelebihannya untuk medan perang moden yang dinamik, dengan integrasi yang diperluas antara platform berawak dan tanpa pemandu.

