TECHNOLOGY
DSO AMAT DIPERLUKAN BAGI SAF, PENTING UNTUK PERKHIDMATAN KEEMPAT: DR NG
19 Jul 2022
Kecerdasan Buatan (AI) lasak yang mampu mempertahankan daripada penipuan; mendapatkan komunikasi dengan penyulitan proprietari; dan sistem tanpa pemandu yang boleh merancang dan mengemudi tanpa sebarang peta.
Ini adalah beberapa teknologi yang disediakan oleh DSO National Laboratories (DSO) untuk Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Sejak penubuhannya pada 1972, DSO telah memperoleh pencapaian yang baik dan kini amat diperlukan oleh SAF, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.
"(DSO) amat canggih dalam banyak bidang tanpanya kami mungkin akan menghadapi kekurangan yang serius akibat kekangan tenaga kerja dan ruang.
"Dengan memanfaatkan teknologi, sains, tenaga kerja dan intelek, kami berdaya mengatasi banyak, banyak kelemahan," katanya kepada media selepas lawatannya ke Pameran Teknologi DSO50 pada 19 Jul.
Pameran yang berlangsung di kompleks DSO di Science Park Drive, menandakan keraian jubli emas organisasi tahun ini.
DSO ditubuhkan pada 1972 oleh mendiang Dr Goh Keng Swee, Menteri Pertahanan pada ketika itu. Ia merangkumi tiga jurutera yang baru tamat pengajian yang ditugaskan untuk mengkaji tentang Peperangan Elektronik, yang masih dalam peringkat awal pengkomputeran pada masa itu.
Kini, organisasi itu mempunyai lebih 2,000 warga kerja, dengan keupayaan dalam serangkaian bidang seperti robotik dan keselamatan siber, kepada pertahanan kimia dan biologi.
"Adalah berkat bapa pengasas kami dan kepimpinan yang berturutan yang mengiktiraf dari awal lagi – sebenarnya, tidak lama selepas penubuhan SAF – bahawa kami perlu mempunyai kelebihan dalam teknologi," kata Dr Ng.
Tambah beliau lagi, DSO akan menjadi lebih penting kepada Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), Perkhidmatan keempat SAF yang ditentukan pada awal tahun ini untuk memperkukuh keupayaan pertahanan digitalnya.
"Seperti juga DSO membolehkan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara, DIS lebih-lebih lagi kerana DIS lebih tertumpu pada siber, risikan dan maklumat... Justeru, saya berharap mereka boleh membantu DIS untuk mencapai pertumbuhan yang dengan cepat."
Membina teknologi proprietari untuk SAF
Salah satu projek yang dipaparkan di Pameran Teknologi DSO50 ialah sistem yang membantu mempertahankan diri daripada penipuan berniat jahat. Penipuan sedemikian boleh berlaku apabila musuh menambah corak tertentu pada objek, yang menjadi "bunyi" yang boleh mengganggu pengecaman imej AI.
"Terdapat banyak bahaya untuk ini. Contohnya, sebuah kereta kebal tentera boleh disembunyikan atau dikenali sebagai sasaran lain ataupun sesuatu yang tak berbahaya," kata Saintis AI, Encik Terence Neo, 26.
Untuk menangani kelemahan ini, pasukan DSO membina model AI sendiri yang lasak untuk melawan tindakan niat jahat itu. Ia dilakukan melalui teknik seperti mengurangkan bunyi imej, atau penyingkiran bunyi yang bertentangan, jelasnya.
Dengan adanya teknologi itu, AI DSO yang lasak juga dapat mengutip tanda-tanda manipulasi media yang mungkin menjadi mangsa sistem AI lain.
Satu lagi projek teknologi utama DSO ialah kerjanya dalam kriptografi. Tujuannnya adalah untuk menyulitkan komunikasi dengan selamat – dengan mengarau menjadi racau yang hanya boleh dinyahkod oleh penerima yang dimaksudkan – untuk mendapat maklumat sensitif.
Walaupun tersedia secara komersial, DSO membangun dan membina cip criptonya sendiri untuk menghapuskan risiko kod niat jahat dari luar.
Cip kripto DSO mengguna lima kali kurang kuasa berbanding cip komersial – membolehkan kemudahalihan yang lebih meluas bagi askar di medan lapangan. Kini ia dikendalikan oleh SAF.
Mengorak langkah dalam permainan
DSO juga telah mencapai kemajuan dalam bidang teknologi tanpa pemandu. Kenderaan Darat Tanpa Pemandu Harriernya, yang mula digunakan tahun lalu, boleh mengemudi bentuk muka bumi yang tak diketahui secara autonomi, sambil menjana peta 3D masa nyata kawasan tersebut.
Sementara itu, DSO juga telah membina keupayaan Veloce 15nya – Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) hibrid binaan sayap tetap pertama Singapura, landas dan pendaratan menegak– untuk membina Veloce 60 (V60) pada 2020.
Berbanding dengan pesawat sebelumnya yang boleh terbang sehingga 3 jam, V60 mempunyai ketahanan sepanjang 14 jam dan boleh membawa muatan yang lebih besar.
Keupayaan DSO untuk berada di peringkat awal permainan jelas kelihatan dalam kerjanya, kata Dr Ng.
"Saya berharap DSO akan terus memainkan peranan itu, sentiasa membantu SAF mencapai lebih daripada keupayaannya."
ALSO READ IN TECHNOLOGY
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.
MENJADI PEMIMPIN PAKAR
18 Aug 2025
Bagaimana tentera kita kekal selamat semasa menyelamatkan mangsa serangan kimia atau biologi?
JUARA UNTUK INOVASI
30 Jul 2025
Sebelas Anugerah Menteri Pertahanan (MDA) diberikan pada tahun ini, untuk inovasi oleh kakitangan MINDEF dan SAF yang membawa kepada kecekapan yang lebih baik dan keadaan kerja yang lebih selamat.

