PEOPLE
DIA AKAN MENJADI PENGAWAL AFRIKA-SINGAPURA YANG PERTAMA
11 Mar 2023
Ahli pertama dalam keluarganya yang akan ditauliahkan sebagai pegawai, 2LT Haniel Humphrey Muze tidak lama lagi mungkin merupakan warga Singapura pertama berketurunan Afrika yang menerima beret khaki.
Ahli pertama dalam keluarganya yang akan ditauliahkan sebagai pegawai, 2LT Haniel Humphrey Muze tidak lama lagi mungkin merupakan warga Singapura pertama berketurunan Afrika yang menerima beret khaki.
Abangnya adalah penyelam tentera laut Afrika-Singapura yang pertama. Kini, Leftenan 2 (2LT) Haniel Humphrey Muze berazam untuk meneruskan jejaknya sendiri, dan telah mendaftar dengan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Dilahir dan dibesarkan di Singapura, 2LT Haniel adalah anak ketiga daripada empat adik-beradik dan anak kedua dalam keluarganya untuk menjalani Perkhidmatan Negara (NS). Ibu bapanya berpindah dari Tanzania ke Singapura pada 1990.
Penerima Pedang Merit yang berusia 19 tahun itu mendaftar untuk NS tahun lalu selepas menamatkan pengajian A-level di Maktab Rendah Raffles, dan merupakan ahli pertama dalam keluarganya untuk ditauliahkan sebagai pegawai.
Selain itu – 2LT Haniel, yang merupakan antara 196 kadet yang ditauliahkan sebagai pegawai di Institut Tentera SAFTI pada 11 Mac, juga merupakan Penjaga Ke-2 (2IC)!
Kami mendekatinya secara peribadi untuk mengenali dirinya dengan lebih mendalam:
Tahniah 2LT Haniel! Apakah pendapat anda tentang Sekolah Pegawai Kadet (OCS)?
2LT Haniel: Ia merupakan pengalaman yang menjerih lagi memperkayakan! Selain mempelajari kemahiran berperang dan merancang, ia juga memberi saya peluang untuk mengenalpasti hala tuju dalam memimpin mereka di sekeliling saya dan berkhidmat dengan bersungguh-sungguh.
Semangat keakraban yang wujud dengan kuat di kalangan rakan sebaya telah banyak membantu saya mengharungi latihan yang sukar. Semasa salah satu sesi latihan di medan lapangan kami, kami terkejut apabila hujan mula turun dengan lebat.
Walaupun kami basah kuyup dan berasa sejuk, semangat kami masih tetap kental. Kami mula bergurau sesama sendiri sambil menjama makanan sehingga ke larut malam. Perpaduan ini benar-benar bukan sesuatu yang pernah saya alami sebelum ini.
Apa yang mendorong anda untuk mendaftar sebagai Pengawal?
2LT Haniel: Pengawal merupakan pahlawan elit yang dilatih untuk melaksanakan operasi khusus, dan saya terdorong untuk mendaftar kerana cabaran yang ditawarkannya.
Saya juga tertarik dengan jalinan persahabatan dan keakraban yang teguh dalam komuniti Pengawal. Ini benar-benar menggerak hati dan mendorong saya untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh, dan mengamalkan mentaliti yang tepat untuk bersedia menghadapi sebarang cabaran yang akan datang.
Garis dalam Akidah Pengawal – "Sentiasa berwaspada, bersedia untuk menyerang" – menggariskan kesediaan setiap pengawal. Ia memang secucuk dengan diri saya dan saya ingin memainkan peranan saya.
Apakah ertinya menjadi pegawai kepada anda, dan bagaimanakah anda ingin menginspirasikan anggota tentera anda?
2LT Haniel: Memandangkan kebanyakan anggota tentera saya akan menjadi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa, saya berharap dapat membantu, membimbing dan memupuk mereka. Matlamat saya adalah untuk menyemai nilai dalam diri mereka untuk terus berkembang dan maju walaupun selepas mereka menamatkan perkhidmatan negara mereka.
Bagaimanakah abang anda menginspirasikan anda dari segi perkhidmatan dalam SAF?
2LT Haniel: Saya tidak akan mengatakan dia mendorong saya untuk membentuk kerjaya ketenteraan, tetapi setentunya dia telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi versi diri saya yang terbaik!
Setiap kali abang saya pulang dari latihan, dia sentiasa tersenyum dan tidak mencerminkan sebarang tanda penat atau letih. Oleh itu, saya sentiasa didorong oleh mentalitinya yang kuat – ini telah menggalakkan saya untuk melampaui batasan saya apabila menghadapi cabaran.
Jadi adakah abang anda lebih bertahan lasak di antara anda berdua?
2LT Haniel: Tentu sekali dia! Lagipun, dia yang menetapkan standard! Saya hanya cuba mencapainya hari demi hari.
Apakah makanan dan minuman tempatan kegemaran anda? Dan apakah yang anda ingin benar makan semasa di medan lapangan?
2LT Haniel: Makanan tempatan kegemaran saya ialah nasi char siew dan nasi lemak! Nasi lemak dari Selera Rasa tidak pernah mengecewakan saya dan memberi saya semangat setiap kali saya makan! Minuman tempatan? Teh limau ais buatan sendiri yang lazat.
Apakah yang saya kempunan makan semasa di medan lapangan? Tentulah masakan ibu saya! Dia menghidangkan pelbagai juadah makanan dari budaya yang berbeza. Daripada pilau (hidangan nasi Tanzania) kepada lasagne, setiap hidangan dimasak dengan air tangan ibu saya selalu membuat kami tersenyum dengan gembira.
Apakah frasa/slanga Singlish yang kerap menjadi sebutan anda?
2LT Haniel: Wah, saya tak tahu sangat tapi bagi saya yang paling selesa ialah "lah". Itu memang boleh menitikberatkan semua yang saya katakan lah!
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.

