DARIPADA RAKAN SEBILIK KEPADA TEMAN SEJATI

30jul21_photo1cropped2 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30jul21_photo1cropped2.jpg?sfvrsn=9de3fa57_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-RAKAN-SEBILIK-KEPADA-TEMAN-SEJATI
DARIPADA RAKAN SEBILIK KEPADA TEMAN SEJATI https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-RAKAN-SEBILIK-KEPADA-TEMAN-SEJATI
30 Jul 2021 | PEOPLE

DARIPADA RAKAN SEBILIK KEPADA TEMAN SEJATI

Teman sejati bererti saling memahami dan boleh memberi maklum balas yang jujur, walaupun adakalanya ia tidak menyenangkan. Temui LTA (NS) Nabil Abdul Latiff dan LTA (NS) Prasad Shubhangam Rajesh dalam siri Teman PIONEER!

// KISAH BENITA TEO

// FOTO CHUA SOON LYE & IHSAN LTA (NS) NABIL & LTA (NS) SHUBHANGAM

English 华文
English 华文
LTA (NS) Nabil (kiri) dan LTA (NS) Shubhangam sedang berjoging di East Coast Park. Kedua-dua penggemar larian ini bertemu di Sekolah Pegawai Kadet dan kini menjadi teman karib walaupun selepas Tarikh Sedia Beroperasi.

Teman Leftenan (LTA) (NS) Nabil Abdul Latiff dan LTA (NS) Prasad Shubhangam Rajesh merupakan rakan sebilik semasa menjalani kursus di Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

Tetapi adakalanya mereka seolah-olah seperti pasangan tua yang sudah lama berkahwin: "Nabil lebih suka panas, jadi ia bagus untuk saya kerana semua kipas di bilik bertiup ke arah saya." "Shubhangam akan tunggu sehingga lampu padam sebelum buka dan makan mi cawan Mi Magginya dalam gelap."

Walaupun personaliti berbeza –LTA (NS) Shubhangam adalah pemimpin yang lebih vokal manakala LTA (NS) Nabil adalah pekerja yang pendiam – mereka berjaya mengelakkan diri daripada menambah kepada statistik "rakan sebilik yang dahsyat", sebaliknya mereka sering saling membantu untuk terus berkembang sebagai komander.

Rahsia mereka? Selalu bersikap jujur antara satu sama lain dan sentiasa bertenang. Walaupun teman anda terlupa untuk memberitahu anda keputusannya untuk tidak melanjutkan Perkhidmatan Negara (NS) bersama anda, dan membiarkan anda menunggu di luar pejabatnya setelah anda meminta bertugas di sana.

Kami memujuk LTA (NS) Nabil dan LTA (NS) Shubhangam, kedua-duanya berusia 21 tahun, untuk memecah tembelang tentang tabiat pelik masing-masing dan sifat yang menjadikan mereka begitu serasi.

LTA (NS) Shubhangam (kiri) dan LTA (NS) Nabil di Perbarisan Pentauliahan Pegawai Kadet mereka pada 14 Mac 2020.

Adakah anda masih ingat hari anda mula sekali bertemu?

LTA (NS) Shubhangam: Semasa tempoh profesional OCS, saya dihantar ke sayap Echo, tempat Nabil bertugas. Echo terkenal sebagai sayap yang sangat tegas (dengan jurulatih yang sangat garang).

Saya masih ingat membawa beg saya ke tempat tidur di tingkat empat dan berasa agak bosan (dalam semangat rendah). Tetapi kemudian saya berasa amat terkejut melihat lelaki yang begitu girang dan ceria bergurau di ranjang bunknya.

Ada banyak kisah tentang rakan-rakan sebilik yang dahsyat. Bagaimana anda berdua boleh serasi?

LTA (NS) Nabil: Kami telah melihat banyak orang yang takut menyuarakan fikiran mereka dan menegur rakan mereka bila perlu, dan ini menimbulkanmasalah dan menjadikannya lebih rumit.

Tetapi kami berdua pula bersikap jujur – kami tidak pernah menyembunyikan apa-apa sesama sendiri atau mengata-ngata di belakang orang.

LTA (NS) Shubhangam: Kami bersetuju sekiranya sesuatu yang diperkatakan adalah benar dan teman kami boleh membaikinya, maka kami akan memberitahunya. Sekiranya tidak, kami akan bersuara bagi pihaknya atau beritahu (orang yang ada masalah dengannya) untuk berterus terang dengannya.

LTA (NS) Nabil: Personaliti kami berbeza, tetapi kami agak serupa kerana kami berdua tidak suka berdrama.

LTA (NS) Shubhangam (baris depan, kedua dari kiri) dan LTA (NS) Nabil (baris kedua, ketiga dari kiri) dengan platun mereka di Sayap Echo OCS.

Adakah anda terpengaruh dengan perbezaan personaliti masing-masing?

LTA (NS) Nabil: Shubhangam adalah pemimpin vokal yang akan menyatakan terlebih dahulu apa yang dikehendaki daripada anggota pasukan. Dia selalu menaruh harapan tinggi terhadap semua orang. Saya pula jenis yang akan pergi dan buat kerja itu dengan sendiri. Tetapi sebagai pemimpin, anda perlu memiliki kedua-dua sifat ini.

Saya kagum dengan keyakinan dan keupayaan Shubhangam untuk menyatakan hasratnya dan buah fikirannya. Saya belajar daripada Shubhangam untuk menyuarakan niat saya dan mengagih-agihkan tugasan.

LTA (NS) Shubhangam: Kehebatan Nabil ialah dia mesra berhubung dengan orang ramai. Sebelum ini, saya antara mereka yang suka memberi arahan secara langsung, sehingga boleh menimbulkan konflik.

Nabil memiliki karisma semula jadi dan sangat sesuai sebagai orang tengah dan banyak orang lebih reseptif terhadapnya. Itulah yang saya pelajari daripadanya– bagaimana untuk berhubung mesra dengan orang lain.

LTA (NS) Nabil (baris depan, kiri) dan LTA (NS) Shubhangam (depan dari, kanan) bersama seksyen mereka semasa menjalani latihan di luar negara pada 2019.

Bila masa hubungan anda sebagai rakan sebilik berubah kepada teman sejati?

LTA (NS) Nabil: Banyak suka-duka yang telah kami lalui bersama dan kami saling memberi nasihat yang jujur, walaupun pihak yang lain tidak mahu mendengarnya. Justeru, apabila saya mendapati dia melakukan sesuatu yang tidak wajar, saya akan menasihati dan menjelaskan sebabnya dan bagaimana dia boleh berubah. Dan begitu juga kelakuannya terhadap saya.

LTA (NS) Shubhangam: Apabila latihan menjadi semakin sukar, di ranjang kami inilah tempat kami bersantai dan bersembang dengan hati terbuka (tentang cabaran yang kami hadapi).

LTA (NS) Nabil: Selepas OCS, saya menjadi Komander Platun (PC) di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) manakala Shubhangam bertugas di Institut Latihan Infantri (ITI). Kami sering perhati-perhatikan satu sama lain. Saya juga akan menelefonnya untuk bertanya tentang bagaimana mengendalikan latihan infantri dengan bagus kerana banyak arahan untuk latihan BMT datangnya dari ITI.

LTA (NS) Shubhangam: Persidangan Kadet Antarabangsa pada Disember 2019 merupakan detik-detik yang sangat mencabar bagi saya semasa OCS kerana saya adalah salah seorang utusan yang mewakili Singapura dan juga anggota jawatankuasa penganjur. Selepas persidangan, saya berasa sangat letih dan tidak cukup tidur.

Nabil sedar saya kesuntukan masa untuk mendapatkan barangan keperluan saya, dan dia tolong belikan beberapa barang keperluan saya. Dia juga akan pastikan botol air saya diisi dan berkongsi bahan pelajaran yang ketinggalan semasa saya tidak hadir di sekolah. Kami mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan dia akan memahami apa yang saya telah lalui dan tahu bagaimana untuk membantu saya.

Sikap jujur dan terbuka terhadap satu sama lain membolehkan teman sebilik dan teman karib LTA (NS) Nabil (kiri) dan LTA (NS) Shubhangam bergaul mesra di NS.

LTA (NS) Shubhangam, kami dengar LTA (NS) Nabil "menipu" anda untuk melanjutkan perkhidmatan NS anda?

LTA (NS) Shubhangam: Saya melanjutkan perkhidmatan NS kerana saya fikir dia juga akan melanjutkannya. Saya memang berniat untuk menyambung kerana saya ingin mendalami pengalaman NS saya.

Saya berasa seronok berada di medan lapangan menjalani latihan, tetapi peranan saya di ITI terikat dengan kerja di pejabat. Justeru, saya memohon untuk berpindah ke BMTC kerana sebagai PC di sana, saya dapat menghabiskan lebih masa di medan lapangan bersama-sama anggota tentera dan di situlah tempat rujukan terbaik untuk melatih rekrut baharu.

Pada masa itu, Nabil memutuskan untuk melanjutkan perkhidmatan NSnya, jadi saya pun berfikir, "Tentu seronok, kami boleh bersatu semula setelah sekian lama!"

LTA (NS) Nabil: Semua orang menyangka saya akan bersambung – malahan saya telahpun melengkapkan semua pemeriksaan kesihatan yang diperlukan. Tetapi akhirnya, saya berubah hati kerana ingin menghabiskan masa (sebelum memulakan pengajian di universiti) untuk memenuhi beberapa kepentingan peribadi saya.

Saya masih ingat ketika itu saya berada di rumah [kira-kira seminggu selepas Tarikh Sedia Beroperasi (ORD)] apabila Shubhangam menelefon dan bertanya, "Kamu di mana? Saya berada di Pulau Tekong." Dan saya pula menjawab, "Apa maksudmu, bro? Saya sudah ORD!”

LTA (NS) Shubhangam: Saya terperanjat! Saya tunggu untuk masuk ke pejabatnya, kerana saya sangka dia ada di dalam! Sekolah saya merupakan sekolah yang sama dengannya! (kepada LTA (NS) Nabil :) Kamu tipu saya!

Walau bagaimanapun, saya masih akan tetap melanjutkan perkhidmatan meskipun saya tahu dia tidak akan bersambung. Saya menikmati kehidupan tentera (semasa NS), jadi saya mahu meluangkan lebih masa (menyumbang) sebelum pengajian universiti bermula, kerana selepas ini hanya ada Latihan Dalam Kem setahun sekali.

Kedua-dua LTA (NS) Nabil (kiri) dan LTA (NS) Shubhangam saling mempercayai, baik dalam memberi maklum balas yang ikhlas atau untuk bersuara bagi pihak masing-masing bila salah seorang daripada mereka tidak ada di situ.

Ceritakan tentang tabiat dan kerenah pelik masing-masing!

LTA (NS) Shubhangam: Nabil memang berat tulang bila sudah selesa. Ada sekali, semasa kami menjalani latihan di luar negara, pada waktu itu suhu mencecah 45 darjah dan semua orang sudah buka baju kemeja kerana tak tahan panas. Tetapi dia pula masih tidur nyenyak dengan kemeja No.4 dan rompinya! Bila dia kata dia suka panas, dia betul-betul suka panas!

LTA (NS) Nabil: Semasa di OCS, Shubhangam gemar makan selepas lampu dipadamkan! Semasa kami berada di ranjang bunk pada waktu malam, dia ada masa untuk makan sebelum tidur, tetapi dia akan duduk melayan telefon mudah alihnya sahaja.

Sebaik sahaja lampu dipadamkan dia akan terus buka Mi Maggi, tuangkan air panas untuk masak mi dan makan di sebelah saya dalam gelap. Sehingga hari ini, saya masih tidak faham kenapa dia melakukannya!

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
30 Jul 2021

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
30 Jul 2021

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
30 Jul 2021

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
30 Jul 2021

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
30 Jul 2021

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
30 Jul 2021

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
30 Jul 2021

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
30 Jul 2021

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
30 Jul 2021

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
30 Jul 2021

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita.