DARIPADA PENGHANTAR SURAT KHABAR KEPADA PEGAWAI SAF KEPADA CEO

30apr20-photo1new1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/30apr20-photo1new1.jpg?sfvrsn=3c53896c_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-PENGHANTAR-SURAT-KHABAR-KEPADA-PEGAWAI-SAF-KEPADA-CEO
DARIPADA PENGHANTAR SURAT KHABAR KEPADA PEGAWAI SAF KEPADA CEO https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-PENGHANTAR-SURAT-KHABAR-KEPADA-PEGAWAI-SAF-KEPADA-CEO
30 Apr 2020 | PEOPLE

DARIPADA PENGHANTAR SURAT KHABAR KEPADA PEGAWAI SAF KEPADA CEO

CEO Propnex COL (B) Ismail Gafoor, 57, memulakan perubahan perjalanan hidupnya semasa Perkhidmatan Negara (NS).

// BERITA OLEH KOH ENG BENG

// FOTO OLEH CHUA SOON LYE & IHSAN PROPNEX

English 华文
English 华文

Pada hari dia mendaftar masuk tentera pada 1982, COL (B) Gafoor bangun pada pukul 4 pagi untuk menghantar surat khabar ke kawasan kejiranan flat HDB. Inilah rutin hariannya sejak berusia tujuh tahun.

Bapanya, seorang pendatang dari India, ialah seorang vendor surat khabar yang juga mempunyai sebuah kedai runcit kecil. Lapan sekeluarga ini mengalami kehidupan yang susah – ibu bapanya, empat orang adik lelaki dan seorang adik perempuan berhimpit di dalam sebuah flat sewa HDB satu bilik. Adik-beradik lelakinya akan menghantar surat khabar pada waktu pagi sebelum bergegas ke sekolah, dan kemudiannya menolong di kedai runcit selepas sekolah.

Selepas menghantar surat khabarnya yang terakhir, dia yang ketika itu berusia 19 tahun teruja melaporkan diri untuk perkhidmatan tentera di Pusat Pangkalan Tenaga Manusia di Dempsey.

"Saya tak sabar-sabar untuk menyertai NS," COL (B) Gafoor mengingati semula saat itu. "Saya mahu memecahkan monotoni rutin menghantar surat khabar setiap pagi dan menolong di kedai runcit selepas sekolah."

Mencari hala tuju hidupnya di NS

Pada ketika itu dalam hidupnya, dia berasa kehilangan arah memikirkan masa depannya. Dia memahami bahawa pendidikan adalah tiket kepada kehidupan yang lebih baik, tetapi dia tidak mendapat keputusan yang baik untuk peperiksaan O-level.

Bagaimanapun, segalanya mula menjadi baginya di BMT -- dia secara semula jadinya dapat menyesuaikan diri dengan mudah untuk latihan yang mencabar itu dan melengkapkan latihan sebagai Rekrut Terbaik di dalam platunnya.

Dahulunya Rekrut Gafoor (baris kedua, dua dari kiri) bergambar dengan rakan-rakan rekrut dalam BMT.

"Saya menikmati setiap saat berkhidmat dalam Tentera kerana saya mempunyai kecergasan yang baik berbekalkan tubuh badan tanpa lemak. Apa (lagi) yang anda jangkakan daripada seseorang yang terpaksa bangun pada pukul 4 pagi setiap hari dan berlari dari satu blok ke blok lain untuk menghantar surat khabar setiap hari?" dia berkata sambil tergelak kecil.

"Yang menarik adalah panggilan kejut waktu pagi hanyalah pada 5.30 pagi! Saya dapat tidur lebih satu setengah jam lamanya berbanding di rumah. Jadi berada dalam perkhidmatan tentera bagaikan syurga untuk saya!"

Pelatih BMT yang terbaik selalunya memasuki Sekolah Pegawai Kadet (OCS), tetapi dengan hanya kelulusan O-level, dia telah dihantar ke Sekolah Pegawai Tidak Bertauliah SAF (kini Sekolah Kadet Pakar).

Dia menamatkan Kursus Ketua Seksyen Infantri di kedudukan satu peratus teratas, yang membolehkan dia akhirnya layak menyertai OCS.

Dahulunya Pegawai Kadet Gafoor dengan rakan kadet di tempat tidur OCS mereka.

Selepas ditauliahkan sebagai pegawai, COL (B) menimbangkan pilihannya dan memutuskan bahawa menyertai perkhidmatan tentera adalah pilihan karier yang terbaik untuknya.

"Asalkan anda menikmati perjalanannya – tidak kira sama ada dalam tentera atau perniagaan – anda akan melakukannya dengan baik."

Sebagai Anggota Tetap, dia berkhidmat dalam pelbagai peranan seperti komander kompeni dan pegawai operasi dalam Batalion ke-3, Pengawal Singapura.

Selepas 13 tahun dalam SAF, dia meninggalkan perkhidmatan tentera pada 1995 untuk menjadi usahawan. Tetapi dia terus berkhidmat sebagai Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi (NSman) untuk lebih kurang 20 tahun yang seterusnya, dan hanya bersara tahun lepas sebagai Ketua Staf Divisyen ke-9 Singapura.

"Jika saya tidak menyukai perkhidmatan Tentera, saya tidak akan meneruskan perjalanan ini – Saya merujuk kepada tempoh selama 37 tahun dalam Angkatan Tentera, dalam pelbagai peranan dan tugas rasmi," ujar personaliti berusia 57 tahun itu.

Dahulunya COL (NS) Gafoor menerima pingat Gangsa Perkhidmatan Awam (Tentera) daripada mantan Presiden Dr Tony Tan pada 2013.

Sebagai pegawai pemerintah Batalion ke-596, Rejimen Infantri Singapura, dia memimpin anggota-anggotanya untuk meraih Unit Infantri NS terbaik sebanyak tiga kali. Sebagai mengiktiraf komitmennya yang melangkaui panggilan tugas, COL (B) Gafoor telah diberi anugerah NSman of the Year pada 2004.

Sikap tidak pernah putus asa

Mengingati semula hari-hari awal keusahawanannya, COL (B) Gafoor berkata dia yakin bahawa dia boleh bertahan di mana sahaja berbekalkan kemahiran kepimpinan dan organisasi yang diasah semasa berada dalam perkhidmatan tentera.

Walaupun latihan SAF tidak menyediakan dia untuk menghadapi cabaran perit dalam dunia perniagaan dengan sepenuhnya, namun ia membantu dia menangani setiap cabaran dengan penuh keyakinan.

Propnex merupakan agensi hartanah berdaftar terbesar di Singapura.

Di bawah kepimpinannya, Propnex telah berkembang dengan lebih 8,400 ejen hartanah di Singapura, di samping juga 2,000 di Vietnam, Malaysia dan Indonesia. Ia juga membuat penampilan pertama kali di papan utama Bursa Singapura pada 2018.

 

"Adakah berkhidmat dalam tentera telah mengajar saya nilai-nilai yang betul? Ya, (seperti) sikap 'tidak pernah putus asa'. Ramai yang tidak akan bertahan dalam masa yang sukar ini, tetapi dengan kepimpinan yang teguh dan orang yang betul di belakang anda, kita boleh mencapai lebih banyak lagi."

QUOTE-B-credit

Membawa amalan ketenteraan kepada syarikatnya

Syarikatnya mempunyai DNA unit tentera: Dia menjalankan "first parade" bulanan di samping juga "stand by table" dua kali setahun untuk kakitangan bergaji (yang bukan jurujual).

Bagi mereka yang tidak biasa dengan bahasa tentera, "first parade" merujuk kepada mesyuarat pagi, sementara "stand by bed" merujuk kepada pemeriksaan tempat tidur.

Dia mengakui bahawa amalan tersebut bukan untuk tujuan regimentasi, COL (B) Gafoor berkata: "Hasil mengadakan 'stand by table' bukan untuk mencari salah. Ia adalah untuk menunjuk bahawa sebagai CEO, saya prihatin dengan anda."

Contohnya, semasa salah satu daripada sesi "stand by table" ini, COL (B) Gafoor difahamkan bahawa salah seorang kakitangannya telah membeli tempat letak komputer riba agar dia boleh bekerja dengan selesa. Jadi dia membuat keputusan untuk membelikan alat yang sama untuk semua kakitangannya.

COL (B) Gafoor percaya kepada menjaga kebajikan pekerjanya, nilai murni yang dia pelajari semasa berkhidmat dalam tentera.

Sementara "first parade" bulanan diadakan untuk menghargai kerja yang dilaksanakan oleh kakitangannya, dan untuk memaklumkan kepada mereka tentang strategi syarikat dan apa yang mereka perlu tumpukan di bulan-bulan mendatang, terangnya.

"Kepimpinan bukan mengenai satu orang, tetapi bagaimana setiap orang dihubungkan dengan menerima nilai-nilai yang betul."

Nasihat untuk anggota perkhidmatan negara

Jika anda berkhidmat dengan NS dan anda ingin mengetahui apa yang anda patut buat untuk mengubah kehidupan anda, sebagaimana yang dilakukan oleh COL (B) Gafoor, berikut adalah petua yang dikongsi untuk anda:

  • Terap nilai murni yang anda pelajari semasa berada dalam tentera, seperti disiplin dan kepercayaan bahawa tiada apa yang mustahil.
  • Tumpukan kepada mempelajari kemahiran kepimpinan dan organisasi, dan jika diberi peluang, ambil kursus yang ditawarkan oleh SAF

"Buka minda anda untuk belajar dan menerima; membina teras dalaman anda semasa NS. Semua perkara ini berguna sebagai kemahiran hidup, sama ada anda hendak menjadi usahawan atau anda hendak bekerja untuk orang lain."

QUOTE-B-credit

Untuk mendengar lebih banyak lagi petua daripada COL (B) Gafoor, tontoni klip video di bawah ini:

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
30 Apr 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
30 Apr 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
30 Apr 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
30 Apr 2020

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
30 Apr 2020

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
30 Apr 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
30 Apr 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
30 Apr 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
30 Apr 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
30 Apr 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.