DARIPADA OBES KEPADA 100-MATA PENUH UNTUK IPPT
SAKSIKAN BAGAIMANA SSG ISAAC RESTAN BERUBAH DARIPADA SEORANG YANG OBES KEPADA CERGAS DAN AKHIRNYA MENDAPAT MARKAH PENUH UNTUK IPPT PADA TAHUN 2020 DAN 2022, DALAM SIRI PERTAMA 100 MATA IPPT KAMI.
Jika sesiapa di kalangan rakan sekolah menengahnya melihat Sarjan Staf (SSG) Isaac Restan, mereka mungkin tidak boleh mengenalinya.
Selain itu, berat badan lelaki berusia 25 tahun itu pernah mencecah 120kg semasa dalam Menengah 3. Ia menjadi suatu punca kebimbangan yang besar, sehingga terpaksa menemui pakar pemakanan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK setiap minggu.
"Saya makan tiga burger McSpicy dan minum lima gelas milo ais sehari – ia benar-benar teruk tetapi saya tidak peduli," gelak SSG Isaac sambil mengenang semula.
Titik perubahan berlaku apabila dia terpaksa membuat tempahan seluar khas untuk kolej rendah kerana tiada seluar untuk saiznya.
"Pada masa itulah saya sedar, saya perlu berubah untuk kebaikan diri sendiri."
Dia membuat keputusan untuk memberhentikan semua makanan yang tidak menyihatkan dan mula berlari. Ini menjadi rutinnya dan berjaya menghilangkan 60 kg dalam tempoh tiga tahun. Sarjan Platun dari Batalion Ke-5, Rejimen Infantri Singapura (5 SIR) kini seberat 57kg.
Ketahui tentang rejim kecergasan SSG Isaac dan bagaimana dia menjadi salah seorang anggota tentera yang paling cergas dalam 5 SIR!
SSG Isaac, bagaimanakah corak pemakanan anda sekarang?
SSG Isaac: Semasa musim IPPT (Ujian Kecekapan Fizikal Individu), saya cuba mengamalkan pemakanan yang ketat. Saya akan menyediakan 'wrap' sendiri yang merangkumi dada ayam goreng penggoreng kering, bayam dan ubi bit kerana ubi bit membantu menghasilkan oksida nitrat, yang membantu mengekalkan daya ketahanan semasa senaman. Inilah adalah corak pemakanan saya pada hujung minggu. Semasa saya tinggal di kem pada hari isnin hingga Jumaat, biasanya saya akan minta kurang nasi dan lebih banyak protein di rumah memasak.
Selepas IPPT, biasanya saya akan masak makanan yang lebih menyihatkan seperti pasta sambil mengekalkan diet rendah karbohidrat yang tinggi protein. Tetapi sekali-sekala saya ada menurut hati dengan makanan enak, lebih-lebih lagi semasa musim perayaan atau bila kami baru pulang dari latihan di medan lapangan!
Apa yang mendorong anda untuk mendapatkan 100 mata untuk IPPT?
SSG Isaac: Pada masa itu, saya menjalani Kursus Sarjan Platun saya dan saya ingin memenangi anugerah pelatih cemerlang dan terbaik dalam latihan fizikal. Malangnya, saya hanya mendapat tempat kedua untuk kedua-duanya.
Justeru, saya mengambil keputusan untuk mendorong diri saya dengan mencapai 100 mata untuk IPPT. Saya mendapat 99 markah dalam tiga percubaan pertama saya tetapi saya tidak berputus asa. Akhirnya, saya berjaya mencapai 100 mata pertama saya dalam percubaan keempat pada 2020.
Saya rasa anda tentu amat gembira untuk kejayaan ini.
SSG Isaac: (ketawa) Wah, apabila saya sampai saja di garisan penamat untuk larian 2.4 km saya, saya bertanya lelaki yang menjaga masa jika saya mendapat 100 mata. Sebaik sahaja dia mengesahkannya, saya terus menjerit sekuat-kuat hati kerana akhirnya, saya mampu melakukannya!
Adakah larian sejauh 2.4km stesen paling mencabar bagi anda?
SSG Isaac: Ya! Kerana saya perlu menamatkan larian di bawah 8.40 minit untuk mendapatkan markah penuh 50 mata untuk lingkungan umur saya. Masa terbaik saya bagi 2.4km setakat ini ialah 8.35 minit, apabila saya mendapat 100 markah pertama pada 2020.
Jadi, bagaimanakah rutin kecergasan anda?
SSG Isaac: Biasanya saya akan bermula pada bulan Januari kerana saya perlu kembali ke tahap kecergasan saya selepas semua perayaan akhir tahun. Saya bermula dengan larian perlahan yang panjang untuk membina daya ketahanan saya – berlari kira-kira 6km pada kadar yang selamba selama dua bulan. Saya juga akan melakukan gabungan kalistenik– senaman tarik atas, tekan tubi dan senaman teras.
Semakin dekat dengan tarikh IPPT, saya akan melakukan larian tempo seperti 5km dalam masa 20 minit dan seterusnya, 3km di bawah 11 minit.
Sebulan sebelum ujian saya pada bulan April, saya akan berlatih 2.4km setiap hari di laluan ujian. Ini adalah untuk membiasakan diri dengan pemasaan saya pada setiap lap, pusingan dan selekoh. Ia juga memberi saya keyakinan untuk ujian sebenar.
Pasca-IPPT, saya cuba berlari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Saya juga berbasikal ke sana ke mari dari rumah ke kem pada hari Ahad apabila saya menempah masuk dan pada hari Jumaat apabila saya menempah keluar. Saya tinggal di Ang Mo Kio dan kem saya di Kranji jadi kira-kira 25km perjalanan setiap kali.
Wah, anda betul-betul khusyuk berlatih! Apakah yang mendorong anda untuk memperoleh100 mata setiap tahun?
SSG Isaac: Sebagai Sarjan Platun, anda perlu menuntut standard tertentu daripada anak buah anda – memastikan mereka kekal cergas, mendapat pingat emas untuk IPPT mereka. Dan apa lebih baik daripada menjadi modal peranan? Oleh itu, saya sentiasa mendorong diri saya untuk mendapatkan 100 mata dan untuk membuktikan jika saya boleh melakukannya, mereka juga boleh mendapat pingat emas untuk IPPT mereka.
Bagi saya, modal peranan saya ialah Sarjan Mejar Kompeni Pegawai Waran Ketiga Ben Liew. Dia mendapat 100 mata selama lima tahun berturut-turut dan saya memandang tinggi kepadanya. Dia juga banyak memberi teguran apabila saya tidak berjaya meraih 100 mata pada 2021! (bergelak)
Kenapa anda tidak dapat mencapai markah penuh pada 2021?
SSG Isaac: Saya mendapat 99 mata dalam dua pusingan, tetapi tidak ada masa untuk mencuba lagi kerana saya terlalu sibuk dengan banyak latihan dan latihan di medan lapangan. Jadi tahun ini, saya menetapkan azam untuk mencapai 100 markah sekali lagi – dan saya berjaya mencapainya dalam percubaan kedua saya.
Justeru, apakah petua anda untuk mendapat markah yang lebih baik bagi IPPT?
SSG Isaac: Konsisten dengan latihan anda. Anda tidak perlu manjalankan latihan setiap hari. Hanya pergi berjoging selama 15 minit hampir tiga kali seminggu untuk menggerakkan badan anda.
Satu petua lain adalah untuk menjimatkan tenaga anda bagi stesen anda yang lebih lemah. Umpamanya, saya akan berhenti setelah menjalankan 60 tekan tubi dan bangun tubi (iaitu 25 mata penuh untuk kedua-dua stesen ini) supaya saya boleh mendorong diri untuk larian 2.4km, iaitu stesen saya yang paling lemah.