DARIPADA KERANI KEPADA KETUA SEKSYEN

03feb20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/03feb20-photo1.jpg?sfvrsn=b9320f68_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-KERANI-KEPADA-KETUA-SEKSYEN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DARIPADA-KERANI-KEPADA-KETUA-SEKSYEN
DARIPADA KERANI KEPADA KETUA SEKSYEN
03 Feb 2020 | PEOPLE

DARIPADA KERANI KEPADA KETUA SEKSYEN

// BERITA OLEH CHIA CHONG JIN

// FOTO OLEH KENNETH LIN & CHIA CHONG JIN

Sarjan 3 (3SG) Muhammad Noorhakim Bin Rozilan berkongsi perjalanannya melalui Latihan Asas Tentera (BMT) (dua kali!) dalam usaha mencapai tahap kecergasan tempur.

1-UP-B-caption

Sewaktu dia menerima surat kemasukan tentera pada penghujung 2017, 3SG Noorhakim kecewa apabila mengetahui bahawa dia dianggap tidak mencapai tahap kecergasan tempur untuk menjalani BMT.

"Saya benar-benar kecewa," kata anggota berusia 27 tahun itu. "Selepas berkongsi kekecewaan dengan kawan-kawan dan keluarga, saya memujuk diri bahawa sekurang-kurangnya saya harus berusaha sepanjang perkhidmatan dua tahun ini untuk menjadi askar tempur. Saya bernasib baik kerana berjaya mencapai matlamat saya."

Kenapakah dia mahu memperbaiki status PES-nya? Anggota perkhidmatan negara sepenuh masa ini, yang pada awalnya diberikan status C untuk Standard Pekerjaan Fizikal (PES) disebabkan masalah alergi, ingin menyumbang lebih banyak dan merasakan ia membazir jika dia menghabiskan masa di dalam pejabat.

"Saya mahu mencabar diri saya dan, sejujurnya, saya suka melakukan sesuatu yang membabitkan aspek fizikal, berbanding dengan kerja pentadbiran," kata 3SG Noorhakim.

"Saya ingin menjangkau sempadan dan melampaui kemampuan saya. Kini, setelah mengalami jatuh bangun sepanjang berada dalam perkhidmatan, saya berbangga menjadi komander seksyen di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC)."

3SG Noorhakim (kiri) sedang meniup semangat salah seorang daripada rekrutnya untuk melengkapkan pergerakan rangkak harimau bintang sebagai sebahagian daripada pusingan latihan tempur.

3SG Noorhakim menjalani dua pusingan BMT - pertama pada Mei 2018, sebelum penubuhan Sekolah BMTC V pada Oktober 2018. Kemudiannya, para rekrut PES C menjalani latihan tentera selama empat minggu di Pulau Tekong sebelum dipindahkan ke Kem Sembawang selama lima minggu bagi meneruskan latihan vokasional mereka.

Selepas menamatkan BMT pertamanya, 3SG Noorhakim kemudiannya terus berkhidmat sebagai Pembantu Sokongan Pentadbiran di Sekolah Perubatan Tentera (AMS), Kem Nee Soon, selama lima bulan.

Selepas membuat banyak konsultansi yang berterusan dengan Pegawai-pegawai Perubatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan pakar perubatannya sendiri tentang alerginya sepanjang lima bulan dia berada di AMS, dia telah diberikan lampu hijau untuk dinaik taraf kepada PES B.

3SG Noorhakim kemudiannya kembali ke Pulau Tekong sekali lagi pada Januari 2019 untuk menjalani BMT buat kali kedua untuk latihan tentera cekap tempur sembilan minggu.

Dia mengimbau kembali: "Memang terdapat lebih banyak latihan fizikal semasa BMT kedua saya dan walaupun ia lebih mencabar, saya mendapati ia sesuatu yang memberangsangkan kerana berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti fizikal ini!"

"Mencabar diri saya semasa hari-hari saya berada dalam NS (Perkhidmatan Negara) menjadikan masa saya di sini lebih memuaskan, dan inilah yang membuatkan perjalanan NS saya menyeronokkan sehinggalah ke hari ini."

Saat bangga: Bapa 3SG Noorhakim menyemat marka pada uniformnya semasa Perbarisan Tamat Latihan Kadet Pakar pada 22 Ogos 2019.

3SG Noorhakim berterima kasih terutama sekali kepada komander seksyennya, 3SG Lew Jie Wei, ketika menjalani BMT kedua kerana meniup semangatnya untuk menjadi seorang pemimpin.

"3SG Lew tahu bahawa saya mulanya datang dari status PES layak khidmat, dan dia memberitahu saya bahawa dia ada melihat kualiti kepimpinan dalam diri saya," kata 3SG Noorhakim. Ia bermula ketika 3SG Lew menyedari bagaimana 3SG Noorhakim membantu mengurangkan beban kerja rakan platun atau membimbing mereka setakat mana dia mampu.

"Dia memberitahu saya bahawa saya ada potensi menjadi seorang komander, dan dia sentiasa menggalakkan saya memperbaiki diri dalam perkara tertentu seperti kualiti kepimpinan" tambah 3SG Noorhakim. "Saya berusaha berdasarkan nasihatnya dan mendorong diri saya untuk bekerja dengan lebih keras. Dengan cara itulah saya akhirnya dapat menyertai Sekolah Kadet Pakar."

Seorang lagi yang memberi 3SG Noorhakim semangat untuk melakukan yang terbaik ialah bapanya - Pegawai Waran 1 (1WO) Rozilan Bin Mohd Roshid, seorang penguji memandu di Kem Kaki Bukit.

"Bapa saya berkongsi pengalaman dengan saya tentang masanya di NS, bagaimana mereka perlu melakukan senaman dan latihan luar, berpeluang pergi ke lapangan, dan mendengar mengenai senaman-senaman ini menyeronokkan saya," kata 3SG Noorhakim.

"Ada beberapa acara yang saya tidak akan dapat alami sendiri jika saya kekal sebagai Pembantu Sokongan Pentadbiran di AMS, dan ini membuatkan saya ingin menaik taraf status PES saya.

"Dia sentiasa mendorong saya menjadi cemerlang dan melakukan yang terbaik semasa berada dalam NS, dan kata-katanya itu memotivasikan saya untuk menjadi seperti diri saya hari ini."

Walaupun menjadi komander seksyen dalam BMTC lebih mencabar dari segi fizikal dan mental berbanding menjadi seorang Pembantu Sokongan Pentadbiran di AMS, 3SG Noorhakim bersyukur kerana dapat melakukan sesuatu yang bermakna dalam tempoh dua tahunnya dalam NS.

Kerana itu, dia bertekad untuk memberi semangat dan membimbing rekrut di bawahnya bukan sahaja untuk menjadi askar yang lebih baik, tetapi juga insan yang lebih baik.

"Dengan baki beberapa bulan dalam perkhidmatan, saya berharap saya dapat meninggalkan impak positif kepada setiap seorang rekrut yang pernah berada di bawah saya, dan mereka akan menjadi askar yang sanggup mempertahankan negara kita."

 

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
03 Feb 2020

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
03 Feb 2020

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
03 Feb 2020

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
03 Feb 2020

Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
03 Feb 2020

Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
03 Feb 2020

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
03 Feb 2020

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
03 Feb 2020

MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
03 Feb 2020

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
03 Feb 2020

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.