Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/jun18_cs1c15bfec1-2aed-414d-83fe-fb8d292e9ad9.jpg?sfvrsn=c3335440_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DALAM-SUASANA-PENUH-KECERIAAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/DALAM-SUASANA-PENUH-KECERIAAN
DALAM SUASANA PENUH KECERIAAN
01 Jun 2018 | PEOPLE

DALAM SUASANA PENUH KECERIAAN

DARI MEMUPUK GENERASI ASKAR AKAN DATANG HINGGA KEPADA MENGIMBANGI RAKAN SEPASUKAN MEREKA, PEGAWAI WARAN DAN PAKAR (WOSPECS) INI AMAT MENYAYANGI PEKERJAAN MEREKA.

Telah berlalu zaman di mana derapan langkah encik yang garang ("Tuan" dalam bahasa Melayu; juga istilah yang biasa dipanggil bagi pegawai waran) menimbulkan ketakutan dalam pasukan. 

Pegawai Waran dan Pakar (WOSpecs) hari ini adalah rakan anda, abang (atau kakak) anda dan malah ibarat bapa kepada anda. Malah, apabila PIONEER bersama “encik-encik” ini, mereka dengan senang hati disapa oleh sesiapa yang mereka temui. Malah, sesetengah rakan sekerja atau pelatih mereka sempat bergurau senda semasa temu bual, bersemangat untuk berkongsi pandangan masing-masing. 

Walaupun WOSpecs masih mempertahankan standard regimentasi yang ketat, disiplin dan latihan dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), kini mereka juga menggalas lebih peranan kepimpinan. Lima daripada mereka berkongsi perasaan menjadi generasi pejuang perang, jurulatih dan pemimpin akan datang.


 

3WO MUHAMMAD ASHIK
Pembantu Ketua Jurulatih, Sekolah Kadet Pakar (SCS) II

LELAKI GAGAH

"Ia merupakan perkara terbaik yang berlaku ke atas diri saya." Inilah yang digambarkan oleh Pegawai Waran ke-3 (3WO) Muhammad Ashik, 31, tentang pengalaman kerahan tugas beliau. 

Hanya selepas dua tahun mendaftar dengan Pengawal Ibu pejabat (HQ), 3WO Ashik telah dihantar bertugas ke Afghanistan selama lima bulan sebagai sebahagian daripada sumbangan SAF kepada misi menjaga keamanan antarabangsa. 

Sebagai pengendali radar pencari senjata, peranan anggota yang berumur 23 tahun pada ketika itu adalah untuk mengesan dan memberi amaran kepada pangkalan tentang sebarang tembakan masuk. 

Di sanalah beliau belajar tentang realiti perang yang penuh dengan kepayahan. Satu serangan telah berlaku pada hari yang beliau dijadualkan mendarat, menyebabkan beliau dan pasukan terpaksa untuk terbang masuk sehari kemudiannya. 

"Kejadian itu benar-benar memberi kesan kepada diri saya — kami mungkin telah menjadi mangsa serangan sekiranya kami mendarat sehari lebih awal," 3WO Ashik mengimbas kembali.

Dua hari kemudian, satu serangan roket telah melanda kawasan yang terletak tidak jauh dari tapak kem. Hari ini, masih segar dalam ingatan beliau bunyi desing yang bersekali dengan tembakan yang mendatang dan kesan letupan itu. 

"Ia merupakan satu kejutan. Kami tidak pernah terdedah kepada keadaan ini. (Kami perlu belajar) mengesan pusingan yang mendatang kerana kehidupan kami bergantung padanya."

Faktor pendorong

Mencari diri beliau dari segi fizikal dan mental adalah sebahagian daripada sebab 3WO Ashik menyertai Tentera. Beliau telah menikmati dunia ketenteraan sejak zaman National Cadet Corps di sekolah menengah. 

Untuk mendorong beliau pergi lebih jauh, Pembantu Ketua Jurulatiah daripada SCS II itu mendaftar untuk Kursus Renjer pada tahun 2011. 

Walaupun dengan tekanan dan keletihan yang berterusan (pada sesetengah hari beliau hanya tidur tiga jam!), 3WO Ashik berjaya melepasi salah satu kursus SAF yang paling sukar. 

Rahsia beliau? Kepentingan ketabahan. 

Bekas pelajar Politeknik Temasek itu menyatakan: "Jika kami benar-benar perlu pergi berperang, saya rasa yang saya lebih bersedia …kerana saya telah melalui begitu banyak kepayahan dan keluar darinya lebih bersedia berbanding sebelumnya."

Cinta yang sukar

Sebagai seorang askar, 3WO Ashik adalah keras. Sebagai seorang kawan, beliau lebih keras. 

Semasa beliau bertugas di HQ Guards pada tahun 2016, beliau ada dua orang sarjan yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

"Tindakan lebih berkuasa daripada kata-kata," terang 3WO Ashik. "Saya memberitahu mereka apa yang perlu dimakan dan diminum, kemudian saya betul-betul makan benda yang sama demi membuktikan bahawa ia boleh dilakukan. 

"Saya juga melakukan latihan fizikal bersama-sama untuk memberikan semangat kepada mereka. Apabila mereka melihat anda melalui keperitan yang sama, ia membuatkan mereka rasa mereka tidak keseorangandalam perjalanan ini."

Usaha beliau mendatangkan hasil: berat badan setiap seorang daripada mereka telah turun hampir 20kg. Kejadian ini juga mengubah pemikiran beliau tentang cara beliau melatih anggotanya. "Saya sedar bahawa terdapat cara yang berbeza-beza untuk menangani sesuatu keadaan," ujar 3WO Ashik.

Jika prestasi pelatih beliau tidak mencapai sasaran, beliau tidak segera menegur mereka. 

Sebaliknya, beliau berbual dengan mereka untuk mengetahui punca sekiranya mereka menghadapi masalah dan beliau mencuba sedaya upaya untuk membantu mereka. Sebagai contoh, kecederaan sukan adalah sebab di sebalik salah satu punca penambahan berat badan sarjan beliau. 

"Sebagai seorang komander, anda perlu melalui pengalaman mereka bersama mereka dan inilah sebabnya saya suka apa yang saya lakukan."

SESEORANG YANG MEMBERI INSPIRASI

 

Ketua Sarjan (MSG) Inndramawan - Jurulatih WOSpec Charlie Company, Pusat Latihan Tempur Infantri, Institut Latihan Infantri. Beliau adalah pendahulu 3WO Ashik sebagai sarjan platun di HQ Guards.

 

"MSG Inndramawan pernah memberitahu saya, jika dia melihat seseorang melakukan sesuatu, beliau tidak boleh beredar begitu sahaja tanpa menghulurkan bantuan. Ayat ini benar-benar memberikan kesan kepada saya. Jadi walaupun anggota saya melakukan tugas mudah seperti membersihkan stor, saya juga akan turut serta membersihkannya."

Ulasan penyelia beliau:

"Khidmat negara hebat yang 3WO Ashik hasilkan membuktikan keupayaan beliau intuk memimpin dan melatih. Beliau menunjukkan contoh kepimpinan melalui teladan, percaya dalam latihan yang lasak dan mengharapkan yang terbaik daripada anggota perkhidmatan di bawah penyeliaan beliau."


 

MSG ELIAS PARAMESWARAN
Pakar Krew Udara Fokker 50, SKN 121

DI BAWAH SELIAAN BELIAU

Apabila pemusnah Amerika Syarikat USS John S McCain berlanggar dengan kapal tangka minyak di luar pantai Singapura pada Ogos lalu, Ketua Sarjan (MSG) Elias Parameswaran adalah antara mereka yang ditugaskan untuk misi mencari anak kapal yang hilang.

"Panggilan datang pada lewat malam Jumaat dan kami telah dijadualkan untuk terbang pada pukul 5 pagi hari berikutnya. Kami menggunakan teropong untuk mencari serpihan dan menjatuhkan penanda asap di kawasan-kawasan ini untuk Tentera Laut meneliti kawasan terbabit," imbas kembali bekas anggota yang berumur 31 tahun, yang menyertai penerbangan Pesawat Rondaan Maritim (MPA) Fokker 50 bagi misi selama tujuh jam. 

Tenaga pengajar pengendali kargo dengan Skuadron 121 (SKN) Angkatan Tentera Udara Republik Singapura, MSG Elias terbang di kedua-dua Pesawat Pengangkutan Utiliti (UTA) Fokker 50 dan MPA. UTA terutamanya digunakan untuk pengangkutan manakala MPA ditugaskan untuk misi rondaan dan pengawasan maritim.

"Walaupun ia situasi yang menyedihkan, kami perlu bersikap profesional tentangnya. Jangka waktunya terhad, jadi kami perlu bertindak cepat dan menyeluruh apabila melakukan carian."

Sentiasa bersuara

Kerja berpasukan, profesionalisme dan keselamatan adalah nilai-nilai yang tersemat kemas dalam hati MSG Elias. Pakar Krew Udara (ACS) juga menjadikannya satu hujah untuk menyemai nilai-nilai ini ke dalam hati pelatih beliau.

"Kadang-kadang, mereka yang lebih berpengalaman berlagak seolah-olah mereka tahu segala-galanya, namun sebagai tenaga pengajar, kami perlu menyatakan bahawa perkara tertentu telah berubah, mengajar mereka kaedah baru dan menerangkan sebab ia dilaksanakan."

Apabila beliau sedang berlatih dengan bekas tenaga pengajar beliau, MSG Elias tidak teragak-agak dalam membetulkan beliau. Agak mengejutkan, senior beliau itu menerima komen secara positif malah memberi pujian kepada beliau.

"Beliau berbangga kerana saya telah cukup matang dan mampu untuk membetulkan kesalahan beliau," ujar bekas pelajar Politeknik Ngee Ann sambil ketawa. 

"Apabila menyentuh tentang penerbangan, kami perlu bersikap profesional dan memaklumkan kepada pelatih bahawa ini bukan cara kita melakukan sesuatu, walaupun beliau adalah bekas ketua anda."

Inovasi daratan ke udara

Tidak mengejutkan bahawa, sebagai mereka yang terlibat dalam banyak tindakan, WOSpecs menghasilkan inovasi daratan ke udara bagi meningkatkan kecekapan. 

Pada tahun 2012, MSG Elias mencetuskan idea mendigitalkan pengiraan berat dan baki kargo di atas pesawat UTA. Pada masa lalu, pengendali kargo perlu mengira berat kargo secara manual dan di mana untuk meletakkannya di atas UTA bagi mengimbangi dan memuatkannya dengan sekata. Proses itu mengambil masa kira-kira 30 minit.

Hari ini, pengendali kargo hanya perlu memasukkan angka yang berkenaan ke dalam lembaran Excel, menjimatkan masa lebih daripada 20 minit. Sejak pelaksanaannya, formula tersebut telah dikongsikan dengan skuadron lain.

"Ia merupakan salah satu saat paling membanggakan buat saya dan ia mengambil masa kurang daripada enam bulan untuk mengesahkan dan melaksanakannya," ujar MSG Elias dengan senyuman.

Semangat untuk generasi akan datang

Bercakap tentang tugas beliau dan terdapat sinaran dalam mata MSG Elias. Beliau mungkin dalam skuadron yang sama selama sembilan tahun, namun beliau masih menyukai tugas yang dilakukan.

Dari menyampaikan pengetahuan dan membimbing pelatih beliau hingga melihat mereka menjadi pengendali kargo profesional, ia adalah satu perjalanan yang beliau menemui kepuasan dalam diri. Kebanggaan itu berkembang apabila junior beliau mampu melaksanakan tugas melebihi peranan utama mereka, menerajui tugasan dan menyuarakan pendapat mereka jika mereka mengetahui sesuatu yang tidak kena dengan pesawat. 

MSG Elias menyatakan: "Sesiapa sahaja boleh meminta untuk menghentikan sesuatu perkara (jika mereka rasa ada sesuatu yang tidak kena). Mereka yang bertugas bertanggungjawab untuk membantu dan menunjukkkan sebarang masalah untuk memastikan persekitaran penerbangan yang selamat. 

"Apabila mereka mampu berbuat demikian, anda tahu bahawa anda telah melatih mereka dengan baik."

SESEORANG YANG MEMBERI INSPIRASI

 

2WO (NS) Edmund Louis Nathan - Bekas pengendali kargo dari SKN 121

 

"Beliau adalah salah seorang pegawai waran yang memberikan motivasi dan bekerja dengan saya untuk menghasilkan idea pendigitalan pengiraan berat dan keseimbangan kargo melalui penggunaan Excel. Beliau juga banyak membimbing saya semasa saya seorang junior ACS."

Ulasan penyelia beliau:

"MSG Elias sentiasa meluangkan masa menerangkan kepada pelatih beliau tentang sebab perkara tertentu perlu dilakukan dan ini menjadikan mereka lebih mudah menerima. Tetapi apabila beliau perlu bersikap tegas, beliau mempertahankan pendiriannya. Beliau berjaya mengimbangi di antara bersikap tegas dan penyayang untuk para pelatihnya."


 

SSG WYNNE TAN
Jurulatih Platform, Institut Latihan Infantri Berjentera (MTI)

MENGIKUT GERAK HATI BELIAU

Walaupun apabila semua orang tidak menyokong tindakan beliau untuk menyertai Tentera, Staf Sarjan (SSG) Wynne Tan tidak pernah hilang tumpuan terhadap kerja impiannya.

"Semua orang anggap saya gila dan tiada siapa yang menyokong saya! Namun saya tahu saya mahu sesuatu yang berbeza dan sentiasa berubah — kerjaya yang tiada siapa jangka saya mampu melakukannya."

Untuk meyakinkan keluarga yang beliau tidak tergesa-gesa dalam tindakan, Wynne Tan yang berumur 29 tahun itu bekerja di firma pengiklanan selama enam bulan di Shanghai. Sekembalinya dari sana, beliau melakukan beberapa pekerjaan sebelum mengambil keputusan beliau masih mahu meneruskan kerjaya dalam tentera.

Keputusan itu menjadi salah satu keputusan terbaik yang pernah beliau buat — beliau bersemangat dan berkobar-kobar untuk bekerja setiap hari. Malah di situ juga beliau bertemu dengan pasangan hidup! 

Sentuhan peribadi

Walaupun ini mungkin kerja impian beliau, ia tidak akan dicapai tanpa melalui cabaran, lebih-lebih lagi apabila menyentuh tentang menjadi seorang pemimpin. 

Apabila beliau kali pertama ditugaskan di Batalion ke-5, Rejimen Infantri Singapura (SIR 5) sebagai komander bahagian, SSG Tan bimbang tentang layanan yang bakal beliau terima daripada anggota pasukannya. 

"Ia menakutkan pada mulanya kerana saya tidak tahu jika anggota pasukan akan mendengar arahan saya. Tetapi saya sedar bahawa saya tidak perlu meletakkan terlalu banyak tekanan ke atas diri sendiri dan kehadiran saya sebenarnya lebih penting kepada kebanyakan daripada mereka." 

Bagi mendapatkan kepercayaan mereka, beliau meluangkan masa mengiringi anggota pasukan beliau dalam tugasan seperti kawad laluan. Dan selepas latihan, beliau berinteraksi dengan mereka untuk mengetahui tentang kehidupan mereka. Jika beliau rasa terdapat sesuatu yang tidak kena, beliau akan berbincang tentang masalah mereka.

"Perkara seterusnya yang saya tahu, anggota pasukan mula merujuk dan mengadu kepada saya seolah-olah saya adalah kakak tua mereka!" ujar SSG Tan sambil ketawa.

Selepas ditugaskan di MTI Disember lalu, beliau memikul peranan semasa beliau sebagai jurulatih pelantar, mengajar askar mengendalikan Kenderaan Sokongan Tempur yang Dilindungi Belrex (PCSV) dan Kenderaan Pembawa Infantri Terrex. 

Memandangkan latihan yang beliau laksanakan adalah kursus tiga minggu dan bukannya perjalanan selama dua tahun yang beliau lalui di SIR 5, beliau menggunakan kaedah yang berbeza untuk sesi suai kenal — dengan mengingati semua nama 34 anggota pasukan dalam tempoh dua hari.

SSG Tan menyatakan: "Perkara mudah ini membawa perubahan. Apabila anda mengingati nama-nama mereka, ia membuatkan mereka rasa bahawa diri mereka penting, dan bukannya sekadar peserta dalam kursus. Mereka rasa lebih gembira dan menjadi lebih bermotivasi dan mudah menerima dengan apa yang saya katakan."

Apabila berdepan dengan masa sukar

Setahun yang lalu, beliau kembali menerajui anggota pasukanya sebagai sarjan platun di SIR 5 sebaik sahaja tamat cuti bersalin beliau selama empat bulan.

Selain daripada kekalutan menjaga anak lelakinya yang baru lahir yang terjaga setiap jam pada waktu malam, SSG Tan perlu mengumpul tenaga untuk melatih anggota pasukan beliau pada waktu siang, walaupun ia mendesak beliau untuk melakukan apa sahaja bersama mereka — termasuk pergi ke kawasan jauh.

"Ia sangat meletihkan dan saya tidur kurang daripada empat jam sehari, tetapi saya agak saya sudah biasa dengannya."

Walaupun berdepan dengan masa sukar, SSG Tan tidak pernah sekali-kali menyesali keputusan beliau untuk mendaftar. Malah, beliau menyifatkan Tentera telah membentuk diri beliau menjadi wanita yang berdaya tahan hari ini.

Beliau menunjukkan semangat gigih yang sama apabila menjalinkan ikatan hubungan dengan anggota di bawah seliaannya.

"Kami WOSpecs adalah mereka yang sangat mementingkan perkara amali, jadi kami bekerjasama rapat dengan anggota pasukan kami. Terpulang kepada kami untuk membina karakter mereka dan menjadikan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) mereka sesuatu yang positif dan bermakna. 

"Melihat mereka membesar dari budak kecil kepada lelaki dewasa adalah motivasi dan kepuasan terbesar saya."

SESEORANG YANG MEMBERI INSPIRASI

 

2WO Judy Law - Perekrut Wanita, Pusat Pengambilan Tentera. Beliau adalah komander platun SSG Tan di Pusat Latihan Ketenteraan Asas.

 

"Beliau berhadapan dengan banyak cabaran tetapi kekal positif dan komited dengan tugas beliau. Beliau ibu kepada tiga anak dan melayan setiap askar umpama anak beliau sendiri. Sebagai ibu, saya tahu betapa sukarnya untuk membahagikan masa antara kerja dan keluarga, jadi saya amat menghormati beliau."

Ulasan pelatih beliau:

"Beliau melatih kami dengan penuh semangat demi menjadikan kami askar yang lebih baik. Beliau juga berusaha untuk mengingati siapa anda, sesuatu yang sangat bagus dan menyegarkan. Jika ada peluang untuk menjalani latihan di bawah beliau sekali lagi, pastinya saya akan turut serta."


 

1WO NG BAN SWEE
Ketua, Unit Selam Pembersihan (CDU), Kumpulan Selam Pembersihan (CDG)

Bapa pembabtisan yang mesra

Walaupun dengan nama samaran Bapa pembabtisan, 1WO Ng Ban Swee kelihatan tidak lain seperti tokoh bos mafia dalam tayangan filem tahun 1972. Beliau yang berumur 47 tahun tidak pernah gagal mendengar dan pintunya sentiasa terbuka kepada mereka yang memerlukan nasihat.

Tetapi beliau tidak sentiasa penyayang dan suka membantu seperti hari ini. "Sewaktu muda, saya ingat dengan mempunyai wajah garang merupakan cara untuk memimpin, tetapi nyata ia satu kesilapan." 

1WO Ng membuatkan keputusan untuk membanyakkan senyuman dan mula melibatkan pelatih beliau bagi mendapatkan kepercayaan dan rasa hormat. "Segala-galanya jauh lebih baik selepas itu — pelatih saya akan melakukan lebih daripada apa yang sepatutnya mereka lakukan kerana mereka tahu saya prihatin," tegas 1WO Ng.

Tidak pernah berhenti belajar

Pada tahun 1999 dengan galakan Pegawai Pemerintah beliau, 1WO Ng menghimpunkan keberanian untuk meneruskan pengajian diploma dalam Kejuruteraan Mekatronik selama tiga tahun di Politeknik Nanyang, tajaan khas oleh Angkatan Tentera Laut Republik Singapura. Sudah tujuh tahun beliau meninggalkan bidang pengajian, tetapi anggota yang berumur 29 tahun itu tidak membiarkan keadaan itu mematahkan semangat beliau. 

Malah, beliau berada dalam kedudukan teratas dalam kohortnya bagi lima daripada enam semester dan mencapai Anugerah Emas walaupun sedekad lebih tua daripada rakan sebayanya dan perlu menjaga anak yang baru lahir. 

Beliau juga mengambil inisiatif menguruskan sesi belajar, membincangkan topik tutorial dan membuat soalan peperiksaan olok-olok untuk rakan sepengajiannya yang lebih muda. 

"Saya rasa saya menjadi matang apabila saya meningkat dewasa," ujar 1WO Ng, yang tidak meneruskan pengajian di Politeknik Ngee Ann sewaktu zaman remajanya. 

"Ia sukar untuk mengimbangi pengajian dan keluarga namun saya amat bersyukur atas sokongan keluarga. Saya hanya dapat melakukan kerja sekolah saya selepas mereka tidur supaya saya dapat meluangkan masa bersama isteri dan anak saya."

Setelah memperoleh diploma, 1WO Ng menyertai kursus pelupusan dua bom dan senjata api di United Kingdom. Sebelum itu, beliau menghadiri kursus Pelupusan Kelengkapan Bahan Letupan (EOD) di Amerika Syarikat pada tahun 1997, di mana beliau dinamakan sebagai Graduan Kepujian kerana menjadi pelajar terbaik semasa fasa dalam air. 

"Kursus-kursus ini memberikan ilmu pengetahuan, kecekapan dan keyakinan kepada saya untuk menjadi penyelam pelupusan bom di CDG. Saya juga belajar cara untuk bekerjasama dengan rakan sejawat asing dan mendapat pemahaman mendalam tentang perspektif dan prosedur mereka."  

Pada tahun 2009, beliau telah menghadiri Kursus Pegawai Waran Bersama SAF dan menggondol anugerah “Book Prize” (Hadiah Buku) atas prestasinya yang luar biasa. Tiga tahun kemudian, beliau telah memohon program Sains Pembelajaran di Institut Pendidikan Kebangsaan bagi meningkatkan kemahiran mengajar. 

"Ramai WOSpecs hari ini dahagakan ilmu pengetahuan dan kami sentiasa menarik taraf diri kami bagi meningkatkan kaedah dan mengaitkannya dengan pelatih kami," jelas 1WO Ng.

"Dengan menyertai kursus dan program diploma, kami juga boleh menunjukkan contoh kepada pelatih bahawa mereka juga mampu untuk melakukan perkara yang sama."

Hati terbuka

Sebagai Ketua CDU, 1WO Ng telah mengambil langkah sekembali daripada latihan dan mempercayai tenaga pengajar beliau untuk mengambil kawalan penuh. 

Namun ayah kepada dua anak itu masih berusaha untuk melibatkan penyelam beliau, lebih-lebih lagi Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) yang memasuki Unit Selam Tentera Laut. 

"Saya melayan anggota NSF ini seperti anak saya dan penyelam yang lebih tua, seperti adik saya. Saya tahu generasi ini ingin tahu sebab dan tujuan untuk segala-galanya yang kita lakukan, jadi saya akan sentiasa melakukan yang terbaik dalam membuat penjelasan."

Selain daripada menyemai persekitaran yang menggalakkan untuk tenaga pengajar dan pelatih beliau bagi menyuarakan pendapat dan perkara keutamaan mereka, 1WO Ng juga mengambil kursus para-kaunseling baru-baru ini untuk melengkapi dirinya bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan. 

"Keutamaan saya adalah untuk memahami dan membantu mereka sebanyak yang saya mampu," ujar 1WO Ng.

Jadi apa yang membuatkan beliau berusaha sedaya upaya mengatasi jangkaan? "Ucapan semudah 'terima kasih' sudah cukup sebagai motivasi untuk memastikan saya terus melangkah."

SESEORANG YANG MEMBERI INSPIRASI

 

MWO (Bersara) Wong Keng Tuck - Bekas pegawai bertanggungjawab ke-2 EOD, CDG

 

"Beliau umpama ayah dan saya sentiasa memanggil beliau Pakcik Wong. Saya melihat betapa beliau sentiasa berada di sana untuk penyelamnya dan sebagai balasan betapa mereka menghormati beliau, jadi saya mengikut jejak langkah beliau."

Ulasan pelatih beliau:

"Beliau benar-benar melayan kami seperti anak beliau sendiri. Jika kami ada sebarang masalah, beliau sentiasa bersedia untuk membantu. 

Beliau seorang mentor yang hebat, sangat memahami dan sentiasa bersedia untuk membantu kami."


 

SSG MARK ROMARIO
Jurulatih Kanan, Cawangan Pakar Perkara Pokok (SME), Pusat Latihan Tentera Asas (BMTC)

Peminat latihan

Beberapa minit selepas menamatkan pelajaran menunggang motosikal, SSG Mark Romario menerima satu panggilan yang memaklumkan beliau perlu mendirikan khemah di Padang. Ia adalah minggu di mana Perdana Menteri meninggal dunia pada tahun 2015.

Unit beliau bekerja sepanjang malam, membina hampir 200 khemah. Khemah-khemah ini bertujuan sebagai tempat berteduh untuk orang awam, yang beratur untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Encik Lee, daripada panas terik matahari dan juga hujan.

"Dari pelajar politeknik kepada warga emas, orang ramai memberikan sorakan dan pujian kepada kami. Mereka juga menghulurkan botol air mereka. Walupun pada waktu kepenatan mula menerjah, ia adalah pengalaman yang mengharukan," imbas kembali anggota yang berumur 28 tahun, yang merupakan komander bahagian di Batalion ke-3, , Pengawal Singapura (3 Gds) pada ketika itu then.

Kesayangan ramai

Bagi SSG Romario, beliau sangat berpuas hati dengan kerjaya beliau setakat ini. Beliau menikmati melibatkan orang lain dan telah menemui ramai individu dari latar belakang kehidupan yang berbeza dalam Tentera.

Sewaktu lawatan sarjan platun beliau di 3 Gds dua tahun lalu, beliau mempunyai beberapa orang pelatih yang ganas dan panas baran di bawah tanggungjawabnya, malah salah seorang daripadanya mencabar beliau untuk bergaduh. 

"Pelatih itu membawa telefon bimbit beliau ke tempat latihan apabila saya secara tegas melarangnya. Apabila saya bersemuka dengannya, pelatih itu menjadi sangat agresif dan meninggikan suara pada saya."

Malah anggota pasukan itu mendakwa kepadanya, namun akhirnya disekat oleh rakan sepasukannya yang kemudiannya merampas telefon dari tangan beliau. 

Selepas latihan, SSG Romario mengadakan perbualan peribadi dengan seorang anggota pasukan dan mendapati bahawa beliau mempunyai masalah keluarga, kewangan dan perhubungan. Anggota pasukan itu telah membawa keluar telefon bimbitnya kerana beliau mahu bercakap dengan teman wanitanya. Selepas insiden itu, SSG Romario menasihati beliau dan anggota pasukan itu akhirnya menjadi lebih bersemangat dalam latihan. 

"Insiden itu benar-benar meluaskan sudut pandangan saya dan saya belajar bahawa cara terbaik untuk megendalikan orang yang agresif adalah dengan cara mengekalkan ketenangan dan cuba mencari puncanya bersama mereka," ujar bekas pelajar Politeknik Ngee Ann.

"Saya juga cenderung untuk melayan anggota pasukan saya seperti orang dewasa dan perasaan hormat dan saling memahami biasanya berlaku dalam kedua-dua cara." 

Selain daripada NSF, SSG Romario juga melatih platun yang terdiri daripada semua wanita dari SAF Volunteer Corps pada bulan April.

Daripada 45 orang pelatih itu, terdapat tiga pelatih yang berumur melebihi 40 tahun. Tahap kecergasan mereka berbeza-beza tetapi apa yang mengagumkan saya tentang wanita-wanita ini adalah semangat mereka: tiada siapa yang goyah walaupun berhadapan dengan latihan keras.

"Apabila anda melihat betapa ghairah dan bersemangatnya mereka, anda juga mendapat inspirasi."

Pendekatan fleksibel

Sejak ditugaskan di BMTC sebagai jurulatih kanan di bawah cawangan SME pada Julai lalu, SSG Romario telah berpeluang untuk berkhidmat di beberapa syarikat dan memerhatikan betapa berbezanya komander membimbing rekrut di bawah mereka. 

Selain menggunakan alat bantuan visual dan menerangkan dengan cara menunjuk ajar, yang tertua daripada dua adik beradik ini kerap membaca buku falsafah dan mencatitkan ungkapan yang menarik bagi melibatkan para pelatihnya. Ia membantu dalam menjadikan beliau seorang penglipur lara semula jadi dan kelakar.

"Apabila saya melihat mereka mula mengantuk, saya akan melibatkan mereka dengan unsur kelucuan dan jenaka bagi menarik perhatian mereka,” ujar SSG Romario sambil ketawa. Jenaka beliau menjadi bukti: semasa sesi bergambar PIONEER, beliau membuatkan rekrut beliau terhibut selama 45 minit. 

"Salah satu salah tanggapan terbesar tentang WOSpecs adalah mereka sangat tegar dan kita mempunyai mentaliti tetap tentang cara melakukan latihan tertentu. Sebagai WOSpecs generasi akan datang, kami adalah lebih fleksibel dalam kaedah latihan kami dan lebih amali dalam pendekatan kami.

"Lebih penting lagi, kita mesti mampu untuk menerima kritikan, terutamanya jika ia boleh membuatkan kita menjadi guru, askar atau individu yang lebih baik."

Nampaknya beliau berjaya mengendalikannya dengan baik.

SESEORANG YANG MEMBERI INSPIRASI

 

1WO Cheng Joo Teck - Ketua Jurulatih, HQ BMTC

 

"Umur beliau telah mencecah 40 ke atas namun beliau masih mampu mencatatkan masa sembilan minit bagi larian sejauh 2.4km. Walaupun beliu tidak fasih bertutur bahasa Inggeris, beliau sentiasa mencuba yang terbaik untuk menyatakan hujah-hujahnya dengan jenaka dan menjadikan latihan beliau semenarik yang boleh."

Ulasan rakan sekerja beliau:

"Beliau seorang yang cekap, profesional dan sangat mudah untuk berurusan. Bila-bila masa sesiapa sahaja memerlukan bantuan, beliau sentiasa berusaha untuk membantu. Secara ringkasnya, beliau adalah salah seorang rakan sekerja yang terbaik."

Suggested Reading
04sep24_news1_photo0
Cover story
Tekong – Rumah Dapur OG
PEOPLE
01 Jun 2018

Bagaimana makanan di rumah dapur Pulau Tekong apabila dibandingkan dengan kem lain? Kami menyiasat.

Feature
Dari Pantai ke Pantai
PEOPLE
01 Jun 2018

She used to serve on the RSS Stalwart telah berlayar lebih daripada 20,500km setakat ini, dan telah menyertai pelbagai latihan. 

Cover story
Baik, Tuan!
PEOPLE
01 Jun 2018

Kita semua pernah bertemu dengan panglima-panglima yang menarik semasa Latihan Asas Tentera (BMT) yang akan kita ingati selamanya. Adakah anda mengenali mana-mana yang berikut?

Feature
Kunjungan Pertama Encik Lawrence Wong ke BMTC sebagai Perdana Menteri
PEOPLE
01 Jun 2018

She used to serve on the Beliau menyertai dua syarikat rekrut dalam satu larian, dan mengambil bahagian dalam latihan kekuatan dan penyesuaian serta sesi latihan teknikal SAR 21.

WhatsApp Image 2024-09-10 at 14.41.34
Mengatasi cabaran untuk lulus sebagai pakar SAF
PEOPLE
01 Jun 2018

Bagi kebanyakan lelaki muda Singapura, mendaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) boleh menjadi proses yang menakutkan, terutamanya jika mereka tidak pasti apa yang diharapkan. Selalunya, budak-budak ini memasuki Pulau Tekong dengan keselesaan ahli keluarga mereka menghantar mereka pergi.

Feature
Anjing tentera bersara menemui rumah selamanya.
PEOPLE
01 Jun 2018

She used to serve on the Selepas menghabiskan sebahagian besar hidup mereka dalam perkhidmatan, anjing-anjing tentera ini mencari rumah untuk Tarikh Sedia Beroperasi "ORD" masuk.

13aug24_news1_ms
Cover story
Aset yang Tidak Ternilai
PEOPLE
01 Jun 2018

Apakah barangan yang dibawa oleh operator Pasukan Keselamatan Laut Bersama (ASSeT) Tentera Laut Republik Singapura ketika mereka menjalankan operasi pemeriksaan dan penggeledahan kapal komersial di laut?

30jul24_news1_photo1_zh
Jenis-jenis Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang Anda Temui Semasa ICT
PEOPLE
01 Jun 2018

Opportunis atau jurujual. Yang selalu bertukar pekerjaan. Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara yang kelihatan semakin gemuk setiap tahun. Siapakah kawan NS anda?

26jul24_news1_photo1_ms Feature
Menghormati SM Lee atas Sumbangan beliau kepada SAF
PEOPLE
01 Jun 2018

She used to serve on the Lama sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, beliau adalah BG Lee, seorang Pegawai Artileri yang berkhidmat dan membantu membentuk SAF yang kita lihat pada hari ini.

01aug24_news1_photo1
Bercita-cita untuk menyumbang kepada pertahanan Singapura
PEOPLE
01 Jun 2018

Tahun ini, sebanyak 105 Anugerah Biasiswa Pertahanan telah dihadiahkan. Kami bercakap dengan tiga penerima untuk mengetahui perjalanan dan cita-cita mereka kerana mereka merancang untuk mengambil pelbagai peranan dalam SAF.