CINTA BERADA DI MANA-MANA

Feature https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/feature56460a9d-5562-4f0c-bba8-d4116d74ccad.jpg?sfvrsn=c785369f_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/CINTA-BERADA-DI-MANA-MANA
CINTA BERADA DI MANA-MANA https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/CINTA-BERADA-DI-MANA-MANA
01 Feb 2019 | PEOPLE

CINTA BERADA DI MANA-MANA

Tiga pasangan, tiga kisah cinta yang berbeza. Sempena sambutan Hari Valentine ini, kami igin mengetahui bagaimana lelaki dan wanita di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini memelihara keharmonian perkahwinan dengan kuat di tengah-tengah pekerjaan tentera yang sangat mencabar.

// CERITA OLEH TEO JING TING

// GAMBAR OLEH KENNETH LIN, CHAI SIAN LIANG & IKHSAN DARIPADA TEMUDUGA

English 华文
English 华文
1-UP-B-caption

Bukan mengenai pandangan pertama

"Aiyoh, jurugambar cakap untuk saling berhadapan," kata Mejar (MAJ) Charlene Tan sambil dia memegang dagu suaminya dan memusingkannya kearah beliau semasa  sesi fotografi PIONEER.

"Lihat, selepas bertahun-tahun masih suka mengarah," jawab Mejar Dylan Kok.

Adalah kerana sifat keperibadian ini yang membuatkan beliau tawar hati ketika pertama kali mereka bertemu di Sekolah Pegawai Cadet (OCS) pada tahun 2005. Meskipun berada di dalam platun yang sama, mereka tidak mempunyai pandangan pertama yang baik antara satu sama lain – beliau merasa Mejar Charlene Tan suka megarah dan beliau merasa kan Mejar Dylan Kok bersifat kebudak-budakkan.

Tetapi kehidupan mempunyai rancangan lain dan mereka bertemu semula di dalam kursus empat tahun kemudian. Mereka tertarik antara satu sama lain dan mereka berkahwin pada tahun 2014.

Hari ini, pasangan Kok sedang menyesuaikan diri dengan kelahiran anak sulung mereka pada awal tahun 2019.

Menghadapi Perpisahan

Sebagai pegawai di Tentera Laut Republik Singapura, Mejar Kok dan Mejar Tan, kedua-duanya berumur 32 tahun, terpaksa berjauhan daripada satu sama lain. Pada peringkat awal hubungan mereka, mereka ditugaskan di atas kapal yang berasingan dan sering dikerahkan pada waktu yang berbeza.

Cabaran itu meningkat selepas mereka berkahwin. Dua hari selepas perkahwinan mereka pada tahun 2014, Mejar Kok terpaksa ke Australia untuk Latihan Trident, latihan bersama antara SAF dan Angkatan Pertahanan Australia.

"Saya memandu dia dari hotel ke lapangan terbang dengan gaun perkahwinan saya di dalam kereta, menurunkannya dan pergi meyelesaikan tugas-tugas lain. Saya berasa sangat sedih untuk diri sendiri!" kata Mejar Tan dengan ketawa.

Selepas kembali pada awal Disember, Mejar Kok dikerahkan selama 14 hari lagi untuk mengambil bahagian dalam misi mencari dan menyelamat bagi pesawat QZ8501. Secara kebetulan, Mejar Tan juga dikerahkan pada misi pada malam Tahun Baru. Pasangan yang baru berkahwin ini berjauhan selama dua bulan.

Itu bukan masa terpanjang mereka berjauhan dari satu sama lain. Rekod mereka adalah enam bulan pada tahun 2016, dengan Mejar Tan yang mengambil bahagian dalam misi membasmi lanun di Bahrain dan Mejar Kok akan menjalani latihan berterusan seperti Exercise Trident dan Fleet Review Antarabangsa di New Zealand.

Memaksimumkan Masa

Pasangan itu mungkin sudah biasa dengan ketiadaan pasangan masing-masing selama bertahun-tahun tetapi mereka mengakui bahawa ia bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal. Walaupun mereka mempunyai kumpulan sosial dan hobi mereka sendiri, perpisahan masih sukar, terutama pada hari-hari yang istimewa.

"Adalah sangat membantu apabila mempunyai sekumpulan kawan rapat di Angkatan Laut, jadi apabila salah seorang daripada kami dikerahkan untuk bertugas, mereka berusaha untuk menemani. Itulah sebahagian daripada semangat kekeluargaan Angkatan Laut," kata Mejar Kok, pegawai kakitangan di cawangan perancangan operasi Jabatan Operasi Tentera Laut.

Apabila mereka bersama, mereka menggunakan setiap minit untuk bersama. Spontan adalah kunci kepada hubungan mereka, dan pasangan yang suka pada aktiviti pengembaraan ini sering menjelajah ke negara-negara berdekatan. Walaupun kerja mereka mencabar, mereka tidak pernah menyesal menyertai Angkatan Laut Republik Singapura.

Jelas Mejar Tan, pegawai kakitangan di dalam cawangan pelan berkuatkuasa Jabatan Pelan Angkatan Laut: "Pekerjaan kami adalah kritikal dalam menjaga pertahanan negara kita dan kita memahami apa yang diperlukannya. Ia adalah sesuatu yang kita hidup dan bekerja hampir sepanjang masa."

Kejutan Istimewa

Ketika ditanya mengenai perkara-perkara manis yang mereka lakukan untuk satu sama lain, Mejar Tan dengan gembira menceritakan tentang lamarannya.

Kedua-dua mereka berada di kapal berasingan dan Mejar Kok telah meminta ketua Mejar Tan untuk memberinya beberapa hari untuk bercuti. Seorang rakan sekerja memandu beliau ke rumah Mejar Tan, di mana dia mendapati pakaian dengan arahan untuk memakainya. Dia kemudian memulakan pencarian harta karun dengan rakan-rakan rapatnya di Sentosa sebelum memasuki Underwater World yang kini tidak berfungsi di mana Mejar Kok melamar menggunakan plakat dari dalam tangki.

"Saya terkejut kerana dia berjaya melakukannya tanpa pengetahuan saya dan saya menangis," tertawa Mejar Tan.

Bagi Mejar Kok, ia merupakan kejutan hari jadi yang ke-26. Apabila Mejar Kok pulang ke rumahnya, bagasinya telah dikemaskan dan dia dibawa ke lapangan terbang. Perkara seterusnya yang dia tahu, dia berada di kapal terbang ke Bali untuk menikmati percutian dengannya.

Kejutan ini mungkin dekat dan jauh jarak di antaranya, tetapi pasangan Kok tahu bahawa mengekalkan perkahwinan memerlukan usaha. Sekarang mereka mempunyai anak, adalah sangat penting lagi untuk mengekalkan keseimbangan antara kerja, keluarga dan masa bersendirian.

"Kerja kita mungkin mencabar, tetapi kita perlu berusaha untuk berhubung dan membuat satu sama lain rasa disayangi," kata Mejar Kok.

"Dan tentu saja, menjadi spontan agak membantu!"


 

1-UP-B-caption

Cinta Pandang Pertama

Pakar Tentera (ME) 3 Sanhti Thanapal  sangat kecewa. Hari lahir amat bermakna baginya, tetapi suaminya tidak melakukan sesuatu yang istimewa untuk harijadinya yang ke-40.

Sedikit yang dia tahu bahawa dia akan dibawa keesokan harinya untuk menghadiri majlis kejutan harijadinya dengan lebih daripada 60 keluarganya dan rakan-rakan terdekatnya. Chalet dihiasi dengan indah; keknya berada dalam warna superhero kegemarannya - Wonder Woman - dan ada juga seorang deejay.

"Saya sangat tersentuh dan gembira, saya mengambil banyak foto dan video!" kata Pakar Operasi dan Sistem Udara yang berumur 41 tahun (AOSX) dari Markas Latihan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF).

Itu semua adalah sebahagian dari rancangan besar suaminya – Pakar Tentera 3 Ganisen Subramaniam yang ingin membuat sambutan hari lahir isterinya tidak akan pernah dilupakannya.

"Saya sengaja melakukannya sehari selepas hari lahirnya supaya dia tidak mengesyaki apa-apa," kata pemuda berusia 44 tahun itu sambil tergelak.

Menjadikan Perhubungan Lama Lebih Segar

Ia mungkin sudah 20 tahun, tetapi pasangan itu terus menghangatkan perkahwinan mereka dengan tindakan yang mesra.

Sebagai contoh, untuk ulang tahun ke-35 Pakar Tentera 3 Ganisen, Pakar Tentera 3 Sanhti membelikannya kamera yang sudah lama beliau hajati. Dan untuk Hari Valentine, dia membuat video pendek yang dia pos di Facebook.

"Saya menghabiskan masa 10 minit untuk melakukan video dan dia dalam mood yang baik untuk masa yang lama. ROI sangat tinggi (pulangan pelaburan)," kata Pakar Tentera 3 Ganisen, yang mahir dalam penyuntingan video.

Bekerja 24/7

Ia adalah cinta pandang pertama apabila Pakar Tentera 3 Ganisen mula-mula melihat istrinya di kursus pakar operasi udara asas pada tahun 1996.

Mereka berkahwin dua tahun kemudian dan mempunyai anak pertama mereka, Marcus Kryshaan, pada tahun 2002.

Dekonflasi jadual kerja mereka mula menjadi lebih mencabar. Kedua-dua mereka bekerja secara shif, hujung minggu mereka sering dipanggil untuk bekerja, dan ada masanya mereka dipanggil untuk menjalani latihan. Apabila anak-anak jatuh sakit, Pakar Tentera 3 Sanhti akan merasa bersalah bahawa dia tidak boleh berada di rumah untuk menjaga mereka.

"Ia sangat menyakitkan ketika saya tidak dapat berada di sisi anak-anak saya tetapi saya bersyukur, saya mendapat sokongan daripada keluarga mertua, ibu dan pembantu saya, jadi saya yakin kerana mengetahui bahawa mereka berada di dalam jagaan yang baik," kata ibu kepada dua orang, yang bekerja sebagai penyelaras pos pemerintahhan di Pangkalan Udara Paya Lebar.

Pertunjukan udara RSAF dan rumah terbuka juga menjadi tempat berkumpul seluruh keluarga.

"Selama bertahun-tahun, kanak-kanak telah melihat banyak paparan statik yang mereka tahu semua perkakasan dengan lancar!" kata ME3 Ganisen, yang berasal dari 202 Skuadron.

Bangga untuk Berkhidmat

Bagi anak-anak pasangan itu, terdapat perasaan bangga apabila mereka mendengar suara bapa mereka yang menjelaskan gerakan udara kepada penonton. Beliau telah menjadi pengulas untuk 13 pameran sejak 2009.

Ia adalah peranan yang Pakar Senjata 3 Ganisen mendapat kepuasan melakukannya kerana dia berpeluang untuk bekerjasama dengan kru udara dan darat, serta menjadi suara RSAF.

Sama seperti cinta mereka untuk satu sama lain, pasangan itu sangat berbangga dapat berkhidmat untuk Singapura walaupun selepas 22 tahun bekerja. Dia memantau trafik udara manakala isterinya melatih anggota pasukan nasional sepenuh masa dan Reguler untuk mengendalikan sistem operasi udara.

Kata Pakar Tentera 3 Sanhti: "Kehidupan tentera tidak mudah dan tidak siapa yang mengatakannya mudah. Apa yang membuatnya berbaloi adalah saya dapat menjamin keselamatan masa depan anak-anak saya dan Singapura."


 

1-UP-B-caption

Dari Kawan ke pasangan kekasih

Pada tahun 2007, Kapten (CPT) Nuraishah Binte Ibrahim memberitahu sahabatnya bahawa dia tidak akan keluar dengannya.

"Jadi saya jawab 'Apabila tiba masanya, saya akan menjadi lelaki terakhir yang akan kamu keluar bersama,' 'kata Master Sarjan (MSG) Shahibul Kahfi dengan ketawa.

Pemuda berusia 31 tahun itu mengotakan kata-katanya dan memenangi hatinya dua tahun kemudian.

Mereka bertemu sebagai rakan sekelas di ITE College East belajar mengenai pengurusan sukan. Mereka menjadi kawan rapat, pergi bersama-sama dan ada untuk satu sama lain bila berlaku perpisahan.

Selepas tamat pengajian, mereka tidak berhubung. Namun, salah seorang kawannya mendorong Master sarjan Shahibul untuk menghubunginya. Cinta berkembang selepas selepas makan malam bersama dan mereka berkahwin pada Oktober 2017.

Kerjaya lebih Utama

Kurang tiga bulan selepas perkahwinan mereka, Kapten Nuraishah pergi bertugas tahun ke luar negara selama satu tahun.

"Saya membuat keputusan untuk menerima tugasan tersebut kerana saya masih muda," kata pelatih platun berusia 30 tahun itu dari unit latihan luar negara.

Secara kebetulan, ia adalah MSG Shahibul yang menggalakkannya untuk mengambil tugasan tersebut. Beliau telah berkhidmat di dalam posting yang sama sebagai alat ganti kenderaan dan bertugas selama empat tahun dan benar-benar menikmati masanya.

"Apabila anda berada di luar negara, anda tinggal di kem dan kamu hanya ada rakan sekerja. Ini adalah cara terbaik untuk membina persahabatan seumur hidup dan mendapat pengalaman baru."

Pasangan yang baru berkahwin juga tidak merindui satu sama lain walaupun mereka tinggal berasingan, walaupun selepas perkahwinan – Kapten Nuraishah di kem dan Master Sarjan Shahibul di rumah orang tuanya.

Berkongsi tentang hari-hari mereka melalui WhatsApp dan panggilan sekali-sekala adalah mencukupi. Ia juga membantu pasangan itu mempunyai hubungan yang kuat dan telah melalui pengalaman yang serupa dengan Master Sarjan Shahibul apabila bertugas di luar negeri.

Pengmulaan Yang Baru

Ironinya, hanya apabila CPT Nuraishah kembali pada Jun lalu untuk tinggal di rumah baru mereka selama 10 hari berlakunya geseran.

Sewaktu dia pergi, Master Sarjan Shahibul terpaksa menyelesaikan sebahagian besar daripada pengubahsuaian dan perabot rumah mereka. Selepas enam bulan, dia sudah biasa hidup bersendirian.

Memiliki orang lain mengganggu tabiatnya adalah perkara yang menjengkelkan dan perkara kecil seperti membuat keputusan mengenai suhu penghawa dingin yang betul akan mencetuskan perselisihan kecil.

Tetapi dia kemudian menyedari kesalahannya dan meminta maaf kepada isterinya.

"Ia adalah satu perjalanan pembelajaran setiap hari. Anda fikir anda mengenali orang ini dengan baik tetapi ada perkara-perkara baru yang anda temui antara satu sama lain, terutamanya apabila anda mula hidup bersama," kata Kapten Nuraishah dengan ketawa.

Dan apabila dia pergi, MSG Shahibul mula merindui kehadirannya ketika dia membawa sentuhan wanita ke rumah. Sebagai contoh, dia menambah lilin wangi di sekitar rumah dan tumbuh-tumbuhan di bilik mandi.

"Saya memberitahu dia bahawa dia tidak sepatutnya kembali, sebab sekarang saya sangat merinduinya," katanya.

Perhubungan Jarak Jauh

Sekarang tempoh satu tahunnya hampir tamat, Kapten Nuraishah akan ditugaskan ke Batalion 1, Rejimen Infantri Singapura.

Seperti takdie menentukannya, Master Sarjan Shahibul, yang kini sedang belajar pengurusan rantaian bekalan dan perniagaan antarabangsa di Politeknik Nanyang di bawah Skim Penajaan Belajar dan Akademik Pengajian Berterusan SAF, akan pergi ke Lithuania untuk program pertukaran selama enam bulan pada bulan September.

Tetapi tiada apa nak dibandingkan dengan apa yang pasangan ini telah lalui.

Bila di Tanya mengena apa yang mereka gemari tentang pekerjaan mereka dan anda akan melihat sinar di mata mereka. Master Sarjan Shahibul, yang dahulunya seorang Ketua kuater di Sekolah Pegawai Cadet, menjelaskan bahawa membuat perbezaan dalam kehidupan orang lain sentiasa membuat beliau gembira.

"Apabila askar saya mengajak saya keluar makan dan saya melihat bagaimana mereka telah berkembang maju, saya tahu ada tujuan untuk saya hadir dalam kehidupan mereka dan itu sangat bermakna pada saya."

Ini adalah sebab yang sama untuk Kapten Nuraishah, yang sebelum ini telah mengambil tugasan sebagai komander platun di Pusat Latihan Ketenteraan Asas yang mengawasi Kompeni semua perempuan, dan dalam Batalion ke-3 Rejimen Infantri Singapura.

"Rasa sangat gembira apabila mereka masih ingat saya sebagai Puan mereka selepas bertahun lamanya," katanya.

"Saya suka menyaksikan perubahan kepada sikap positif di dalam anggota askar saya. Penghormatan yang diperoleh dengan melihat kematangan mereka adalah sesuatu yang saya tidak akan tukar untuk apa-apa yang lain."

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
01 Feb 2019

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
01 Feb 2019

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
01 Feb 2019

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
01 Feb 2019

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
01 Feb 2019

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
01 Feb 2019

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
01 Feb 2019

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
01 Feb 2019

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
01 Feb 2019

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
01 Feb 2019

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.