BUKAN SEBARANG ANG MOH

20jun22_news1_thumbnail https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/20jun22_news1_thumbnail.jpg?sfvrsn=ed372186_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUKAN-SEBARANG-ANG-MOH
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BUKAN-SEBARANG-ANG-MOH
BUKAN SEBARANG ANG MOH
20 Jun 2022 | PEOPLE

BUKAN SEBARANG ANG MOH

KISAH TEO JING TING // FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN SV2 RYAN

Berkhidmat sebagai askar di Kor Sukarelawan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFVC) selama tujuh tahun, dia berhasrat untuk terus berkhidmat selagi mampu. Berkenalan dengan SV2 Michael John Ryan.

SV2 Ryan memilih untuk berkhidmat dengan SAFVC kerana ingin menyumbang kepada negara yang kini dianggap negara kediamannya.

Singapura adalah kediaman baginya sejak 18 tahun lalu. Hampir separuh daripada masa itu – tujuh tahun – dia berkhidmat di SAFVC

Sebenarnya, Sukarelawan SAFVC (SV) 2 Michael John Ryan tidak berfikir dua kali untuk mendaftar apabila permohonan pertama sekali dibuka pada 2015.

"Tanpa teragak-agak, saya berfikir kenapa tidak?  Saya ingin menyumbang sedikit sebanyak dalam apa jua cara kepada tempat yang saya anggap sebagai kediaman saya ini," kata Pemastautin Tetap Singapura berusia 44 tahun yang berasal dari Melbourne, Australia.

"Hanya setelah berdaftar barulah saya sedar saya sepatutnya berbincang dengan isteri dahulu," kata SV2 Ryan sambil tergelak. "Tetapi terlambat, saya sudahpun berdaftar."

Adalah tidak menghairankan SV2 Ryan, yang berhijrah ke Singapura pada 2004, memang amat menghargai budaya tempatan.

Dia gemar minum kopi dan tehnya, dan menganggap nasi lemak antara hidangan kegemarannya. Ayat-ayatnya bertaburan dengan kata-kata Singlish – lah dan lor dengan fasih.

Namun, bapa kepada dua anak itu pernah berasa tersisih bila sesuatu jenaka atau luahan pertuturan kolokial dibuat dalam perbualan dengan rakan warga Singapuranya.

"Ada perkara yang rakan-rakan saya akan bercakap dan berkongsi yang membuat saya berasa asing seperti saya ni orang luar... Kerana ada perkara-perkara hanya anda akan tahu jika anda membesar dan menetap di sini."

Ini juga antara sebabnya SV2 Ryan memilih untuk berkhidmat – untuk menikmati rasa kekitaan bahawa Singapura benar-benar kediamannya, dan untuk menyumbang sedaya mampu.

SV2 Ryan menjalani latihan lapangan semasa latihan asasnya pada 2015.

Mempelajari selok-beloknya

Walaupun sudah mendengar cerita, SV2 Ryan mendapati latihan asas jauh daripada yang dijangkakan.

Apa yang mendorong kesungguhannya untuk mengharungi kejerihan mental dan fizikal adalah keinginan untuk belajar yang kuat. Walaupun letih pada penghujung setiap hari, dia akan bangun dengan mata segar dan tidak sabar-sabar untuk terus menimba ilmu lagi.

"Ia begitu menjerihkan, kami 'shag' (slanga tempatan untuk penat) tetapi kami masih mahu lagi. Ia berasa seolah-olah kami tidak pernah tidur, kami tidak pernah berhenti," kata SV2 Ryan, yang mendaftar pada Jun 2015.

Signifikan usahanya betul-betul dirasai semasa persembahan senjatanya di Memorial Perang Kranji.

Melihat barisan pertama askar yang terkorban, dia dapat merasai perkaitan hubungan kerana askar-askar ini adalah teman senegeri dari Kor Tentera Australia dan New Zealand. Mempelajari tentang kejatuhan Singapura  semasa Perang Dunia II juga mengesahkan keputusannya untuk menyertai SAFVC.

"Ia mendorong saya lagi dan keinginan saya untuk menyumbang dengan Perkhidmatan kerana saya ada rakan-rakan dan ahli keluarga di sini. Walaupun ada kemungkinan kecil untuk melindungi mereka, saya ingin melakukannya," kata SV2 Ryan, yang beristerikan warga Singapura dan ayah kepada pasangan kembar perempuan dan lelaki berusia lima tahun.

SV2 Ryan, membina rumahtangga dengan warga Singapura pada 2010 dan merupakan bapa kepada pasangan kembar Sarah Jade (kiri) dan Michael James yang berusia lima tahun.

Menggalakkan orang lain

SV2 Ryan telah memainkan pelbagai peranan sejak menamatkan kursus sebagai anggota Pasukan Keselamatan Bantuan (AST).

Selain menjalankan tugas anggota pasukan keselamatan dan menjadi jurulatih bantuan kepada para pendaftar SAFVC sehingga menyertai kontinjen perbarisan sukarelawan sulung di Perarakan Hari Kebangsaan (NDP) 2019, SV2 Ryan telah terus berkhidmat, walaupun semasa penularan COVID-19.

Mengenang kembali tentang perasaan gementarnya semasa menjalankan tugasan bersenjata pertamanya di Kem Clementi pada 2018, SV2 Ryan berkata: "Saya memang begitu 'on' (slanga tempatan untuk ghairah). Saya betul-betul takut untuk membuat kesilapan sehingga saya berdiri kaku selama dua jam."

Peristiwa ini juga merupakan memori paling mendalam perkhidmatannya sehingga kini. "Anda tidak akan berasa seperti menganggotai angkatan bersenjata sehingga anda benar-benar bersenjata dan bertugas dalam peranan yang kritikal. Saya adalah barisan pertahanan pertama dan saya mahu melakukannya dengan sebaik-baiknya."

SV2 Ryan (tiga dari kiri) mengambil bahagian dalam kontinjen sukarelawan sulung semasa NDP 2019.

Setiap kali dia menjalankan tugasan AST, ang moh (slanga tempatan untuk Kaukasia) separuh umur dan beruniform ini sering dipandang dengan senyuman daripada orang ramai, lebih-lebih lagi daripada anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF).

Seringkali, mereka akan memandang dan mencari pangkatnya sebelum bertanya: "Kenapa anda di sini ah?"

SV2 Ryan akan mengambil kesempatan ini untuk berbual mesra, berkongsi pengalamannya dan menggalakkan mereka untuk memandang Perkhidmatan Negara (NS) secara positif.

"Saya selalu beritahu mereka NS adalah peluang bagi mereka membesar dan matang di samping dilatih sebagai anggota tentera. Walaupun kedengaran klise, anda melabur dan sebanyak mungkin anda boleh mengambil manfaat daripada pengalaman ini– anda tidak akan menyesal."

Melalui perbualan seumpama inilah terjalinnya persahabatan baru. Dia masih berhubung dengan mereka melalui media sosial, manakala yang lain akan pergi ke kafenya untuk berborak-borak.

"Tanya saya apa-apa saja dan saya akan jawab - saya tak kisah. Saya mahu mengambil peluang untuk berhubung dengan seberapa ramai orang yang boleh," kata SV2 Ryan, empunya bistro tempatan Jimmy Monkey.

SV2 Ryan (kanan) berkhidmat bersama rakan-rakan AST, SV2 David Foo (kiri) dan SV2 Oliver Ong (tengah) semasa NDP 2018.

Saya berkhidmat dengan bangga

Walaupun SV2 Ryan telah berkhidmat selama tujuh tahun, dia masih berasa ia tidak mencukupi dan mahu terus berkhidmat.

Apabila ditanya lagi, katanya dia ingin melengkapkan perkhidmatan yang setara dengan tempoh dua tahun, seperti apa yang dijalani oleh NSF. Barulah "Saya boleh merasakan saya benar-benar menyumbang," kata SV2 Ryan.

Menurutnya lagi, memakai seragam adalah caranya untuk menghormati serta mewakili SAF dan negara: "Apabila seseorang melihat saya menjalankan tugas dengan baik, setentunya mereka akan berasa bangga dengan Perkhidmatan. (Ini juga sebabnya) Saya mahu berusaha bersungguh-sunnguh dan menjadi anggota yang terbaik mungkin."

Bagi SV2 Ryan (gambar semasa bertugas di kem pada 2021) dia masih berasa ia tidak mencukupi dan mahu terus berkhidmat dengan SAF.

Menjelang 1 Jul, SV2 Ryan akan dinaikkan pangkat ke SV3.

Walaupun dia menghargai pengiktirafan yang diberi terhadap perkhidmatannya, apa yang amat menggembirakannya ialah kebanggaan dan rasa hormat yang diterima daripada ahli keluarga dan rakan-rakannya.

Semua sepupunya sering berkumpul untuk mendengar tentang pengalaman terbarunya, manakala beberapa rakan pernah berkata, "Saya sangat bangga denganmu, Mike".

"Saya semakin rapat dengan rakan-rakan saya dan kini menikmati hubungan persahabatan yang lebih mendalam. Saya bukan lagi kawan ang moh mereka, saya sebahagian daripada mereka, saya adalah keluarga."

Dan dia akan terus berkhidmat selagi dia dibenarkan.

"Sepanjang 18 tahun saya berada di sini, saya telah menghabiskan tujuh tahun secara sukarela dengan SAF. Kami bersedia dan berusaha bersungguh-sungguh semata-mata untuk memberi khidmat yang terbaik," kata SV2 Ryan.

"Saya memilih untuk melindungi negara saya, warga negara saya, keluarga saya, rakan-rakan saya dan membuat komitmen dan memberi sumbangan kepada tempat yang dianggap sebagai tempat kediaman saya."

Suggested Reading
Cover story
BAWAAN UDARA!
PEOPLE
20 Jun 2022

Mencapai 10 tahun Disember ini: Kemudahan latihan unik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mempersiapkan pelatih untuk menjadi askar bawaan udara yang cekap dan yakin.

SEMUANYA WARISAN KELUARGA
PEOPLE
20 Jun 2022

Anak keempat dalam set kembar lima pertama Singapura, LTA Annabelle Chin Li En membuat perubahan di pertengahan kerjayanya untuk mengikut jejak langkah ibu bapanya dan berkhidmat untuk negara.

Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
20 Jun 2022

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
20 Jun 2022

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
20 Jun 2022

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
20 Jun 2022

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
20 Jun 2022

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
20 Jun 2022

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
20 Jun 2022

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
20 Jun 2022

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.