MILESTONES
BIASISWA PERTAHANAN DAN KEJURUTERAAN UNTUK 63 PENERIMA
24 Jul 2017
Beliau baru berusia 19 tahun, namun isu-isu besar seperti keadaan geopolitik Singapura telah bertapak kukuh dalam pemikiran beliau. "Lokasi Singapura (dan saiz kecil) bermakna bahawa kita perlu sebuah pasukan pertahanan yang kuat dan boleh dipercayai," tegas Pegawai Kadet Kanan (MID) Satesh Kumar, salah seorang daripada tujuh penerima Biasiswa Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) pada tahun ini.
Anugerah berprestij, sebelum ini dikenali sebagai Biasiswa Luar Negara SAF, adalah biasiswa kedua tertinggi selepas Biasiswa Presiden.
Seorang penggemar sejarah, ahli alumni Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (Bebas) yang kurus tinggi ini tahu sejak dari awal beliau mahu menyertai tentera. "Sewaktu tingkatan tiga dan empat, saya semakin mengetahui tentang SAF dan operasinya.
"Saya menyedari bahawa terdapat banyak makna dalam kerja yang dilakukan oleh SAF dan dasar pertahanan adalah sesuatu yang menarik minat saya," ujar MID Satesh, yang akan melanjutkan pengajian dalam Kajian Perang dan Sejarah di King’s College London, United Kingdom.
Beliau telah memilih untuk menyertai pasukan Tentera Laut Republik Singapura atas faktor gabungan warga kerja dan teknologinya yang bagus. "Pada sebelah bahagian, kami bekerja dengan yang terkini dalam teknologi misalnya Kapal Misi Littoral baru kami dan pada sebelah bahagian lain, kami sentiasa perlu bekerjasama dengan krew seramai 50 orang untuk memastikan teknologi berfungsi dengan baik," jelas MID Satesh, yang menggambarkan diri beliau sebagai peramah dan suka bersosial.
Beliau menerima anugerah beliau daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen pada satu majlis yang dilangsungkan di Istana pada 24 Jul.
Bercakap kepada sarjana pada majlis tersebut, Dr Ng menyatakan: "Secara kolektif, anda semua mesti memastikan bahawa SAF kekal menjadi pasukan pertahanan yang kukuh dan berkeupayaan."
Beliau menambah: "SAF tidak boleh diterajui dengan baik oleh seorang individu, tidak kira seberapa baik dan berkebolehan individu tersebut. Anda perlu melakukannya bersama-sama."
Ini juga kali pertama biasiswa Kementerian Pertahanan (MINDEF) SAF dipersembahkan pada satu majlis.
Menerangkan langkah tersebut, Dr Ng menyatakan bahawa salah satu sebab di sebalik menganugerahkan semua biasiswa dalam satu majlis adalah untuk memberikan isyarat bahawa, "bagi SAF Generasi Akan Datang … untuk menjadi pasukan yang kuat dan boleh dipercayai, (ia) mesti memanfaatkan semua aset, tenaga kerja dan juga teknologinya".
Mesej beliau tidak hilang pada diri penerima Biasiswa Merit SAF Leftenan (LTA) Muhammad Alfian Bin Aman. "Sebagai Komander Platun, saya perlu melatih askar saya dan bersama-sama mereka … dan saya mahu membantu mereka berkembang dengan menyemai nilai-nilai yang betul," ujar LTA Alfian, yang sedang berkhidmat dalam Batalion ke-2, Regimen Infantri Singapura. Alumni Institusi Raffles (RI) tersebut akan mengaji bidang Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pada tahun depan. Beliau juga akan mengambil ijazah Sarjana dalam Polisi Awam di sana.
Biasiswa baru dalam kejuruteraan pertahanan telah ditambah ke dalam senarai biasiswa tahun ini. Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) (Kejuruteraan) – Pertahanan dan Keselamatan sulung telah dipersembahkan kepada empat penerima pada majlis tersebut. Salah satu daripada mereka adalah Cik Ong Ray Yi.
Gadis bijak berumur 19 tahun ini menganggap pengekodan sebagai satu hobi dan beliau sangat berminat dalam kejuruteraan dan sains. "Teknologi merupakan salah satu jawapan kepada cabaran pertahanan Singapura misalnya tenaga kerja yang semakin berkurangan (dari kejatuhan kadar kelahiran)."
"Memandangkan kekangan dalam tenaga kerja dan ruang yang dihadapi oleh Singapura, tanpa kejuruteraan, pertahanan kita tidak boleh pada tahap yang kita perlukan."
Apabila ditanya mengapa beliau mengambil biasiswa tersebut, beliau berkata: "Saya mahu menyumbang kepada sektor awam dan menjadi sebahagian daripada kumpulan yang mewujudkan penyelesaian untuk menjadikan kehidupan lebih baik (bagi warga Singapura)".
Seperti LTA Alfian, beliau dari RI dan menamakan bapanya yang merupakan seorang jurutera sebagai pengaruh dalam pilihan kerjaya beliau.
"Beliau akan sekali-sekali membawa gajet ke rumah dan bercakap tentang isu-isu kejuruteraan (yang beliau hadapi di tempat kerja) dengan saya," ujar beliau. Beliau akan melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan di Universiti Cambridge, UK.
Hadir pada majlis tersebut adalah Biasiswa Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) yang menawarkan sarjana peluang untuk melanjutkan pengajian sarjana muda pilihan mereka dalam sains dan kejuruteraan di universiti-universiti yang terkemuka di seluruh dunia.
Salah seorang 29 penerima Biasiswa DSTA adalah LTA Chew Yong Soon yang pada masa ini berkhidmat sebagai Anggota Tentera Kebangsaan di Batalion ke-21, Artileri Singapura. Pada mulanya beliau tidak mempertimbangkan kejuteraan pertahanan sebagai kerjaya tetapi ia telah berubah apabila beliau menemui pengaturcaraan.
"Semasa saya di Politeknik Ngee Ann, saya telah menghadiri ceramah oleh DSTA. Saya mengetahui lebih lanjut tentan kerja DSTA misalnya Kompleks Pelbagai Misi (MMRC) dan sistem pengesanan bagi Sindrom Pernafasan Akut Serius (SARS)."
MMRC setinggi tiga tingkat menempatkan tujuh peringkat yang boleh mensimulasi keadaan hari siang dan malam, bermaksud bahawa askar boleh melengkapkan tembakan hari siang dan malam dalam sehari tanpa mengira keadaan cuaca.
"Saya telah melihat bagaimana inovasi dan pengetahuan kejuruteraan mereka memberikan impak bukan sahaja di Singapura malah di seluruh dunia," ujar gadis berusia 22 tahun yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer di NUS.
"(Dengan pengetahuan yang saya ada), saya lihat diri saya lebih banyak menyumbang kepada pertahanan."
Semasa majlis tersebut, sejumlah 63 biasiswa telah dipersembahkan – tujuh Biasiswa SAF, empat Biasiswa PSC (Kejuruteraan) – Pertahanan dan Keselamatan, 15 Biasiswa Merit SAF, dua Biasiswa Kejuruteraan SAF, enam Biasiswa Merit Pertahanan dan 29 Biasiswa DSTA.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).





