MILESTONES
BERSEDIA MEMPERTAHANKAN PERAIRAN NEGARA SEBAGAI PAKAR TENTERA
20 Aug 2020
Sebagai ahli-ahli pertama dalam keluarga mereka yang menyertai Perkhidmatan Negara (NS), dua adik-beradik (daripada kembar tiga!) sangat berbangga kerana berpeluang berkhidmat untuk negara.
Sebagai ahli-ahli pertama dalam keluarga mereka yang menyertai Perkhidmatan Negara (NS), dua adik-beradik (daripada kembar tiga!) sangat berbangga kerana berpeluang berkhidmat untuk negara.
Kembar tiga yang terdiri daripada 3SG Seetharaman Arun Balaji, 3SG Seetharaman Varun Karthik dan adik perempuan mereka, Cik Seetharaman Ishvarya dilahirkan dan dibesarkan di Singapura. Ibu bapa mereka telah berpindah ke sini dua dekad yang lalu.
"Keluarga saya sangat teruja kerana saya dan adik saya akan menyertai perkhidmatan negara," kata 3SG Varun. Berkhidmat dengan Perkhidmatan Negara (NS) Tentera Laut Republik Singapura (RSN), dia berkata, telah memberikan mereka pemahaman yang lebih tentang kepentingan mempertahankan perairan Singapura.
"Kita selalu dengar tentang Singapura sebagai sebuah negara maritim, tetapi saya tidak memahami dengan sepenuhnya apa yang dimaksudkan sehingga saya menyertai Tentera Laut...sehinggalah jurulatih saya memberitahu mengenai kerahan misi yang berbeza, serta penyertaan RSN dalam misi-misi yang lain."
Sebagai pakar senjata, 3SG Varun menjalankan operasi senjata kecil dan A-gun di atas korvet misil. Kembarnya 3SG Arun merupakan pakar komunikasi tentera laut yang bertugas menghantar dan menerima mesej radio dari dan ke kapal lain dengan cara yang cepat, boleh dipercayai dan selamat.
Adik-beradik kembar berusia 19 tahun itu antara 1,189 kadet pakar yang telah tamat pengajian daripada Kursus Kadet Pakar pada 20 Ogos.
Disebabkan keadaan COVID-19, perarakan tamat pengajian telah diubah suai untuk mematuhi peraturan keselamatan yang ketat. Para kadet menerima bayonet mereka dalam perarakan yang diadakan pada skala kecil di dalam bangunan yang diadakan di Institut Latihan vokasional masing-masing di pelbagai lokasi seperti di kem Nee Soon dan Pasir Laba, dan RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi.
Sehingga 40 orang dibenarkan hadir pada setiap sesi, dengan kohort yang lebih besar menjalankan upacara mengikut aliran gelombang. Semua anggota memakai pelitup muka sepanjang acara, dan mengekalkan penjarakan sejauh 1m di antara individu dan 2m penjarakan antara baris.
Sokongan Keluarga
3SG Arun dan 3SG Varun berada dalam kompeni yang sama untuk Latihan Asas Tentera (BMT), dan kemudiannya dihantar ke "bot" yang sama untuk enam minggu pertama latihan kadet pakar dengan Tentera Laut. "Bot" ialah bersamaan seksyen Tentera.
"Kami dapat melihat satu sama lain hampir setiap hari. Kami merangsang satu sama lain, dan bercakap dengan satu sama lain jika kami mahu," kata 3SG Arun.
Keluarga mereka juga menjadi tonggak sokongan. Bapa mereka akan menjemput mereka dari Pangkalan Tentera Laut Changi ke rumah mereka di Bukit Panjang bila mereka diberi kebenaran keluar. Setakat mana yang boleh, ibu bapa mereka akan menelefon mereka setiap hari untuk bertanya mengenai hari mereka.
"Apabila kami mengalami hari yang sukar, hari anda menjadi sedikit cerah apabila anda mendapat panggilan daripada keluarga anda," kata 3SG Varun.
Membina jati diri
Semasa latihan 22 minggu di Sekolah Kadet Pakar, mereka bukan sahaja belajar menjadi kelasi, tetapi untuk menjadi lebih lasak. 3SG Arun mengatasi ketakutannya kepada ketinggian apabila dia melompat dari platform terjun setinggi tiga meter.
3SG Varun, sebaliknya, mempelajari bagaimana untuk menangani stres daripada latihan tempo tinggi. Pelatih diuji untuk kemahiran dan kecekapan sekerap tiga dari lima hari dalam seminggu.
"Anda perlu bersedia dengan bahan-bahan (kursus) anda, kemahiran anda dan memahami apa yang diajar kepada anda, kerana penilaian akan sentiasa dijalankan," dia berkata.
Nasib baik rakan kursusnya sentiasa membantu satu sama lain, dan jurulatih sabar serta bertimbang rasa. 3SG Varun menambah bahawa dia belajar kepentingan bekerja secara berpasukan dan komunikasi semasa latihan di Sekolah Kadet Pakar.
Sama ada menggunakan senjata atau menjalankan latihan melawan kebakaran di atas kapal, kelasi terpaksa bekerjasama dan berkomunikasi dengan jelas untuk beroperasi secara berkesan, dia menerangkan.
Dia tidak sabar-sabar untuk memanfaatkan latihannya apabila dia melaporkan diri ke RSS Vigilance, korvet misil kelas Victory.
Begitu juga 3SG Arun tidak sabar untuk memainkan peranan memelihara negaranya.
"Oleh kerana sebahagian besar perdagangan kita datang dari jalan laut, maka mempertahankan saluran komunikasi lautan adalah penting untuk kesejahteraan ekonomi kita yang berterusan. Selepas mempelajari ini, saya telah membina hala tuju dalam berkhidmat dengan Angkatan Laut," dia berkata.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

