PEOPLE

BERLATIH UNTUK MENJADI PEMIMPIN KAUM WIRA

20 Feb 2020

Apabila keluar bersiar dengan keluarganya ketika kecil, Sarjan 3 (3SG) Catherine Toh selalu terdengar orang lain menyapa bapanya dengan ucap selamat "Encik" atau "Waran Toh".

20feb20-photo1

// BERITA OLEH THRINA THAM

// FOTO OLEH KENNETH LIN


3SG Toh berjaya menamatkan latihan yang sukar untuk lulus dengan Silver Bayonet.

Apabila keluar bersiar dengan keluarganya ketika kecil, Sarjan 3 (3SG) Catherine Toh selalu terdengar orang lain menyapa bapanya dengan ucap selamat "Encik" atau "Waran Toh".

"Saya tidak memahami ucap selamat mesra ini dahulu, tetapi sekarang saya dapat melihat bahawa mereka menghormatinya," kata 3SG Toh mengenai bapanya, Pakar Tentera 3 (ME3) Toh Kok Chai, yang berkhidmat sebagai anggota Tetap di dalam Pemerintah Amunisi Angkatan Bersenjata Singapura.

Hari ini, 3SG Toh dengan bangganya mengikuti jejak langkah bapanya.

3SG Toh meraikan penamatan latihan dengan ibu bapanya, ME3 Toh (kiri) dan Puan Jongjit Meephon, selepas menerima pangkat epaulet daripada bapanya.

Pada 20 Feb, pakar yang baru dilantik itu telah dianugerahkan Silver Bayonet semasa Perbarisan Tamat Latihan Kadet Pakar ke-42 (SCGP) yang diadakan di Kem Pasir Laba.

"Daripada kursus ini, saya mempelajari tanggungjawab berat menjadi seorang sarjan – iaitu perlu cemerlang dalam bidang kita sambil menjaga keselamatan anggota-anggota kami dan memastikan disiplin dipatuhi,” kata jurutera tempur berusia 21 tahun itu.

Di SCGP ke-42 yang diperiksa barisan oleh Menteri Negara untuk Pembangunan Negara dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad, menyaksikan 1,050 kadet meraikan penamatan Kursus Kadet Pakar (SCS) 22 minggu mereka.

Mengambil kira penularan Penyakit Coronavirus 2019, langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan juga telah dilaksanakan di perbarisan tersebut. Ini termasuk penyerahan pengakuan perjalanan dan mengambil suhu untuk semua tetamu. Jumlah tetamu yang dijemput juga telah dikurangkan untuk meminimumkan hadirin.

3SG Toh (tengah, berkaca mata) menyertai larian 4 km Institut Tentera SAFTI September lepas sebagai sebahagian daripada SCS-nya. Kredit foto: Facebook Sekolah Kadet Pakar.

3SG Toh mengingati semula cabaran mengimbangi latihan kecergasan di samping belajar secara intensif di Institut Latihan Kejuruteraan (ETI).

"Terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari tentang jenis peralatan yang kita akan guna dan kami banyak menghadiri kuliah dan menjalani ujian sebelum kami memperoleh lencana Pelupusan Bahan Letupan Asas."

Latihan telah dipertingkatkan terutamanya semasa Penggal Profesional bagi menyediakan diri untuk peranannya di dalam unit.

"Jadual dan latihan padat dengan pelajaran jurutera berperisai dan perjalanan ke kawasan jauh," kata 3SG Toh, yang akan dihantar untuk berkhidmat sebagai Komander Seksyen di Batalion ke-38, Jurutera Tempur Singapura (38 SCE) selepas kursus Sarjan Platun-Tempur Perang Asas.

Unit jurutera berperisai bertanggungjawab membersihkan kawasan periuk api dan merapatkan jurang untuk menyediakan sokongan mobiliti kepada unit-unit Perisai.

3SG Toh (kiri hujung) dan rakan platun ETI keluar bersiar-siar pada waktu malam selepas waktu bertugas bagi merapatkan pergaulan. Kredit foto: 3SG Toh.

3SG Toh memberikan penghargaan kepada pelatihnya kerana bersabar dan menggalakkannya menunjukkan prestasi cemerlang dalam kursusnya. "Mereka akan sentiasa menangani kebimbangan saya dan membantu saya menumpukan perhatian kepada latihan.

"ETI bagaikan keluarga untuk saya. Setiap kali kami menghadapi halangan, kami sentiasa maju ke hadapan dan cuba mengatasinya bersama-sama.”

 

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story