BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN KEAZAMAN

29jul20-photo1 https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/29jul20-photo1.jpg?sfvrsn=e931d8d6_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERKHIDMAT-UNTUK-NEGARA-DENGAN-KEAZAMAN
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BERKHIDMAT-UNTUK-NEGARA-DENGAN-KEAZAMAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN KEAZAMAN
29 Jul 2020 | PEOPLE

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN KEAZAMAN

// BERITA TEO JING TING

// FOTO TIMOTHY SIM, PIONEER PHOTOGRAPHERS DAN IHSAN INTERVIEWI

Sejumlah 95 biasiswa telah diberikan tahun ini – menjadikan jumlah penerimanya yang paling tinggi setakat ini.

Menyertai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) bukanlah keputusan yang mudah bagi Pegawai Kadet (OCT) Rajesh Muthu S/O Ramanathan. Dia terpaksa meyakinkan keluarga dan kawan-kawannya bahawa itu adalah pilihan yang tepat untuknya sebagai seorang pelajar perubatan.

"Ramai yang menyoal pilihan saya kerana mereka tidak tahu tentang kerjaya perubatan dalam SAF dan saya terpaksa menerangkan kepada mereka (tentang perubatan tentera)," kata anggota berusia 19 tahun itu, yang menyertai tentera sebagai pegawai perubatan.

OCT Rajesh menyertai tentera sebagai pegawai perubatan kerana ingin memenuhi minatnya dalam perubatan dan berkhidmat untuk negara.

Semasa OCT Rajesh mendapat tahu mengenai Biasiswa Perubatan SAF, dia memutuskan untuk memohon kerana ia membolehkan dia memenuhi minatnya dalam perubatan serta berkhidmat untuk negara.

Dia benar-benar yakin bahawa dia telah membuat keputusan yang tepat setelah menjalani Latihan Asas Tentera (BMT) dan seterusnya Sekolah Pegawai Kadet (OCS).

"Melalui pengalaman saya dalam BMT dan OCS, saya merasakan orang benar-benar berusaha berlatih untuk mempertahankan negara kita. Paling kurang yang saya boleh lakukan ialah menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti untuk mereka."

OCT Rajesh (kiri) dengan rakan BMT semasa tamat pengajian BMT-nya pada Mac.

Semasa BMT juga dia mendapat tahu bahawa Kor Kesihatan SAF telah dikerah ke Kemudahan Penjagaan Masyarakat di Singapore EXPO untuk menjaga pesakit COVID-19 yang semakin pulih. Ini merupakan cabaran yang berbeza daripada amalan biasa perubatan tentera.

"(Sekiranya timbul keperluan sekali lagi), saya mahu berkhidmat untuk negara apabila kami diperlukan sebagai pekerja barisan hadapan," kata OCT Rajesh, yang akan mengikuti pengajian perubatan di Universiti Nasional Singapura.

"Inilah sebab utama saya mengambil jurusan perubatan. Berada dalam SAF mendatangkan satu lagi set cabaran dan ia lebih bermakna bagi saya."

OCT Rajesh (kanan) menerima anugerahnya daripada Ketua Pegawai Perubatan Tentera Laut Kolonel (COL) (DR) David Law.

Jumlah biasiswa paling tinggi diberikan

OCT Rajesh ialah antara 95 penerima yang telah menerima biasiswa mereka di Upacara Anugerah Biasiswa Pertahanan maya yang diadakan pada 29 Jul.

Daripada penerima tersebut, tujuh telah dianugerahkan Biasiswa SAF, lima menerima Biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Kejuruteraan) – Pertahanan dan Keselamatan dan 17 menerima Biasiswa Merit SAF.

Lima lagi telah dianugerahkan Biasiswa Kejuruteraan SAF sementara 18 menerima Biasiswa Merit Pertahanan. Di samping itu, tujuh menerima Biasiswa Perubatan SAF dan 36 telah dianugerahkan Biasiswa Sains dan Teknologi Pertahanan.

Mengambil kira situasi COVID-19, mereka menerima biasiswa mereka daripada pelbagai wakil Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan wakil SAF di dalam rumah masing-masing.

Dr Ng menyampaikan ucapan kepada penerima anugerah di upacara maya.

Berucap secara langsung di upacara maya, Kementerian Pertahanan Dr Ng Eng Hen berkata dia bersemangat menyaksikan minat generasi muda dalam pertahanan.

"Kajian kami menandakan sokongan yang sihat dan kukuh untuk pertahanan negara, lebih daripada 90 peratus!

"Hakikat bahawa generasi muda juga dapat menyerap keperluan bagi Singapura untuk mempunyai SAF yang kukuh membawa petanda yang baik untuk masa depan kolektif kita," kata Dr Ng.

"Karier dalam MINDEF dan SAF menawarkan saranan premium dan nilai bagi mereka yang padan dengan misi dan wataknya ... Saya percaya bahawa set kemahiran dan nilai anggota dalam MINDEF dan SAF mempunyai nilai, dan boleh dipindahkan walaupun selepas mereka meninggalkannya untuk kerjaya dan haluan lain."

OCT Tang ingin menjadi ketua yang cekap serta prihatin dengan anggota-anggota bawahannya.

Menjadi ketua yang cekap

Bagi penerima Biasiswa SAF OCT Tang Tai Ran, karier dalam tentera tidak pernah melintasi fikirannya sehinggalah dia kebetulan menghadiri syarahan Kolonel mengenai Pertahanan Mutlak semasa tahun pertamanya di Kolej Rendah.

"Memandangkan bagaimana dia beraksi di hadapan audiens, bagaimana dia menonjolkan dirinya dan mengawal mereka membuatkan saya menghormati jati dirinya (dan) saya ingin menjadikan dia sebagai teladan," kata bekas pelajar Hwa Chong Institution berusia 19 tahun itu.

Sejak menyertai SAF, dia banyak belajar dan mengubah gaya kepimpinannya. Sebelum ini seorang yang berorientasikan tugas, dia menyedari bahawa menjadi pemimpin yang berorientasikan insan boleh membantunya berhubung dengan lebih baik dengan rakan seanggotanya.

OCT Tang (barisan belakang, 6 dari kiri) menjadi lebih berorientasikan insan semasa masanya di BMT.

"Semasa BMT, saya menerima maklum balas tentang cara saya bercakap dengan orang dan memberi arahan dan ramai daripada mereka kurang senang dengan cara saya mengungkapnya," kata OCT Tang, yang menyertai tentera sebagai pegawai artileri.

Ini membuatkan saya menyedari bahawa saya ingin menjadi ketua yang cekap yang disukai dan prihatin dengan anggota bawahan. Dia menambah bahawa peralihan dalam gaya kepimpinan juga menjadi lebih mudah apabila ikatan dibina antaranya dan rakan platun.

"Berinteraksi dengan pelbagai jenis orang mengajar saya bahawa anda bukan belajar daripada buku atau misi, tetapi daripada pengalaman yang orang bawa dengan diri mereka."

OCT Tang (kanan) menerima biasiswanya daripada Ketua Pegawai Artileri COL Adrian Teng.

Menjalani BMT dan OCS juga membuatnya menyedari tentang tanggungjawab tambahan seorang pemegang biasiswa. "Saya (mahu) membuktikan diri saya sebagai ketua yang boleh berkhidmat untuk semua. Saya juga telah menjadi lebih matang dalam proses tersebut," kata OCT Tang.

 

Suggested Reading
Terbang Tinggi dengan Inovasi Pertahanan
PEOPLE
29 Jul 2020

Sebuah UAV hibrid dengan keupayaan penerbangan yang dipertingkatkan dan sistem perisian yang menganalisis data daripada Internet untuk mengesan ancaman keganasan dalam talian – inilah antara projek yang diketengahkan pada majlis anugerah Hadiah Teknologi Pertahanan tahun ini. 

Cover story
TENTERA LAUT SINGAPURA TAMATKAN PERKHIDMATAN KAPAL SELAM KELAS CHALLENGER YANG TERAKHIR
PEOPLE
29 Jul 2020

RSS Conqueror dan RSS Chieftain telah ditamatkan perkhidmatannya hari ini di Pangkalan Tentera Laut Changi, menutup lembaran sejarah lebih dua dekad perkhidmatan kapal selam pertama Singapura.

MENGATASI KEHILANGAN UNTUK BERKHIDMAT DENGAN KUAT
PEOPLE
29 Jul 2020

Kenangan terhadap arwah ibunya menjadi sumber kekuatan terbesar 3SG Reshma a/p Pulanthiradas apabila dia mengatasi cabaran untuk berjaya sebagai Pakar Logistik di dalam Angkatan Bersenjata Singapura SAF.

克服失去亲人的悲伤,坚强的服役
PEOPLE
29 Jul 2020

对已故母亲的记忆成为Reshma d/o Pulanthiradas三级上士最大的力量源泉,她克服了挑战并在新加坡武装部队以一名后勤专业军士的身份毕业。

BERSEDIA UNTUK LATIHAN MELEPASKAN DIRI DARI KAPAL SELAM
PEOPLE
29 Jul 2020

Dapatkan pandangan dalaman bagaimana Tentera Laut melatih kru kapal selamnya dengan teknik kelangsungan hidup, untuk melepaskan diri, sebagai persediaan menghadapi kecemasan.

PEMBELA SIBER MENGHADAPI ANCAMAN BARU DALAM CLOUD DAN AI DALAM LATIHAN KEBANGSAAN
PEOPLE
29 Jul 2020

Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) ketiga menghimpunkan pembela siber dari seluruh Singapura untuk menghadapi cabaran ancaman digital yang sentiasa berkembang.

Cover story
SELAMAT DATANG KE KEM TILPAL
PEOPLE
29 Jul 2020

Bagaimanakah anda menempatkan kira-kira 6,000 orang dan memberi mereka makan selama tiga bulan? Anda membina "bandar" pop timbul - lengkap dengan penginapan dan keselesaan asas rumah - untuk beribu-ribu askar SAF yang berlatih setiap tahun di Queensland, Australia.

GRADUAN MAKTAB MARKAS DAN STAF BERSEDIA MENGAMBIL PERANAN KEPIMPINAN KANAN
PEOPLE
29 Jul 2020

Mengimbangi tuntutan keluarga, kerja dan pelajaran adalah sukar, tetapi ia merupakan pengalaman yang memperkayakan bagi kedua-dua MAJ (NS) (Dr) Ramesh Wijaya dan MAJ Muhammad Zacky Bin Razali, yang baru menamatkan pengajian dari Maktab Markas dan Staf Goh Keng Swee.

Cover story
Dua kapal selam kelas Invincible pertama RSN kini beroperasi sepenuhnya
PEOPLE
29 Jul 2020

Kapal selam kelas Invincible ini adalah kapal selam buatan khas pertama Singapura dan akan meningkatkan keupayaan RSN untuk menjaga perairan kita. 

MENYAMBUT 50 TAHUN JASA & PERSAUDARAAN
PEOPLE
29 Jul 2020

NS telah meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan untuk perintis SAF ini dari kumpulan Pegawai Kadet Jurutera ke-8, yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka sejak mereka ditauliahkan pada 1974.