TECHNOLOGY

BERALIH ARAH

05 Jul 2017

05jul17_news1.JPG

// Laporan oleh Ong Hong Tat 

// Gambar oleh Chai Sian Liang


Di antara mereka, pasangan juruterbang helikopter bapa dan anak ini sudah pasti terlibat dalam banyak perkhidmatan udara untuk Singapura. 

Apabila ditanya tentang memori terawal bapa beliau Mejar (MAJ) (Ret) Chan Kwong Yuen sebagai seorang juruterbang, Kapten (CPT) Wilbur Chan menyatakan: "Saya masih ingat melihat sebuah helikopter UH-1H terbang di atas rumah pada umur saya lebih kurang empat atau lima tahun. Kemudiannya, saya mengetahui bahawa bapa sayalah yang memandu helikopter tersebut." 

"Saya menganggapnya ia sangat menarik," ujar jejaka yang berumur 27 tahun yang menanam impian untuk menjadi juruterbang. CPT Chan menyertai Tentera Udara Republik Singapura pada tahun 2009 dan menerbangkan helikopter penyerang AH-64D Apache Longbow dalam Skuadron 120. 

Sebagai juruterbang, pasangan bapa-anak ini telah banyak mengembara. CPT Chan mengimbas perkhidmatannya selama dua tahuan dalam pasukan Peace Vanguard di Arizona, Amerika Syarikat (AS), sebagai memori yang paling sukar untuk dilupakan. "Setiap hari yang berlalu diperuntukkan untuk mempelajari cara menjadi juruterbang yang lebih baik dan saya banyak belajar daripada operasi bersama Tentera Udara AS." 

Bagi MEJ (Bersara) Chan, beliau masih dapat mengingati pengalaman beliau di Timur Timor (kini Timor-Leste) dengan jelas. Beliau telah dihantar untuk berkhidmatan di sana pada tahun 2003 sebagai sebahagian daripada usaha keamanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). 

"Kami tinggal dalam keadaan kem lapangan dan setiap hari kami akan terbang untuk menghantar sama ada askar atau pemerhati (dari PBB)," ujar Chan yang berumur 58 tahun yang telah ditugaskan di sana selama enam bulan. 

"Pada waktu itu, juruterbang banyak bergantung pada kawalan manual dan membaca susun atur tanah untuk melaksanakan misi kami," tegas MAJ (Bersara) Chan. 

Hari ini, juruterbang seperti anak saya perlu membiasakan diri dengan maklumat yang banyak daripada sistem komputer yang boleh diperoleh dari berbatu-batu jauhnya, dan dalam waktu yang sama mengawal pesawat di udara dan mengikut laluan. 

MAJ (Bersara) Chan menyatakan: "Bagi juruterbang hari ini, cabaran mereka adalah untuk menguruskan semua maklumat yang datang manakala pada waktu saya dahulu, komunikasi (dalam masa yang sama menerbangkan pesawat) adalah sangat sukar! 

" RSAF benar-benar telah berkembang maju juruterbang hari ini mengendalikan platform canggih dan maju, di samping itu terdapat begitu banyak peluang untuk belajar dan mara dalam kerjaya masing-masing."

KPT Chan (kiri) dan bapa beliau MEJ (Bersara) Chan kedua-duanya adalah juruterbang. Di belakang mereka adalah helikopter penyerang AH-64D Apache Longbow. Pesawat yang diterbangkan oleh bapa – helikopter utiliti UH-1H – tidak digunakan lagi dalam perkhidmatan dengan RSAF.
Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story