Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/_migrated_my/17jun21_photo1d5ebd56c-1703-42c7-aa1f-f93e744f3595.jpg?sfvrsn=df268624_2 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAPA-BOREK-ANAK-RINTIK
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/BAPA-BOREK-ANAK-RINTIK
BAPA BOREK ANAK RINTIK
17 Jun 2021 | PEOPLE

BAPA BOREK ANAK RINTIK

MWO OMAR BIN OSMAN MENJADI ANGGOTA TENTERA REGULAR KERANA DIA MAHU MEMBAWA PERBEZAAN KEPADA KEHIDUPAN ANGGOTA TENTERA MUDA. ANAKNYA MENIMBA INSPIRASI UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA 20 TAHUN KEMUDIAN.

Sebagai sarjan muda, beliau menetap di kem setiap minggu setiap hari, berlatih dan menjaga askar-askarnya. Sarjan ke-2 (2SG) Omar Bin Osman hanya akan pulang untuk bersama isteri dan anaknya pada hujung minggu.

"Dalam unit (pertempuran), (kami tidak) tidak ada pilihanlah. Tempo latihan adalah sangat rancak,” kata sarjan platun pada masa itu di Batalion ke-6, Rejimen Infantri Singapura (6 SIR).

Hari ini, Pegawai Waran Master (MWO) Omar, 46, adalah Ketua Master Jurulatih di Institut Pakar dan Pegawai Waran.

2SG Omar, pada masa itu (barisan kedua, kelima dari kiri) bersama dengan rakan tentera dari 6 SIR dalam suatu latihan yang diadakan di Alaska, Amerika Syarikat, pada 1998.

Walaupun Leftenan (LTA) Muhammad Zayan Bin Omar tidak dapat meluangkan banyak masa bersama ayahnya seperti yang dikehendaki semasa kecil, dia membesar dengan perasaan kagum terhadap ayahnya.

Anak muda berusia 22 tahun yang menjadi Regular Angkatan Tentera pada tahun lalu, menjelaskan: "Bila saya bertanya kepada ayah saya kenapa dia selalu tidak berada di rumah, dia akan memberitahu saya bahawa dia masuk hutan untuk melatih askar-askarnya, dan dia membawa perubahan dalam kehidupan anak-anak muda ini.

"Bagi saya, apa yang ayah lakukan adalah amat mulia; saya membesar dengan menyanjung ayah saya. Sejak kecil lagi, saya sudah mahu mendaftar."

Detik paling membanggakan di Tentera Darat

MWO Omar mendaftar untuk Perkhidmatan Negara pada 1996. Semasa berkhidmat sebagai komander seksyen di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC), dia gemar dengan apa yang dilakukan dan memutuskan untuk berdaftar sebagai Regular.

Beliau menaiki pangkat, atas prestasi ketenteraannya yang luar biasa – beliau adalah graduan terhormat dalam Kursus Pegawai Waran Bersama pada 2008, dan terpilih untuk menghadiri Kursus Sarjan Mejar Amerika Syarikat (AS) pada 2014.

MWO Omar menghadiri Kursus Sarjan Mejar AS selama 13 bulan pada 2014. Turut bersama-samanya adalah tuan rumahnya dari Angkatan Tentera AS.

Apabila ditanya tentang detik-detik yang paling membanggakannya di Tentera Darat, MWO Omar berkata: "Semasa anak saya ditauliahkan sebagai pegawai! Itulah peristiwa kemuncak baginya kerana setentunya setiap ayah inginkan anak mereka menjadi lebih baik daripadanya.

"Zayan telah membanggakan saya–pertama semasa dia menjadi Rekrut Terbaik Syarikat ketika di BMT, dan semasa dia ditauliahkan. Pada saya, ia banyak mencerminkan cara (baik) saya membesarkannya."

MWO Omar dan isterinya Suriya mengenakan epaulet pangkat Leftenan ke-2 pada Pegawai Kadet Zayan semasa itu pada tahun lalu. Ini dilakukan dari rumah disebabkan oleh penularan pandemik COVID-19.

Penghargaan yang mendalam

Setelah hampir dua tahun di Tentera Darat, LTA Zayan menghargai dengan lebih mendalam terhadap kerja keras ayahnya untuk mencari rezeki.

Kesedaran seumpama itu berlaku semasa menjalani latihan di Sekolah Pegawai Kadet, di mana dia perlu menggali parit sepanjang malam. "Betapa sukarnya! (Dan ini) apa yang dilakukan oleh ayah saya," kata LTA Zayan, yang bertugas sebagai komander platun di 5 SIR.

MWO Omar mencelah sambil bergelak. "Janganlah bandingkan. Masa saya lebih teruk – kami terpaksa menggali parit pos komando syarikat sedalam 2m, selebar 5m!"

Pada sambutan Hari Bapa tahun ini, LTA Zayan ingin memberitahu ayahnya: "Saya cukup memahami apa yang ayah telah lalui semata-mata untuk memberi tempat kediaman kepada saya dan ibu saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas segala-gala yang telah ayah lakukan untuk kami. Saya akan melakukan yang terbaik untuk membanggakan ayah."

Keluarga yang mesra: LTA Zayan (dua dari kiri) bersama (arah jarum jam dari kiri) isterinya Nurtihany, ibu Suriya, ayah MWO Omar dan adik Muhammad Idraqi.

Menjalankan amanah seorang ayah kepada anak-anaknya

Walaupun dia sering berjauhan sewaktu LTA Zayan sedang membesar, MWO Omar berikhthiar untuk meluangkan masa berkualiti bersamanya pada hujung.

"Bezanya ialah saya akan memberitahu isteri saya, 'Setiap pagi Ahad adalah waktu hubungan istimewa ayah-anak; ibu tidak boleh menyertai kami!'” katanya sambil bergelak.

Dari pagi sehingga tengah hari, ayah dan anak akan melakukan aktiviti yang menyeronokkan, seperti berjoging dan berbasikal di East Coast Park. Selebihnya hari akan dihabiskan bersama keluarga.

Bagi MWO Omar (kiri) adalah penting untuk meluangkan masa berkualiti bersama-sama anak-anaknya, LTA Zayan (kanan) dan Muhammad Idraqi.

MWO Omar–yang mempunyai anak kedua, Muhammad Idraqi – memberi penghargaan kepada isterinya Suriya kerana menjaga anak mereka dengan baik. Untuk sambutan Hari Bapa ini, beliau ingin mendedikasikan hari itu kepadanya dan juga kepada semua isteri anggota tentera di sana.

"Sebagai anggota tentera, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua ibu. Apabila kami tiada di rumah kerana menjalani latihan, ibu-ibu menggantikan kami sebagai tokoh bapa kepada anak-anak kami, jadi kami tidak boleh melupakan mereka."

Suggested Reading
Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
17 Jun 2021

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
17 Jun 2021

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
17 Jun 2021

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.

DUA KALI KEKUATAN, GANDAKAN KEBANGGAAN
PEOPLE
17 Jun 2021

3SG Irfan dan 3SG Iryan Hidayat telah menempuh laluan yang hampir sama sepanjang hidup mereka —daripada bersekolah di sekolah yang sama hinggalah mendaftar ke NS dan, kini, menamatkan pengajian sebagai sarjan yang baru dilantik bersama-sama.

Feature
SELEPAS “SELAMA-LAMANYA”
PEOPLE
17 Jun 2021

She used to serve on the Daripada kawan baik kepada pasangan kekasih, dan kini ibu bapa kepada dua anak (dengan ketiga dalam perjalanan!): Pasangan tentera CPT Nuraishah dan 3WO Shahibul berkongsi bagaimana cinta mereka masih kukuh.

Feature
SG bersedia untuk gangguan dalam latihan Pertahanan Mutlak di seluruh negara
PEOPLE
17 Jun 2021

She used to serve on the Latihan SG Ready kembali untuk edisi kedua, dengan mobilisasi SAF dan fokus pada gangguan kuasa.

Feature
Berlabuh dalam cinta
PEOPLE
17 Jun 2021

She used to serve on the Bagi pasangan Tentera Laut ini, cinta bukan hanya tentang gerak isyarat yang hebat. Ia mengenai perkongsian, persefahaman dan mencari kegembiraan dalam detik-detik kecil.

Cover story
PENDAFTAR PERTAMA TAHUN 2025
PEOPLE
17 Jun 2021

Selamat datang ke BMT: Sertai kumpulan pertama pendaftar tahun baru semasa mereka memulakan perjalanan NS mereka di Pulau Tekong

Feature
Kapal tanpa pemandu Tentera Laut meronda perairan S'pura
PEOPLE
17 Jun 2021

She used to serve on the Kapal Permukaan Tanpa Pemandu Keselamatan Maritim (USV MARSEC) RSN adalah yang pertama seumpamanya beroperasi secara autonomi di kawasan yang sesak seperti Selat Singapura.

BERKHIDMAT UNTUK TUJUAN YANG LEBIH BAIK
PEOPLE
17 Jun 2021

ME4 Fion Lim Jia Hui dan ME4 Yee Jia Jun kedua-duanya memilih untuk menyahut panggilan untuk berkhidmat dengan cara mereka sendiri – dengan mencurahkan pengetahuan teknikal mereka ke dalam pertahanan Singapura.