TECHNOLOGY
BANGUNAN CEKAP TENAGA, KENDERAAN HIBRID ANTARA INISIATIF HIJAU SAF
02 Mar 2020
Untuk memerangi perubahan iklim, SAF akan mengembangkan penggunaan tenaga boleh baharu sambil mengurangkan pelepasan karbonnya.
Untuk memerangi perubahan iklim, SAF akan mengembangkan penggunaan tenaga boleh baharu sambil mengurangkan pelepasan karbonnya.
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menyiapkan bangunan tenaga positif bersih pertamanya pada penghujung tahun ini. Ia juga akan mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 11,400 tan menjelang 2021, dan akan menggantikan 400 kenderaan pentadbirannya dengan kereta hibrid menjelang 2023.
Ini adalah beberapa inisiatif hijau yang diumumkan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen semasa ucapan perbahasan Jawatankuasa Bekalan mengenai bajet pertahanan pada 2 Mac.
Ia adalah sebahagian daripada sumbangan kementerian kepada usaha seluruh negara menentang perubahan iklim, kata Dr Ng.
Bangunan hijau SAF
Bangunan tenaga positif bersih pertama SAF – hangar Pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan A330 (MRTT) – telah direka bentuk dengan bantuan Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA). Ia boleh menjana 30 peratus lebih banyak elektrik daripada yang digunakan.
Contohnya, panel solar yang dipasang di atas atapnya akan menjana 1,225 MWh elektrik setahun. Tenaga tambahan ini akan diarahkan ke fasiliti-fasiliti lain di dalam Pangkalan Udara Changi (Timur), di mana hangar ini terletak.
"Ciri-ciri hijau ini juga menambah nilai kepada operasi kami," kata Pakar Tentera 6 (ME6) Teo Keng Siang, Ketua Cawangan Infrastruktur dan Sistem, Jabatan Perancangan Udara.
"Contohnya, reka bentuk bangunan membenarkan pengalihan udara semula jadi, yang menghasilkan persekitaran bekerja yang sejuk untuk kakitangan penyelenggaraan kami," dia menerangkan.
Ini dicapai dengan anak tingkap bidang lebar, di pintu masuk dan di bahagian belakang bangunan, bagi mengoptimumkan aliran udara.
Ini mendatangkan manfaat tambahan dalam mengelakkan kos yang perlu ditanggung sekiranya kipas dan penyaman udara tambahan untuk menyejukkan premis dipasang, Encik Soh Tian Boon, Pengurus Program Kanan Pusat Program Bangunan dan Infrastruktur DSTA.
"Ciri-ciri menjimatkan kos yang lain termasuk sistem penuaian air hujan (untuk pengairan dan mengepam tandas) dan lampu LED cekap tenaga," tambah Encik Soh.
Hangar MRTT kini menjadi antara bangunan-bangunan cekap tenaga di seluruh kem SAF.
"MINDEF telah menugaskan pembinaan bangunan tenaga sifar bersih di kem-kem Kranji dan Seletar," kata Dr Ng. Beliau menambah bahawa bangunan-bangunan di 12 kem SAF akan dilengkapi dengan panels solar menjelang Tahun Kewangan 2020, yang berakhir pada Mac 2021.
Apabila digabungkan, bangunan-bangunan cekap tenaga di kem dan pangkalan akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 11,400 tan menjelang penghujung Mac 2021, sementara penjimatan tenaga daripada bangunan yang menggunakan tenaga solar dijangka sebanyak $1.6 juta setiap tahun.
Mengurangkan karbon & menguruskan sisa
SAF akan menggantikan armada 400 kenderaan pentadbirannya dengan model hibrid menjelang 2023, yang akan mengurangkan pelepasan karbon sehingga dua pertiga bagi setiap kenderaan.
SAF akan mengusahakan ke arah penggunaan kenderaan elektrik apabila infrastruktur sokongan pulau dibina, kata Dr Ng.
SAF sekarang sedang berusaha untuk mengembangkan sistem pengurusan sisa makanannya ke 10 buah lagi kantin, membawa jumlahnya kepada 18.
Di bawah skim ini, sisa makanan yang dikumpulkan dari kantin-kantin ini di bawa ke kilang kitar semula – di sana, ia diproses untuk menghasilkan biogas yang akhirnya digunakan untuk menjana tenaga.
Dr Ng juga mengumumkan bahawa Angkatan Laut sedang meneroka penggunaan sistem pendorong hibrid di dalam kapal-kapal barunya.
"Penyesuaian kepada penggunaan teknologi 'hijau' mungkin boleh mendatangkan kelebihan operasi… Teknologi sepertinya membolehkan kapal-kapal baru kita untuk bukan sahaja mengurangkan pelepasan karbon, tetapi untuk menjadi lebih cekap tenaga.”
ALSO READ IN TECHNOLOGY
AI sertai perjuangan dalam latihan pertahanan siber kebangsaan
12 Nov 2025
AI dan kerjasama erat antara agensi dan industri menjadi tumpuan utama dalam Latihan Pertahanan Infrastruktur Kritikal (CIDeX) tahun ini.
MEREKA MEMBINA BANDARAYA INI
01 Oct 2025
BEROPERASI DI LANGIT & LAUTAN
22 Aug 2025
Peralatan ini direka untuk membantu Penyelia Sensor bertahan dalam keadaan kecemasan di udara dan di laut.

