MILESTONES
ASKAR-ASKAR ASEAN MEMPERKUKUHKAN HUBUNGAN DI KEJOHANAN MENEMBAK AARM
22 Nov 2017
Selepas satu minggu pertandingan kemahiran menembak yang hebat antara 550 orang tentera penembak dari 10 buah negara, Kejohanan Menembak peringkat ASEAN (AARM) berakhir pada 22 November.
Selepas satu minggu pertandingan kemahiran menembak yang hebat antara 550 orang tentera penembak dari 10 buah negara, Kejohanan Menembak peringkat ASEAN (AARM) berakhir pada 22 November.
Dihoskan oleh Tentera Darat Singapura, kejohanan menembak pada tahun ini tamat dengan sempurna selepas persembahan terjunan udara yang hebat dari Red Lion dan persembahan muzik Syarikat Muzik & Drama (MDC) serta Skuad Kawat Senyap (SPDS) dari Pasukan Pancaragam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
AARM edisi ke-27 yang bermula pada 6 November memperlihatkan pasukan SAF memberikan satu pencapaian terpuji. Mereka mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Mesingan Berpasukan Keseluruhan, tempat kedua dalam Kejohanan Pistol Berpasukan Keseluruhan (Lelaki) dan Individu, serta tempat ketiga dalam Kejohanan Pistol Berpasukan Keseluruhan (Wanita) dan Individu.
Berucap di majlis penutup yang diadakan di Lapangan Menembak 500m Nee Soon, Panglima Tentera Darat iaitu Mejar-Jeneral (MG) Melvyn Ong menyatakan bahawa: "AARM menyediakan satu peluang yang unik untuk negara-negara ASEAN bertemu sekali setahun. Ia penting kerana membantu kita untuk terus berhubung dan menjaga ASEAN supaya kekal kuat ".
Dia menyimpulkan: "Kejohanan mungkin telah berakhir tetapi kemesraan dan persahabatan kita pasti akan dapat dikekalkan."
Kata-kata ini mempengaruhi Kapten (CPT) Nicole Tan yang telah melebarkan lingkungan sosialnya semasa kejohanan.
"Walaupun terdapat halangan bahasa, saya bergaul mesra dan berinteraksi dengan ramai orang dari negara lain (dalam AARM 2017). Selain memperkukuhkan kemahiran antara perorangan saya, acara ini telah membolehkan saya belajar lebih banyak tentang diri saya. Sekarang, saya tahu bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin dan seorang rakan sepasukan yang lebih baik demi menolong rakan anggota pasukan saya dalam mencapai tahap yang lebih tinggi."
Berkenaan dengan Pasukan Pistol (Wanita) SAF yang cemerlang pada tahun ini, Kapten (CPT) Tan berkata: "Kami berjaya mengendalikan tekanan dan perasaan bimbang dengan baik dan ia membantu menjadikan tembakan kami lebih stabil. Kami juga banyak memfokuskan kesihatan fizikal untuk membuatkan tangan kami lebih stabil sementara bersedia dalam acara ini."
Peserta-peserta AARM bersaing dalam lima disiplin -- Karbin, Mesingan, Pistol Wanita, Pistol Lelaki dan Senapang.
Sarjan Master (MSG) Rudy Herman yang menyertai kategori Mesingan menyatakan bahawa "tekanan di AARM adalah sangat besar kerana (mereka) mewakili Singapura".
Dia menambah lagi: "Bagi saya, saya cuba menenangkan fikiran dari semua perkara sebelum setiap satu perlawanan dan hanya fokus untuk melakukan yang terbaik."
Dengan set minda dan semangat berjuang begini, MSG Rudy berjaya mendapat satu kemenangan di atas podium. Dia mendapat kemenangan dengan banyak cabaran apabila dia dan rakan sepasukannya iaitu MSG Ahmad Iskandar terpaksa menyusul kembali dari ketinggalan dalam perlawanan kedua selepas gagal merekodkan satu mata yang memuaskan dalam perlawanan pertama.
"Selepas perlawanan pertama, kami sangat marah pada diri kami kerana tidak melepasi jangkaan semua orang. Kami menggunakan perasaan ini sebagai satu dorongan untuk memberi apa yang kami ada dalam perlawanan kedua. Akhirnya, kami berjaya mendapat pingat perak dan kami sangat gembira dengan keputusan itu."
Tentera teratas dalam AARM 2017 ialah Tentera Darat Indonesia yang merangkul sejumlah sembilan pingat emas kemungkinannya daripada 15 pingat emas. Ia adalah catatan tertinggi daripada 10 negara bertanding.
Kapten (CPT) Hendis Asies yang merupakan kapten pasukan Indonesia berkata: "Saya sangat berbangga dengan pasukan saya atas pencapaian mereka. Saya gembira melihat bahawa kerja keras dan usaha mereka membuahkan hasil."
Dia menambah lagi: "Saya juga gembira kerana telah membuat banyak kawan baru yang saya berharap akan terus berhubung biarpun selepas pertandingan ini telah berakhir."
Kejohanan menembak diadakan di tiga lokasi iaitu Lapangan Menembak 500m Nee Soon, Lapangan Menembak 300m SAFTI dan Kompleks Lapangan Menembak Pelbagai Misi (MMRC). Kejohanan menembak pada tahun ini menggunakan MMRC buat kali pertama sebagai satu lapangan menembak tertutup bagi AARM. Inovatif lapangan menembak tertutup ini dilengkapi dengan teknologi maju untuk memudahkan latihan dalam pelbagai senario operasi.
Sempena AARM 2017, Tentera Darat Singapura menganjurkan Mesyuarat Pelbagai Hala bagi Ketua-Ketua Tentera Darat Negara ASEAN (ACAMM) yang ke-18 dan Mesyuarat Tahunan bagi Sarjan Mejar Tentera Darat Negara-Negara ASEAN (ASMAM) yang ke-7. AARM pada tahun depan akan dihoskan oleh Malaysia.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).









