OPS & TRAINING
ANGKATAN BERSENJATA S'PURA, INDONESIA LAKUKAN LATIHAN KETENTERAAN MENENTANG KEGANASAN YANG PERTAMA
29 Nov 2017
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Pertahanan Nasional Indonesia (TNI) berkongsi pengetahuan dan respons operasi kepada pelbagai senario berkaitan keganasan, seperti ancaman bom di kawasan awam, dalam Latihan Ketenteraan Menentang Keganasan CT TTX)
Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Pertahanan Nasional Indonesia (TNI) berkongsi pengetahuan dan respons operasi kepada pelbagai senario berkaitan keganasan, seperti ancaman bom di kawasan awam, dalam Latihan Ketenteraan Menentang Keganasan CT TTX) mereka yang pertama, bermula 28 hingga 29 Nov.
Latihan selama dua hari itu membabitkan 27 kakitangan daripada kedua-dua angkatan tentera dan agensi keselamatan dalam negeri bagi negara masing-masing.
Dengan senario-senario yang berdasarkan kejadian serangan keganasan sebenar di negara-negara yang berbeza, Ketua Kumpulan Operasi Semasa SAF Kolonel (COL) Lim Kok Hong, yang mengetuai delegasi SAF, menyatakan bahawa latihan itu telah memanfaatkan kedua-dua negara dengan begitu ketara.
Beliau berkata: " SAF-TNI CT TTX ialah satu latihan yang sangat berguna, kerana ia telah membenarkan dua angkatan tentera memahami cabaran dan tindakan operasi dengan lebih baik apabila kami menghadapi keganasan, yang akan membantu meningkatkan kerjasama antara agensi antara Singapura dan Indonesia.
"Dan dengan kedua-dua negara menghadapi ancaman pejuang asing Negara Islam di Iraq dan Syria yang kembali, adalah penting untuk berkongsi maklumat dengan satu sama lain supaya kami berwaspada dengan pejuang-pejuang ini yang cuba memasuki negara kami."
Mengenai meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti perkongsian maklumat perkapalan dan maritim, COL Lim menyatakan: "Penambahbaikan dalam kerjasama maritim adalah penting kerana Singapura dan Indonesia terpisah dengan hanya jarak perairan yang dekat. Oleh itu, mana-mana kumpulan pengganas yang beroperasi di sepanjang pantai kami boleh menimbulkan ancaman kepada kedua-dua negara."
Beliau "bersyukur melihat keakraban dan tahap profesionalisme yang tinggi daripada kedua-dua pasukan di sepanjang latihan " dan berharap dapat menjalankan latihan CT sedemikian dengan lebih kerap.
Ini merupakan latihan ketenteraan dua hala pertama yang dilakukan antara Singapura dan negara asing. Ia mula-mula diumumkan oleh Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen dalam catatan Facebook pada 7 Sep, sebagai tanda memperingati 50 tahun hubungan diplomatik antara Singapura dan Indonesia.
Merasmikan majlis penutup pada 29 Nov di Sheraton Towers Singapura ialah Pengarah Operasi Bersama Brigadier Jeneral (BG) Tan Chee Wee dan Pegawai Kanan Staf Pakar kepada Komander TNI bagi Sektor Ekonomi dan Perdagangan, BG Edison Simanjuntak, S.I.P.
Di samping melakukan latihan menentang keganasan bersama-sama, dua buah negara itu juga melibatkan pelbagai jenis interaksi, seperti pertukaran profesional dan kehadiran silang kursus, bagi mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala.
ALSO READ IN OPS & TRAINING
SAF & Home Team akan memperbaharui Sistem Klasifikasi Perubatan
13 Apr 2026
Sistem yang diperbaharui itu akan membolehkan kira-kira 1,200 anggota tentera dikerahkan setiap tahun untuk pekerjaan dan peranan yang mereka tidak layak sebelum ini.
Perdana Menteri Lawrence Wong memerhatikan keupayaan bersepadu kesan dan serang SAF
09 Apr 2026
Beliau menyaksikan usaha berterusan SAF dalam memanfaatkan robotik canggih dan integrasi rentas Perkhidmatan untuk menjamin kepentingan Singapura dalam dunia yang semakin tidak menentu.
SAF meletupkan bom Perang Dunia II seberat 250kg yang ditemui di Tanah Merah Coast Road
02 Apr 2026
Pada 2 Apr, pasukan Pelupusan Ordnans Letupan (EOD) SAF berjaya melupuskan peninggalan perang yang tidak meletup yang ditemui di Tanah Merah Coast Road.






