MILESTONES
ANGGOTA SAF UNTUK OPS EVAC AFGHAN DIANUGERAHKAN PINGAT
07 Apr 2022
Misi mereka adalah rumit dan sensitif: untuk mengeluarkan pemindah di Afghanistan dengan secepat mungkin, dan membawa mereka dari Qatar ke Jerman di mana mereka akan selamat.
Misi mereka adalah rumit dan sensitif: untuk mengeluarkan pemindah di Afghanistan dengan secepat mungkin, dan membawa mereka dari Qatar ke Jerman di mana mereka akan selamat. Dan pasukan itu bertindak dengan pantas.
Pakar anak kapal Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) yang berusia 29 tahun, berpangkat Sarjan Staf, mengenang semula pada hari dia menerima panggilan: "Semuanya bermula apabila saya menerima teks daripada pegawai atasan memaklumkan pengerahan tersebut. Saya segera kembali ke pangkalan, dan mulakan persiapan untuk terbang, hadiri taklimat pengerahan, dan sediakan logistik dan peralatan untuk penerbangan.
Dalam masa 48 jam, pasukan itu sudah bersedia untuk dikerahkan."
Menyesuaikan diri mengikut keadaan
Menjelang waktu malam pada 26 Ogos 2021, sepasukan 76 orang itu berlepas ke Qatar menaiki Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 RSAF.
"Berhadapan dengan keadaan ketidakpastian yang tinggi, kami terpaksa menyesuaikan diri secara berterusan dengan penstriman maklumat baharu pada saat-saat terakhir. Pasukan memanfaatkan pengetahuan dan latihan mereka (dalam merancang misi)," kata salah seorang juruterbang MRTT, Kapten yang berusia 30 tahun.
Misi itu sukar, dan anggota pasukan mengalami penerbangan pemindahan yang panjang dan tempo operasi yang sangat pantas. Juruterbang MRTT masih ingat melakukan kira-kira 10 penerbangan dalam tempoh dua minggu dia berada di sana.
"Saya masih ingat dengan jelas semasa melihat dari kokpit dan melihat orang yang dipindahkan beratur menaiki pesawat. Ramai daripada mereka hanya membawa beg galas yang kecil, bersedia untuk memulakan hidup mereka yang baharu.
"Dengan adanya saya di sana, membantu membawa perbezaan kepada para penumpang ini, merupakan peringatan tentang signifikan peranan saya dalam pengerahan dan kepentingan mengekalkan keselamatan dan kestabilan dalam sesebuah negara."
Berfikir ke hadapan
Beberapa anggota pasukan ditugaskan untuk menjaga kumpulan spesifik, iaitu pemindah yang mudah terdedah kepada bahaya seperti wanita dan kanak-kanak. Seorang Kapten dari Pasukan Keselamatan Tentera Darat (AST), yang merupakan antara anggota wanita dalam misi itu, membantu menemani para pemindah golongan wanita dan kanak-kanak.
Memandangkan mereka perlu berinteraksi rapat dengan mangsa yang tidak boleh bertutur dalam bahasa yang sama, pasukan itu mencari cara lain yang kreatif untuk saling berhubung.
Menurut Kapten dari AST yang berusia 29 tahun: "Untuk mengatasi (perbezaan budaya dan kekurangan bahasa yang sama), kami menyediakan kad untuk frasa yang sering digunakan, bersama dengan papan tanda bergambar. Ada kalanya juga, kami berkomunikasi dengan mengguna bahasa isyarat ringkas untuk mengarah mereka yang berpindah."
Mengiktirafkan sumbangan mereka
Pada 10 Sep 21, pasukan itu melengkapkan misi mereka dan kembali ke Singapura, setelah mengangkut lebih 2,200 orang yang dipindahkan.
Demi mengiktiraf sumbangan mereka, mereka dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Luar Negara (OSM) oleh Menteri Pertahanan Ng Eng Hen di majlis yang diadakan pada 7 Apr.
Mereka adalah di kalangan lapan puluh dua anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dianugerahkan pingat bagi mengiktirafkan sumbangan mereka dalam menyokong usaha gabungan multinasional untuk mengalahkan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Timur Tengah; dan untuk membawa warga Afghanistan yang dipindahkan dari Qatar ke Jerman.
Dalam ucapannya, Dr Ng menyuarakan rasa terima kasih dan tahniah kepada kedua-dua pasukan. Beliau menekankan kepentingan pengerahan SAF untuk menyokong usaha membanteras keganasan di Timur Tengah sejak 2007, yang merupakan salah satu usaha SAF yang paling lama di luar negara.
Meskipun begitu, beliau mengingatkan semua bahawa perjuangan menentang keganasan belum berakhir, dan berkata SAF mesti terus mengasah keupayaannya untuk menangani sebarang ancaman keganasan yang semakin berkembang.
Dr Ng turut memuji kesediaan operasi dan profesionalisme pasukan yang terlibat dalam pemindahan pelarian Afghanistan dari Qatar ke Jerman.
Kata Dr Ng: "Dalam masa 48 jam AS menerima bantuan SAF, Pengangkutan Kapal Tangki Pelbagai Peranan kami dan 76 warga SAF bergegas ke Pangkalan Udara Al Udeid di Qatar.
"Ketua Angkatan Pertahanan, panglima kanan lain dan saya bertemu dengan mereka di Pangkalan Udara Changi sebelum berlepas, dan mengatakan betapa kagumnya kami terhadap kesediaan SAF untuk berlepas mengendalikan misi ini dalam masa yang singkat."
Penghargaan yang lebih mendalam terhadap pertahanan
Pakar anak kapal udara berbesar hati dianugerahkan pingat OSM. Menurut beliau "walaupun kami berasal dari sebuah negara kecil seperti Singapura, kami masih dapat membantu di lokasi-lokasi yang jauh."
Bagi Kapten dari AST, pengerahan luar negara yang pertama ini memberikan wawasan baharu tentang peranan dan hala tujunya: "Saya belajar kepentingan untuk mengekalkan tahap kesediaan operasi kami yang tinggi supaya kami boleh memberi respons yang pantas dan tegas sebaik sahaja kami dipanggil.
"Saya bersyukur diberi peluang untuk menyertai operasi ini. Ia adalah suatu penghormatan dan keistimewaan bagi saya untuk memainkan peranan dalam operasi yang bermakna ini."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

