PEOPLE
ADIWIRA LEBUHRAYA
12 Apr 2023
Ini ialah wajah yang anda ingin melihat apabila kenderaan anda rosak di tengah-tengah lebuh raya.
Bukan semua wira memakai mantel. Pegawai Waran Ketiga (3WO) Aaron Pok memakai rompi kebolehlihatan kuning terang apabila berhenti di sepanjang jalan untuk membantu pemandu dan penunggang motosikal dalam kesusahan.
Dengan kelengkapan peralatan pengawal trafik dalam but keretanya, Anggota Polis Tentera (MP) Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) ini akan sentiasa memantau para pemandu yang menghadapi kesusahan di lebuh raya.
Dia bukan sahaja berhenti untuk meneliti situasi. Dia menghentikan keretanya dan mula mengalihkan lalu lintas dengan selamat daripada tapak. Adakalanya, dia menghubungi ambulans dan kenderaan Pemulihan EMAS (Expressway Motoring Advisory System), dan sering membantu pemandu menukar tayar.
Pernah sekali, dia membawa seorang penunggang motosikal untuk membeli petrol untuk tangki minyaknya yang kehabisan minyak!
Dan, ya, dia akan bergegas untuk memberi bantuan, hakikat yang diketahui isterinya, serta ketua-ketuanya di Perintah MP SAF, di mana dia bertugas sebagai Ketua Sokongan Forensik.
Semua rakan dan teman sekerja tahu setiap kali dia lewat, besar kemungkinan dia sedang menyelamatkan hari seseorang – atau sekurang-kurangnya menambah baik hari yang buruk seorang pemandu.
Bantuan yang tenang
3WO Pok, 42, telah melakukan tugasan ini selama hampir dua dekad, memanfaatkan kemahirannya sebagai pelumba dalam platun trafik Perintah MP, yang disertainya pada 2002.
"Sebagai sebahagian daripada latihan, saya menghadiri kursus seperti kursus Pegawai Peronda Polis Trafik (Pasukan Polis Singapura). Di sana, saya pelajari dengan lebih mendalam tentang pengiring trafik dan penguatkuasaan trafik. Ia memberi saya keyakinan untuk bertindak dengan sewajarnya dalam keadaan trafik, di samping kenalan yang perlu dihubungi dalam sesuatu kecemasan."
Menjalankan tugas rondaan dan penguatkuasaan sebagai MP juga melengkapkan dirinya dengan kemahiran insani yang penting untuk mendekati pemandu yang setentunya berasa was-was.
"Ada juga pemandu yang menolak bantuan saya kerana mereka menyangka saya ni penipu. Saya akan memperkenalkan diri saya sebagai anggota tentera dan menghulurkan kad nama saya. Dengan cara ini, mereka akan lebih yakin dengan saya. Tetapi jika mereka masih menolak bantuan saya, saya hanya akan menyediakan segitiga dan kon dan meneruskan pengawasan jalan raya.
"Sering berlaku di mana pemandu tidak sedar berlakunya kemalangan di jalan raya sehingga terjadinya pula kemalangan yang kedua. Itulah sebabnya saya berasa penting untuk membantu mengelakkan kemalangan lanjut daripada berlaku."
Walaupun dalam situasi di mana dia tidak dapat membantu, dia percaya kehadiran yang menenangkan boleh membantu memberi sokongan emosi kepada pemandu yang cemas.
Malaikat bagi pemandu yang cemas
3WO Pok tidak keluar mencari pemandu untuk membantu; kesemuanya ditemui secara kebetulan.
Dia sudah tidak terkira bilangan orang dan kejadian yang dihadapi setakat ini. Kebanyakannya merupakan kes ringkas seperti membantu menghidupkan kereta atau menukar tayar yang pancit – dia berasa bangga untuk mengatakan latihannya sebagai Penyelia Pengangkutan telah melatihnya menukar tayar dalam tempoh masa kurang daripada 10 minit!
Sekiranya anda terkandas di bahu jalan dengan enjin yang mati, inilah nasihat 3WO Pok: "Jangan sesekali duduk di dalam kenderaan. Pemandu lain mungkin tidak perasan anda di sana dan akan melanggar anda, walaupun setelah meletakkan plat amaran segi tiga. Jangan cuba mengawal trafik sekiranya anda tidak terlatih.
"Sebaik-baiknya tinggalkan kenderaan anda dan diri di belakang penghadang jika anda berada di lebuh raya sehingga bantuan tiba."
Semua jasa baik pasti ada rahmatnya
Sejak 2016, 3WO Pok dilantik sebagai Juara Keselamatan Jalan Raya Polis Trafik, di mana dia melibatkan khalayak ramai tentang keselamatan jalan raya di acara Polis Trafik. Ini adalah peranan biasanya kerana dia pernah menyampaikan pembentangan tentang pendidikan keselamatan jalan raya kepada kem dan unit SAF semasa bertugas di platun trafik.
Dia dihargai dengan Anugerah Panglima Polis Trafik 2018 dan Johan Keselamatan Jalan Raya (Anugerah Individu) di Majlis Makan Malam Penghargaan Rakan Polis Trafik pada 2020.
Kepuasan terbesar 3WO Pok adalah apabila dia dapat membantu pemandu yang cemas menyelesaikan masalah kereta atau motorsikal mereka dan memastikan mereka dapat pulang ke rumah dengan selamat.
Walaupun dia tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan semasa membantu, sesuatu yang dianggap sebagai sumbangannya kepada masyarakat, dia telah menyaksikan jasa baiknya dibalas dengan cara yang tidak dijangka.
"Saya masih ingat lagi pada suatu pagi semasa saya tidak dapat menghidupkan kereta saya. Saya memegang bonet saya dan cuba melambai untuk mendapatkan bantuan orang yang berlalu lalang apabila seseorang memberhentikan keretanya untuk saya. Dia akhirnya membantu saya menghidupkan kereta saya dengan mengguna bateri keretanya. Hal ini berlaku sehari dua selepas saya membantu orang yang lain!
"Memang kelakar, tetapi bak kata pepatah buat balik dibalas baik. Saya tidak mengharapkan apa-apa balasan, tetapi saya bersyukur kerana mendapat bantuan pada masa saya memerlukannya."
ALSO READ IN PEOPLE
Membawa kepakaran awam mereka untuk menyumbang lebih banyak dalam NS
22 Jan 2026
Pada 21 Januari, SAF mengalu-alukan kumpulan terbesar anggota NS atau NSmen yang menamatkan pengajian di bawah Skim Pengerahan Kepakaran Dipertingkat. Temui ME4 (NS) Muhammad Arief Aditya dan ME4 (NS) Mohamed Najid Bin Mohamed Sultan, yang merupakan antara pakar tentera yang baru dilantik ini.
Penjaga warisan
15 Dec 2025
Beliau membantu membina pesawat pertama RSAF. Beliau pula merupakan antara wanita pertama yang menyertai tentera laut. Beliau menguruskan krisis komunikasi ketika bunyi bip pager membawa masalah. Temui veteran-veteran ini yang melihat Singapura melalui zaman pergolakan untuk membina SAF yang kuat.
Bangkit mengatasi arus & melangkah ke hadapan untuk memimpin
13 Dec 2025
Mereka antara kumpulan graduan pegawai SAF yang terbaru tahun ini. Temui 2LT Mohamad Wira Kuriniawan dan 2LT Ryan Ong, yang masing-masing akan mengetuai Skuadron 180 Tentera Laut dan Batalion Pertama, Pengawal Singapura.



