MILESTONES
89 PAKAR MILITER KANAN DILANTIK
19 Dec 2018
Beliau merupakan ketua komunikasi di kapal Landing Ship Tank RSS Endeavour semasa tentera laut menentang lanun di Teluk Aden.
Beliau merupakan ketua komunikasi di kapal Landing Ship Tank RSS Endeavour semasa tentera laut menentang lanun di Teluk Aden.
Pada tahun 2011, Pakar Tentera (ME) 4 Shaune Lin, pada masa itu ME2 Lin, bertanggung jawab terhadap semua perancangan komunikasi dan penyelenggaraan sistem di kapal. Selama tempoh pengerahan empat bulan, dia memimpin pasukannya untuk mencapai Keadaan Kesediaan sifar, yang bermaksud mereka tidak mempunyai masa henti sepanjang misi.
"Misi ini telah memperdalam kepercayaan saya mengenai kenapa saya bertekad untuk berkhidmat; kami tidak boleh membuat anggapan kedamaian dan keamanan kami dengan begitu saja dan apa yang berlaku di luar sana mungkin akan (berlaku kepada kami)," kata jurutera tentera laut berusia 35 tahun.
Dengan kelulusannya daripada Kursus Pakar Domain Tentera (MDEC), ME4 Lin akan berkhidmat di Cawangan Sistem Perisikan Komunikasi untuk memberi sokongan kepada sistem kapal di Pangkalan Tentera Laut Tuas.
Kursus itu memberinya pemahaman baik mengenai keperluan Tentera Laut dari sudut pandangan besar, yang juga menyediakannya untuk peranan baharunya,” kata ME4 Lin.
ME4 Lin adalah di antara 89 anggota yang menerima pangkat ME4 dan dilantik sebagai ME kanan dalam suatu majlis yang diadakan pada 19 Disember di Kelab Temasek.
Di upacara tersebut, Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How mengatakan betapa pentingnya untuk memupuk pakar domain dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). "Apabila berhadapan dengan cabaran keselamatan yang semakin kompleks, kedalaman pengetahuan dalam pelbagai bidang termasuk perisikan, kejuruteraan dan pertahanan siber menjadi satu keperluan. Ia bukan lagi semata-mata sesuatu yang baik untuk dimiliki," katanya.
Dia juga menyerlahkan ME SAF dalam peranan pertahanan siber: "(Kami) merekrut mereka yang ada kelayakan relevan serta pakar daripada industri pertahanan siber. Permintaan terhadap ME kami adalah tinggi kerana mereka sentiasa berada di barisan hadapan dalam dunia siber."
Dia menyatakan bahawa lebih daripada 1,000 ME senior telah lulus daripada kursus tersebut sejak pelancarannya pada 2010.
Graduan-graduan tahun ini adalah termasuk 12 daripada Tentera Darat, 39 daripada Tentera Laut, 20 daripada Tentera Udara dan 18 daripada perkhidmatan bersama.
ME4 Benjamin Ng menerima anugerah Pelatih Terbaik Tentera Udara melihat MDEC sebagai cara bermakna untuk mengejar minatnya dalam bidang ketenteraan.
Pelatih berusia 24 tahun itu mengatakan kursus Jurutera Tentera Udara selama 5.5 bulan telah menyediakan dirinya untuk menjalankan peranan memimpin pasukan jurutera dan juruteknik. Dia akan dilantik sebagai Pegawai Penjaga skuadron kejuruteraan.
Mengikutnya lagi, pengajaran terbaik yang diperoleh daripada kursus ini ialah: "Setentunya sikap kecemerlangan...bukan hanya dari segi ketegasan kejuruteraan dan pemikiran operasional, tetapi juga dalam memimpin pasukan kami.
"(Kami belajar) untuk membuat keputusan dengan yakin, dan (untuk) menghormati dan menghargai pengalaman pasukan kami," kata ME4 Ng, yang berkelulusan Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dengan Pengurusan.
Bagi ME4 Michael Pillai, Skema Pertukaran Kepakaran adalah peluang untuk menyumbang kemahiran awamnya sebagai kaunselor selama 15 tahun, dan menjadi ME kanan.
Anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi memainkan peranan sebagai kaunselor SAF setelah menyelesaikan obligasi NSnya pada tahun 2014.
ME4 (NS) Pillai, yang bertugas sebagai pengawas di rumah kebajikan, kini menjalankan latihan kaunseling untuk pemimpin SAF – daripada mengajar mereka bagaimana untuk menangani askar-askar yang mudah resah sehingga membantu mereka membangunkan askar-askar mereka secara profesional.
Menyentuh mengenai kepentingan latihan kaunseling, lelaki berusia 44 tahun itu berkata: "Dengan melatih para panglima dalam kemahiran asas, mereka boleh mengenalpasti isu-isu yang mungkin dihadapi oleh askar-askar.
"Memandangkan saya dilatih dalam kesihatan mental, saya berharap kemahiran dan pengetahuan saya dapat memanfaatkan SAF."
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).






