MILESTONES
84 BIASISWA PERTAHANAN DIBERIKAN
20 Jul 2018
Beliau pernah melarang seluruh platun daripada bertutur dalam bahasa Mandarin kepada askar tertentu. Sebabnya? Leftenan (LTA) Kew Yi Hong mahu membantu askar – penduduk tetap Singapura dari Malaysia – untuk mahir bertutur dalam bahasa Inggeris.
Beliau pernah melarang seluruh platun daripada bertutur dalam bahasa Mandarin kepada askar tertentu. Sebabnya? Leftenan (LTA) Kew Yi Hong mahu membantu askar – penduduk tetap Singapura dari Malaysia – untuk mahir bertutur dalam bahasa Inggeris.
"Sebagai seorang pegawai …adalah menjadi tugas anda untuk membantu mereka menjadi NS yang lebih baik," ujar LTA Kew, komander platun dengan Batalion Pertama, Singapore Guards (1 Gds). Hari ini, Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) boleh berbahasa Inggeris dengan lancar.
LTA Kew yang berusia 22 tahun telah memilih kerjaya tentera hasil daripada keinginan untuk memupuk insan, mendaftar pada tempoh akhir latihan 10 bulan beliau di Sekolah Kadet Pegawai. Tiga bulan sebelum dilantik ke jawatan di 1 Gds, komander beliau menggalakkan beliau untuk memohon Biasiswa Merit Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Bertarikh 20 Jul, beliau telah menerima biasiswa daripada Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Heng pada satu majlis yang dilangsungkan di Istana. Beliau adalah dalam kalangan 84 penerima biasiswa yang telah menerima pelbagai biasiswa Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan SAF.
Berucap pada majlis anugerah biasiswa, Dr Ng menjelaskan keperluan untuk melabur pada pemimpin pertahanan Singapura pada masa depan.
"Biasiswa yang kami berikan hari ini merupakan pelaburan jangka panjang negara, dalam tempoh masa 20 tahun, demi memastikan kita memiliki pemimpin yang berkaliber, dari segi nilai dan kebolehan untuk memimpin MINDEF, SAF, DSTA, DSO dan pertubuhan kerajaan yang lain," ujar beliau.
"Ia adalah apa yang pemimpin hari ini – pemimpin generasi hari ini – laburkan untuk generasi akan datang, supaya generasi akan datang boleh menjamin cara hidup dan kemerdekaan kita melalui sistem pertahanan yang kukuh."
Profil yang berubah-ubah
Permohonan untuk biasiswa pertahanan mencatatkan jumlah yang tertinggi tahun ini – dengan peningkatan sebanyak 60 peratus dari tahun 2014 kepada lebih daripada 1,300 permohonan, ujar Dr Ng.
"Ini ialah petanda baik bagi Singapura. Walaupun kemewahan yang semakin meningkat, warga muda Singapura masih menghargai perkhidmatan awam," tegas beliau.
Beliau juga menyatakan bahawa penerima biasiswa tahun ini terdiri daripada 17 sekolah dan politeknik yang berlainan, serta termasuk bilangan wanita yang lebih ramai – sekali ganda berbanding sedekad yang lalu. Sesetengahnya datang dari golongan berpendapatan rendah, menetap di flat tiga bilik HDB atau lebih kecil.
"Menjadi hasrat MINDEF dan SAF untuk memastikan pemegang biasiswa tersebut berjaya dalam bidang masing-masing," Dr Ng menyatakan, menambah bahawa beliau telah meminta MINDEF dan SAF untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan di sekolah dan politeknik untuk membantu lebih ramai pelajar daripada keluarga miskin untuk memohon biasiswa pertahanan.
"Kriteria pemilihan hendaklah masih berdasarkan merit. Tetapi kita harus memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang datang daripada keluarga dengan sumber yang kurang dengan memberikan lebih galakan dan sokongan," tegas beliau.
Datang daripada keluarga kawasan tengah biasa, LTA Kew adalah salah seorang daripada contohnya dan beliau menghargai khidmatnya dalam 1 Gds kerana ia membolehkan beliau bercampur dengan individu daripada pelbagai latar belakang kehidupan.
Bapa LTA Kew adalah seorang pemandu bas ulang-alik dan ibunya seorang kerani. Keluarga tersebut, termasuk adik lelaki beliau yang berusia 19 tahun, menetap di flat HDB.
Beliau melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Temasek Polytechnic dan muncul sebagai pelajar kedua terbaik dalam kohort beliau. Beliau akan terus melanjutkan pengajian dalam bidang ini di Nanyang Technological University.
Bagi mengiringi askar 1 Gds beliau melalui sesi latihan utama, beliau memilih untuk memulakan pengajian beliau pada tahun hadapan dan bukannya tahun ini. Beliau dengan jelas mengutamakan kesejahteraan anak didiknya.
Pengajian di luar negara
Bagi penerima Biasiswa SAF Pegawai Kadet Kanan (MID) Audrey Tey, 19, pengajian universiti di luar negara pernah menjadi kemungkinan yang sukar untuk dipenuhi.
Ibu bapa beliau telah bercerai beberapa tahun yang lalu dan beliau tinggal di flat HDB bersama adik yang berusia 17 tahun dan ibu beliau yang berusia 47 tahun yang bekerja sebagai tutur peribadi.
Dengan Biasiswa SAF yang menjadi miliknya, beliau merancang untuk menyambung pengajian di Amerika Syarikat dalam bidang psikologi, walaupun beliau masih belum membuat keputusan univiersiti yang menjadi pilihan beliau.
Biasiswa SAF yang sebelum ini dikenali sebagai Biasiswa Luar Negara SAF ialah biasiswa berprestij di belakang Biasiswa Presiden.
"Saya selalu terbayangkan untuk bekerja dalam sektor kerajaan. Saya banyak mendapat manfaat daripada sistem Singapura dan saya mahu menyumbang kembali kepada negara," tegas MID Tey.
"Tanpa mengira latar belakang anda …ia tidak menjadi masalah (kerana) apabila anda menghadiri sekolah, semua orang diberikan peluang yang sama rata. Selagi anda bekerja keras …anda mampu untuk mencapai potensi penuh anda," tambah alumni Kolej Junior Victoria itu.
Pada mulanya beliau tidak pasti sama ada kerjaya tentera sesuai untuk dirinya. Namun begitu program tiga hari bersama MINDEF/SAF pada tahun lalu, yang termasuk pelayaran semalaman di atas Kapal Tangki Pendaratan, memuktamadkan keputusan beliau.
"Saya banyak belajar tentang apa yang dilakukan oleh Tentera Laut dan saya rasa ia benar-benar diselaraskan dengan apa yang saya mahu lakukan," ujar MID Tey, yang telah mendaftar lebih awal pada bulan Januari tahun ini.
Beliau juga telah mendapat inspirasi daripada Anggota Tetap (Regulars) wanita yang cemerlang dalam SAF, termasuk Brigadier Jeneral Gan Siow Huang, wanita pertama dalam SAF yang mencapai pangkat satu bintang.
Walau bagaimanapun, inspirasi terbesar beliau datang daripada ibu beliau, yang menyokong penuh pilihan kerjaya beliau meskipun adalah sesuatu perkara yang luar biasa seorang anak gadis menyertai bidang ketenteraan.
Kerjaya yang bermakna
Bagi Pakar Tentera (ME) 4 Perantis (A) Tan Pin Ray, sebab beliau menerima Biasiswa Kejuruteraan SAF adalah untuk menyumbang kepada masyarakat.
Beliau telah mendaftar sebagai jurutera tentera laut selepas menjalani Latihan Tentera Asas dan permohonan beliau untuk mendapatkan biasiswa terdetik selepas itu.
"Apa yang sering saya fikir untuk lakukan adalah …sesuatu yang bermakna," ujar beliau. Sewaktu zaman kolej junior, beliau telah berkhidmat sebagai sukarelawan pada sesi Bertemu Orang Ramai, di mana beliau bertemu orang remain yang bergelut dengan isu-isu yang mempengaruhi kehidupan seharian.
"Interaksi-interaksi ini telah membentuk pemikiran saya …(dan saya tahu) saya mahu berkhidmat dalam kerjaya yang membolehkan saya berkhidmat kepada masyarakat," ujar beliau.
Beliau berharap dapat menyumbang kepada pertahanan garis perdagangan laut Singapura melalui tugas beliau sebagai seorang jurutera tentera laut.
"Saya harap akan terlibat dalam melaksanakan sistem baru dan reka bentuk kejuruteraan supaya dapat membantu Tentera Laut bertempur dan berkhidmat dengan lebih baik," tegas anggota yang berusia 19 tahun yang akan melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di University College London.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).






