MILESTONES
786 SIR BERJAYA MEMENANGI UNIT INFANTRI TERBAIK
24 Jun 2020
Apabila berbual dengan pemenang salah satu daripada Unit Infantri/Pengawal NS Terbaik - Batalion ke-786, Regimen Infantri Singapura (786 SIR) - satu perkataan akan sentiasa timbul; komitmen.
Apabila berbual dengan pemenang salah satu daripada Unit Infantri/Pengawal NS Terbaik - Batalion ke-786, Regimen Infantri Singapura (786 SIR) - satu perkataan akan sentiasa timbul; komitmen.
"Setiap kali kompeni dan detasmen saya keluar untuk latihan, saya dapat melihat semua orang memberikan yang terbaik. Semua orang berusaha dengan gigih sebagaimana yang mereka lakukan semasa di Perkhidmatan Negara (NS)," kata Sarjan 3 (3SG) (NS) Linus Ong, Komander Detasmen Mortar.
"Sebagai NSmen (Anggota-anggota Perkhidmatan Negara yang Sedia Beroperasi), memberikan usaha dan komitmen yang sama sebagaimana di NSF (Anggota Sepenuh Masa) boleh menjadi sesuatu yang mencabar, kerana kita kini mempunyai banyak komitmen di luar.
"Tetapi (kompeni dan unit) masih mempunyai disiplin, dorongan dan masih dahagakan kecemerlangan," kata anggota berusia 28 tahun itu.
Saya akan menyokong anda
Komitmen ini terbukti apabila 3SG (NS) Ong dan rakan sepasukannya, Korporal (CPL) (NS) Muhammad Nasri Bin Kaswadi, menawarkan diri untuk mengetuai detasmen mortar semasa Latihan Dalam Kem (ICT) unit pada September 2019. Bertugas (IC) dan 2IC tidak dapat hadir kerana sebab-sebab peribadi.
ICT kitaran keempat batalion pula berbetulan dengan penilaian Peringkat 1 Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC).
Sedikit sebanyak, ICT ini dijalankan semasa waktu yang kurang sesuai bagi CPL (NS) Nasri kerana isterinya baru sahaja melahirkan anak pertama mereka beberapa minggu sebelum ini. CPL (NS) Nasri ialah layer man yang membantu menetapkan sudut bidikan yang betul bagi mortar.
Menyedari bahawa unitnya akan kekurangan anggota tanpanya, dia menerangkan kepada isterinya bahawa dia perlu meneruskan latihan. Dia beruntung kerana isterinya menyokongnya. Apabila anak perempuan mereka jatuh sakit semasa ICT, dia mendapat kebenaran bercuti daripada unitnya untuk menjaga anak sebelum kembali ke kem.
Bagi 3SG (NS) Ong, seorang tutor bahasa Inggeris, tempoh itu berbetulan dengan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. Selepas latihan, dia meluangkan masa mengajar pelajar-pelajar untuk membantu mereka menyediakan diri untuk peperiksaan.
Walaupun dengan cabaran-cabaran ini, NSmen gembira kerana mereka tetap berusaha. Usaha mereka berbaloi kerana batalion berjaya mencapai Keadaan Kesediaan (REDCON) 1 - gred paling tinggi yang boleh dicapai - untuk penilaian Peringkat 1 ATEC mereka.
Kami REDCON 1!
3SG (NS) Ong berterima kasih atas keyakinan anggota-anggota di bawahnya terhadap dirinya dan CPL (NS) Nasri: "Keadaan berbeza, namun mereka bekerjasama dan terus berusaha. Mereka (tidak kecewa dan) sebaliknya tidak berhenti berusaha, malahan berusaha dengan lebih gigih. Kami menunjukkan bahawa walaupun kemungkinan untuk berjaya tipis, kami boleh menyesuaikan diri dengan keadaan dan berusaha dengan lebih giat."
Pegawai Pemerintah mereka (CO), Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Teo Kai Siang, memperakui ikatan teguh dalam kalangan askar yang dia telah ketahui sejak unit beralih daripada aktif kepada sedia untuk beroperasi.
"Anggota-anggota bersedia untuk berusaha dengan lebih giat untuk satu sama lain, walaupun ia bermakna memikul kerja tambahan dan memberi komitmen masa di luar ICT," kata anggota berusia 37 tahun itu. Beliau merupakan Pengarah Program Asia Pasifik di Collins Aerospace.
Kesetiakawanan yang kukuh ini telah membantu batalion menggondol gelaran Unit Terbaik pertamanya yang diakui oleh semua anggota sebagai kejutan yang menyeronokkan.
"Perasaan ketika memenangi Pertandingan Unit Terbaik boleh disifatkan sebagai menakjubkan. Semasa ICT, kami melalui banyak pengalaman (selepas komander asal tidak dapat hadir). Kami bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai REDCON 1. Saya betul-betul berbangga dengan kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh platun detasmen dan mortar," kata CPL (NS) Nasri, anggota berusia 29 tahun itu yang merupakan seorang pereka dalaman.
3SG (NS) Ong bersetuju: "ICT ini ibarat kami perlu melengkapkan susun suai gambar - semasa tiga ICT yang lepas, kami bersiap sedia (menyegarkan semula kemahiran kami daripada NS), dan segalanya mula menjadi di sini.
"Kami bersedia (untuk kontingensi, tetapi) semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Mengetahui bahawa kami telah melakukan semua pemeriksaan keselamatan mendorong kami mencapai kecemerlangan dengan penuh keyakinan."
Berbekalkan motivasi
LTC (NS) Teo menyerlahkan satu lagi kualiti yang membuahkan kemenangan kepada batalion: profesionalisme. Dia menerangkan bahawa kerja persiapan untuk ICT mereka bermula tujuh bulan terdahulu, dengan mesyuarat untuk mereka bentuk latihan agar ia bersifat progresif dan membenarkan askar berehat dengan cukup serta berupaya mengingati perkara-perkara pembelajaran yang penting.
"Kami percaya bahawa melayakkan diri tidak sama dengan menjadi cekap, jadi kami perlu berlatih untuk mencapai kecekapan yang dituntut. Tiada rahsia atau jalan pintas. Profesionalisme dan keselamatan merupakan dua nilai yang penting yang kami pegang."
Walaupun askar-askar infantri dibuai keseronokan atas kemenangan mereka, malangnya mereka tidak dapat menjalani ICT mereka tahun ini kerana latihan telah ditangguhkan disebabkan situasi COVID-19. Bagaimanapun, tiada siapa yang boleh mempersoalkan semangat serta ikatan kukuh mereka.
"Saya kecewa kerana saya hanya dapat bertemu dengan rakan-rakan platun saya sekali setahun. Tetapi tak apa; kami masih berhubung menghantar mesej atau menelefon untuk bertanya khabar. Kami juga menyokong satu sama lain sekiranya sesiapa memerlukan pertolongan. Kami masih mengekalkan kesetiakawanan kami di luar perkhidmatan tentera," kata CPL (NS) Nasri.
3SG (NS) Ong bersetuju: "Semangat kami tidak begitu terjejas. Kami memahami bahawa kita sedang melalui zaman yang unik.
"Walaupun kami ingin sangat kembali untuk ICT - terutamanya selepas menikmati kemenangan serta diasak oleh dorongan, 'Jom kita cuba untuk memenanginya sekali lagi tahun ini!' - kami memahami bahawa keselamatan adalah lebih penting. Peluang lain akan ada untuk kami mencuba sekali lagi."
ALSO READ IN MILESTONES
MINDEF/SAF melancarkan ladang solar pertama di pangkalan udara, diunjurkan memberikan penjimatan kos $1.9 juta setahun
30 Jan 2026
Ladang solar itu terletak di Pangkalan Udara Sembawang, yang turut menampilkan inisiatif hijau lain seperti bangsal basuh helikopter automatik dan penggunaan eko-asfalt untuk latihan pembaikan landasan.
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025

