MILESTONES
783 SIR TERNYATA UNIT NS YANG GEMILANG TAHUN INI
22 Jun 2021
Profesionalisme, komitmen dan niat di kalangan askar warganegara mereka – berbekalkan sifat-sifat inilah yang membawa kemenangan bagi anugerah Unit NS Gemilang 783 SIR dalam Pertandingan Unit Terbaik SAF tahun ini.
Kembali ke Latihan Dalam Kem (ICT) setiap tahun memerlukan komitmen.
Tetapi kesediaan untuk kembali berkhidmat walaupun semasa pandemik adalah di luar jangkaan. Ini adalah gabungan kepercayaan dalam sistem, rasa kekitaan, keinginan untuk menyumbang dan kesediaan untuk memenuhi niat yang lebih besar.
Sedia Berkhidmat
Pada Oktober lalu, Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) daripada batalion ke-783, Rejimen Infantri Singapura (783 SIR) muncul dengan kekuatan penuh walaupun mereka menghadapi cabaran peribadi sendiri di tengah-tengah pandemik COVID-19. Ia merupakan ICT kelima bagi batalion tersebut.
"Ada di antara mereka telah bertukar pekerjaan atau kehilangan pekerjaan; ada yang mengalami kehilangan pendapatan; manakala yang lain pula mula mendirikan rumahtangga masing-masing," kata Koperal Kelas Pertama (CFC) (NS) Sanjay S / O Krishnasamy, penolong pemerintah bahagian dari 783 SIR.
"Turut dikuatkuasakan semua langkah-langkah dan penyekatan penjarakan selamat, dan mereka semua meminta penjelasan selanjutnya."
Meskipun begitu, mereka tetap kembali dan diyakinkan oleh jurulatih dan batalion mereka bahawa langkah-langkah pengurusan keselamatan telah dikendalikan. Ini memberi ketenangan kepada Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi, apabila mereka tahu mereka akan dijaga dengan baik dan dapat memberi tumpuan kepada latihan mereka.
Bagi Mejar (MEJ) (NS) Fabian Tan, merancang ICT semasa pandemik bukanlah suatu tugasan yang mudah. Perancangan yang disediakan terlebih dahulu akan berubah dan berbilang kontigensi terpaksa dipenuhi.
Komunikasi bersemuka juga tergendala dan kebanyakan perbincangan diteruskan secara maya. Walaupun berhadapan dengan halangan ini, MEJ (NS) Tan berterima kasih atas sokongan Tentera Darat yang diberikan sepanjang perancangannya.
"Kami sering berkomunikasi secara berterusan dan terbuka, dan kami diberikan kemaskini sekiranya ada perubahan dalam perancangan. Ia memberi kami masa untuk merancang terlebih dahulu. Walaupun keadaan agak mencabar, namun dialog terbuka telah melicinkan perancangan sehingga ke saat pelancaran ICT,”kata Pegawai Pemerintah 783 SIR.
Semangat keakraban dan persaudaraan
Selain daripada sifat komitmen, hal yang mengalukan kedatangan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi kembali untuk ICT adalah ikatan persaudaraan yang erat yang terjalin sejak bertahun-tahun lamanya.
Menurut CFC (NS) Sanjay: "Setiap kali kami kembali, kami akan saling berkongsi masalah antara satu sama lain dan yakin bahawa orang yang mendengar tidak akan menyampaikannya kepada orang lain. Sifat kepercayaan dan keyakinan inilah yang membentuk teras persaudaraan kami."
Anggota berusia 27 tahun, yang bekerja di perkhidmatan awam, turut mengatakan bahawa beberapa orang Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi juga menawarkan untuk mencari pekerjaan bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan sepanjang pandemik.
"Keadaan sekarang memang amat sukar," kata MEJ (NS) Tan. "Ramai yang khuathir tentang pekerjaan mereka, punca pencarian mereka selain terpaksa menjalani ICT selama dua minggu. Walaupun berhadapan dengan cabaran sedemikian, mereka tetap memberi komitmen dan profesionalisme, untuk kembali bertugas.”
Menjalankan tugas masing-masing
Peguam berusia 36 tahun itu menceritakan semasa ICT terakhir, dia melihat askar-askar meneliti dan memastikan peralatan peribadi mereka siap, walaupun ketika menjalankan aktiviti rutin seperti penyediaan stor dan kenderaan.
Mereka juga bekerja sehingga larut malam untuk membuat persiapan bagi latihan dan senaman. Semangat persaudaraan adalah tinggi dan tidak ada sebarang rungutan.
"Disebabkan oleh pandemik ini, program latihan diregangkan dan Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi terpaksa bekerja hingga larut malam untuk memastikan kenderaan dan peralatan tersedia di peringkat batalion," kata MEJ (NS) Tan.
"Sifat kepaduan, dedikasi dan komitmen ini merupakan bahan utama bagi kami untuk memenangi anugerah Unit NS Terbaik."
Bagi CFC (NS) Sanjay, memenangi anugerah itu adalah suatu kejutan manis. "Setiap kali kami kembali untuk menjalani ICT, perasaan kekitaan dan niat itu tidak pernah hilang. Tidak pernah ada saat di mana sesiapa pun memberi usaha yang kurang daripada 100 peratus, sebaliknya, mereka memberikan komitmen penuh – sejak dari hari-hari aktif kami sehinggalah ke ICT.
"Kami hanya menunaikan kewajipan masing-masing untuk Singapura."
ALSO READ IN MILESTONES
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
07 Oct 2025
Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
01 Jul 2025
SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.

