MILESTONES
716 SIR DINOBATKAN UNIT INFANTRI NS TERBAIK BAGI 2 PDF
28 Jun 2022
Ini adalah kemenangan kedua berturut-turut bagi batalion infantri.
Askar rakyat ini mengusahakan "perbarisan laluan" dalam masa lapang mereka untuk membina kecergasan tempur mereka.
Salah seorang melaporkan diri untuk Latihan Dalam Kem (ICT) walaupun diberi pilihan untuk menangguhkannya – memandangkan ahli keluarganya berada dalam keadaan kesihatan yang tenat pada masa itu.
Seorang askar pula melengkapkan jarak yang lebih jauh semasa misi daripada yang diarahkan. Alasannya? Sebagai seorang pengakap, dia ingin mengumpul lebih banyak maklumat rahsia berkenaan pasukan musuh.
Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi (NSmen) ini berasal daripada Batalion ke-716, Rejimen Infantri Singapura (716 SIR).
Dengan komitmen padu dan kerja keras, batalion mereka memperoleh REDCON 2A – gred kedua tertinggi yang mungkin – untuk penilaian keseluruhan Pusat Penilaian Latihan Tentera (ATEC) mereka tahun lalu.
716 SIR dinobatkan sebagai Unit Infantri NS (Perkhidmatan Negara) Terbaik Bagi Perintah Angkatan Pertahanan Rakyat Ke-2 (2 PDF) dalam pertandingan Unit Tempur Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tahun ini.
2 PDF bertanggungjawab, di antaranya, menentang keganasan dan keselamatan tanah air dalam sempadan Singapura.
Menurut Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel (LTC) (NS) Jeremy Lee: "Ini adalah detik yang amat membanggakan bagi unit tersebut. Kami memulakan perjalanan NS ini semata-mata untuk memberi khidmat terbaik kepada unit dan rakan seperjuangan kami dan bukan untuk mendapatkan sebarang anugerah.
"Justeru, kekuatan unit terletak pada komitmen askar-askar kami, dan keinginan kami untuk melakukannya yang terbaik bagi semua anggota kami. Dan kami semua berasa amat bangga dengan kemenangan anugerah bersama."
Salah satu cabaran yang dihadapi LTC (NS) Lee ialah mendapatkan 600 askar-askarnya untuk membina kecergasan tempur mereka sebelum penilaian ATEC Peringkat 2 mereka pada November tahun lalu.
Ini adalah kerana kebanyakan anggota tenteranya berada dalam lingkungan umur lewat 20-an, dan sibuk membina kerjaya dan memulakan keluarga baharu, ia amat mencabar bagi mereka untuk mengekalkan kecergasan mereka, jelasnya.
Selain itu, pada masa itu, batalion juga tidak dapat melakukan sebarang perbarisan laluan pra-ICT disebabkan oleh sekatan COVID-19, katanya lagi.
"Jadi kami hanya melakukannya dalam kumpulan kecil. Askar-askar itu pergi sendiri dengan panglima mereka untuk melakukan 'perbarisan laluan' dalam masa sendiri," kata lelaki berusia 45 tahun itu.
LTC Lee, yang menyandang jawatan Penolong Ketua Pegawai Operasi Hospital Universiti Nasional, menjelaskan sebab mengadakan sesi latihan tambahan ini: "Kami perlu pastikan mereka sedia bertempur sebelum menyertai ICT.
"Tidak ada pil ajaib – anda tidak boleh membina kecergasan tempur dalam masa dua minggu sahaja, kami perlu membuat beberapa persiapan sebelum ICT."
Panglima Detasmen Mortar, Sarjan Ketiga (3SG) (NS) Marcus Tan bersetuju. "Tidak seperti tempoh aktif kami apabila kami biasa sepenuhnya dengan latihan di luar medan lapangan secara berterusan, kami perlu membiasakan diri semula dengan semasa kembali sebagai Anggota Perkhidmatan Negara Sedia Beroperasi."
Tambah pegawai berusia 30 tahun itu: "Berlatih dan berada di medan lapangan, kami perlu berhati-hati dan saling menjaga sesama sendiri."
Bagi Kapten (CPT) (NS) Satria Sadon, persiapan untuk Penilaian Peringkat 2 ATEC semasa pandemik COVID-19 merupakan tempoh yang paling mencabar dihadapinya sebagai pegawai.
Menurut pegawai berusia 38 tahun itu, bekerja sebagai pakar perisikan di Google: "Ramai di kalangan kami bekerja dan belajar pada masa yang sama, dan (mengimbangi) keluarga, memang sukar bagi kami untuk mengumpul semua orang sebelum ICT.
"Tetapi nikmat di sebalik (cabaran kerana COVID-19) ialah ia telah mengeratkan hubungan persaudaraan kami. Kami menjalankan banyak aktiviti di luar ICT, walaupun dalam talian – kami ada banyak sesi zum untuk membincang tentang latihan dan senaman yang seterusnya."
Di samping menyuarakan kebanggaan tentang kemenangan kedua berturut-turut 716 SIR dalam pertandingan Unit Tempur Terbaik tahunan SAF, dia berkata: "Ini adalah bukti usaha padu kami di semua peringkat – askar dan panglima. Anugerah ini seterusnya (akan) mendorong kami semua untuk terus berkhidmat dengan sebaik-baiknya."
Bagi rakan sekaliannya
Bagi 3SG (NS) Marcus Tan, rakan-rakannya merupakan motivasi untuk melakukan yang terbaik dalam latihan.
"Mengimbas kembali, sesuatu yang paling saya hargai ialah perpaduan dan keakraban di kalangan ahli pasukan," katanya.
"Dalam platun mortar saya, kami banyak berkomunikasi dengan satu sama lain. Kami mengambil masa dan usaha untuk saling mengenali dengan lebih mesra, terutamanya tentang kehidupan kami di luar ICT (dan) bagaimana perkembangan setiap orang.
"Saya tidak sabar untuk bertemu rakan-rakan setiap kali saya berada untuk ICT dan menikmati masa yang diluangkan bersama mereka."
ALSO READ IN MILESTONES
MINDEF/SAF melancarkan ladang solar pertama di pangkalan udara, diunjurkan memberikan penjimatan kos $1.9 juta setahun
30 Jan 2026
Ladang solar itu terletak di Pangkalan Udara Sembawang, yang turut menampilkan inisiatif hijau lain seperti bangsal basuh helikopter automatik dan penggunaan eko-asfalt untuk latihan pembaikan landasan.
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025

