MILESTONES
7 FAKTA MENGENAI TENTERA LAUT SINGAPURA KAMI!
13 May 2020
SEBAGAI MEMPERINGATI ULANG TAHUN KE-53 TENTERA LAUT REPUBLIK SINGAPURA (RSN) PADA 5 MEI, BERIKUT IALAH SENARAI FAKTA YANG ANDA TIDAK MUNGKIN TAHU MENGENAI WIRA PEMBELA PERAIRAN KITA.
1) RSN telah berlayar di seluruh dunia
Mengendalikan operasi menentang ancaman kegiatan melanun di Teluk Aden. Berlatih di samping tentera laut multinasional di latihan maritim terbesar di dunia luar pesisir pantai Hawaii, Amerika Syarikat (AS). Melakukan penembakan misil bersepadu dengan tentera laut lain di Laut Andaman.
RSN telah mengerah kapal-kapalnya di seluruh dunia untuk latihan dan operasi, mengasah kemampuannya sambil menjalin persahabatan dan mengukuhkan saling kendali dengan lain-lain negara.
Pada 2000, RSS Endurance mencipta sejarah tempatan dengan menjadi kapal RSN pertama yang mengelilingi dunia. Pengerahan empat bulan itu meliputi 25,000 batu nautika (iaitu 46,300 km!) dan membawa Kereta Kebal Kapal Pendarat (LST) ke sembilan pelabuhan dan melalui Terusan Suez dan Terusan Panama.
Sebagai sebahagian daripada pelayaran tersebut, anak-anak kapal menjalankan latihan dengan sesetengah negara hos. Antaranya Tentera Laut Perancis, dalam perjalanan ke Toulon, Perancis. Dalam latihan tersebut, helikopter Perancis membuat sejumlah 34 pendaratan di atas dek penerbangan RSS Endurance sambil menyeberangi Selat Inggeris.
2) RSN telah membantu dalam banyak misi bantuan kemanusiaan dan bencana (HADR)
Di samping melindungi perairan Singapura dan menyumbang kepada usaha keselamatan maritim antarabangsa, RSN juga membantu dalam misi bantuan kemanusiaan dan bencana serantau.
Contohnya, RSN menghulurkan bantuan kepada Indonesia berikutan bencana tsunami Boxing Day 2004. Dalam operasi luar negara SAF terbesar yang dijalankan setakat ini, lebih daripada 1,500 anggota SAF dan tiga LST telah dikerah sebagai sebahagian daripada usaha HADR.
Baru-baru ini, RSN juga telah menghantar kapal-kapalnya untuk membantu dalam operasi mencari multinasional penerbangan Malaysian Airlines MH370 yang hilang di Teluk Thailand pada 2014, dan penerbangan AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa pada tahun yang sama.
3) RSN membeli salah satu kapal terawalnya dengan harga US$1!
Pada pertengahan 1970-an, RSN "membeli" LST kelas County pertamanya daripada Tentera Laut AS pada harga token US$1. LST kelas County menyokong RSN dengan mengangkut anggota dan peralatan, dan malahan telah dikerah ke Timor-Leste pada 1999 sebagai sebahagian daripada usaha menjaga keamanan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Selepas lebih dari 20 tahun dalam perkhidmatan, LST kelas County telah diganti dengan kelas Endurance pada 2000. Penjimatan yang sangat menguntungkan!
4) Kapal-kapal boleh "bercakap" dengan satu sama lain menggunakan isyarat visual
Kelasi-kelasi sungguh pintar - sebelum radio dicipta, mereka berhubung dengan kapal-kapal lain menggunakan isyarat seperti bendera dan panji-panji yang dinaikkan pada tali anja kapal (tali yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan layar atau bendera).
Amalan ini diteruskan sehingga hari ini apabila mengekalkan senyap radio atau apabila komunikasi suara merosot. Menggunakan Kod Isyarat Antarabangsa, kapal-kapal masih boleh berkomunikasi melalui mesej ringkas walaupun dengan bahasa pertuturan yang berbeza!
5) Menyanyi dengan kelasi kami: Lagu rasmi RSN boleh dikesan asal-usulnya pada 1974
Tahukah anda RSN mempunyai antem rasmi yang dipanggil... Lagu Tentera Laut (mudah untuk diteka bukan)? Ia asalnya dipanggil Lagu Midshipman (istilah untuk pegawai tentera dalam latihan) dan telah ditulis pada 1974 oleh dua orang pegawai kadet, Melvin Huang dan Lionel Liew.
Lagu ini telah diperhaluskan, dan stanza ketiga telah ditambah oleh Menteri Kanan Teo Chee Hean, semasa dia memegang jawatan Ketua Staf (Staf Tentera Laut) dan Pengarah, Direktorat Operasi dan Perancangan Bersama pada 1989. Ia akhirnya digunakan oleh RSN sebagai Lagu Tentera Laut.
Hari ini, lagu ini dinyanyikan di semua acara utama Tentera Laut dan terpahat di dalam jiwa anggota-anggota lelaki dan wanita RSN. Lirik lagunya yang membangkitkan semangat berbunyi: "Onwards and upwards we've moved on and on..."
6) Kelasi berbangga dengan semangat teguh "Keluarga Tentera Laut" mereka.
Pernahkah anda hairan kenapa Tentera Laut Singapura ini selalunya dengan mesra dirujuk sebagai satu keluarga? Secara tradisi, RSN lebih kecil saiznya berbanding Perkhidmatan lain, membuatkan Tentera Laut menjadi satu unit yang amat rapat.
Memandangkan kelasi terpaksa bekerja, makan dan tidur di dalam ruang yang terbatas di atas kapal, ia adalah suatu kebiasaan untuk menjaga satu sama lain semasa tempoh pengerahan yang lama.
7) Adakah anda memahami "bahasa kelasi"?
Memiliki mungkin bahasa yang paling unik antara kesemua tiga Perkhidmatan, RSN mempunyai "bahasa kelasi" sendiri yang menggantikan perkataan atau frasa dengan sesuatu yang asing untuk ditafsir oleh bagi orang yang tidak berpengalaman di laut. Berikut adalah sesetengah daripadanya!
- "Bravo zulu" (singkatannya BZ) bermakna "kerja yang dilakukan dengan baik".
Selalunya digunakan oleh pegawai kanan untuk memuji anggota bawahan mereka untuk pencapaian yang patut dipuji, frasa ini berasal daripada Buku Isyarat Tentera Laut Bersekutu AS.
Tahukah anda bahawa "bravo zulu" asalnya "baker zebra"? Frasa ini dinamakan semula "bravo zulu" apabila Tentera Laut AS menggunakan konvensyen penamaan standard "Alpha, Bravo, Charlie…" huruf ICAO pada 1956.
- "Dog watch" bermakna "tempoh tugasan antara 4 petang hingga 8 malam".
Tempoh ini dibahagi dua, dengan awasan "first" dog dari 4 hingga 6 petang dan awasan "second" dog dari 6 petang hingga 8 malam. Istilah ini asalnya digunakan untuk merujuk kepada awasan malam di atas kapal - waktu di mana semua makhluk tidur kecuali anjing. Nama ini juga dikatakan datang daripada Sirius, "bintang anjing", berdasarkan dakwaan bahawa Sirius adalah bintang pertama yang boleh dilihat pada waktu malam. Awasan first dog selalunya apabila anggota RSN melakukan latihan fizikal atau bermain sukan jika tiada operasi pada waktu itu.
- "Head" bermakna "tandas".
Ini kerana pada zaman dahulu, tandas terletak di head (atau haluan) kapal!
- "Port" dan "starboard" merujuk kepada bahagian kiri dan kanan kapal masing-masing.
"Starboard" berkembang daripada "steorbord", bermakna "sebelah mana kapal dikemudikan". Sebelum zaman GPS, kelasi membuat astronavigasi di sebelah kanan kapal, kerana itu ia dikenali sebagai sisi kemudi.
Istilah lama "larboard" atau "loading side" merujuk kepada sisi kapal - selalunya sebelah kiri - di mana memuat dan menunggah dilakukan. Ia akhirnya ditukar kepada "port" kerana orang mendapati "larboard" amat mudah dikelirukan dengan "starboard".
BONUS: Tahukah anda bahawa kapal (dan pesawat udara) memaparkan lampu navigasi berwarna hijau dan merah? Lampu starboard berwarna hijau dan lampu port berwarna merah!
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

