MILESTONES
5 FAKTA PERTAMA UNTUK RSAF
01 Sep 2022
Menjelang sambutan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ulang tahun ke-54 pada 1 Sep, berikut adalah lima fakta "pertama" yang mungkin anda tidak tahu.
Menjelang sambutan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) ulang tahun ke-54 pada 1 Sep, berikut adalah lima fakta "pertama" yang mungkin anda tidak tahu.
1) Pernahkah anda mendengar luangan jet Hawker Hunter? Ini adalah pesawat pejuang pertama RSAF!
Jet Hawker Hunter buatan British yang dibeli pada 1968 membentuk 140 Skuadron (SQN) pada 1970. Juga dikenali sebagai Ospreys, 140 SQN ialah skuadron pejuang pertama dalam Perintah Pertahanan Udara Singapura (SADC), yang dinamakan semula secara rasmi kepada RSAF pada 1975.
Dua tahun kemudian, Skuadron pejuang kedua SADC, 141 SQN atau Merlins, ditubuhkan.
Pesawat-pesawat ini – yang dikuasakan oleh enjin Rolls-Royce Avon dengan tujah 10,000 paun dan boleh terbang pada kelajuan maksimum 1,150kmj – turut digunakan oleh pasukan aerobatik pertama RSAF, yang dikenali Sebagai Osprey Reds, pada 1973. Pasukan itu kemudiannya dinamakan semula sebagai Black Knights.
Pada pertengahan 1970-an, Hawker Hunters melalui peningkatan besar yang termasuk avionik yang dipertingkatkan dan stesen senjata tambahan. Mereka akhirnya ditukar secara berperingkat pada 1990-an selepas pengenalan F-16 Fighting Falcons.
PS. Adakah anda tahu, anda boleh melihat model Hawker Hunter di Muzium Tentera Udara Singapura?
2) Alouette III merupakan helikopter pertama RSAF!
RSAF menerima yang helicopter pertama daripada lapan helikopter Alouette III buatan Perancis pada 30 Sep 1969 di Pangkalan Udara Seletar. Kemudian pada 1 Okt tahun yang sama, ia membentuk unit helikopter perintisnya untuk menjalani misi pengangkutan, perondaan dan cari dan selamat.
Digelar Skuadron Alouette pada mulanya, ia kemudiannya dinamakan semula 120 SQN apabila SADC menukar sistem penamaannya untuk skuadron kepada bilangan angka pula.
Dengan pemerolehan helikopter Bell 212 dan UH-1H Huey pada 1977, armada Alouette yang semakin tua telah bersara pada awal 1979 selepas berkhidmat selama hampir sedekad.
PS. Tahukah anda Perbarisan Hari Kebangsaan Terbang Lintas Hormat Bendera pertama pada 1970 (gambar di atas) diterbangkan oleh helicopter-helikopter Alouette? Pada masa itu, bendera itu hanya berukuran 3m kali 2m – saiznya telah meningkat lebih 100 kali ganda dan kini berukuran 30 kali 20m!
3) Senapang Oerlikon 35mm membentuk dasar sistem pertahanan udara berasaskan darat RSAF yang baru.
Senjata Anti-Pesawat Oerlikon 35mm yang dibeli pada Oktober 1969, merupakan senjata pertahanan udara pertama SADC. Sistem semua cuaca anti-pesawat ini dikendalikan oleh Batalion 160 yang dibentuk pada 1 Jun 1970 di Pangkalan Udara Seletar.
Berpandukan radar dan automatik sepenuhnya, senjata yang dilengkapi meriam laras berkembar tersendiri itu boleh menghasilkan lebih 1,000 pusingan seminit secara serentak, dan pada jarak 4km.
Bersama-sama peluru berpandu Bloodhound Mark II Surface-to-Air (yang diwarisi daripada British), senapang anti-pesawat 35mm meletakkan dasar keupayaan Pertahanan Udara Berasaskan Darat Singapura.
4) RSAF telah dipanggil untuk misi Bantuan Kemanusiaan dan Bantuan Bencana (HADR) yang pertama pada 1971.
Sebagai respons kepada permintaan bantuan daripada Kerajaan Malaysia, SADC mengambil bahagian dalam usaha bantuan banjir Kuantan pada 6 Jan 1971. Ia bukan sahaja misi HADR yang pertama bagi SADC, malahan ia juga pengerahan operasi pertama di luar negara.
Lima helikopter Alouette III dan anak kapal dari 120 SQN digerakkan untuk misi ini, mengangkut bantuan dan bekalan perubatan serta menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas selama 11 hari.
5) Logo semasa RSAF merupakan reka bentuk yang ketiga.
Apabila SADC ditubuhkan pada 1968, lencananya terdiri daripada bulatan merah dikelilingi oleh bulatan merah luar - adaptasi daripada roundel Tentera Udara Diraja British (yang mempunyai cincin luar berwarna biru).
Pada 1974, ia digayakan sebagai "S" atau lambang yin-yang. Tahukah anda reka bentuk itu berdasarkan penyertaan pemenang yang dihantar dalam pertandingan logo anjuran MINDEF pada 1973?
Logo semasa RSAF, yang diperkenalkan pada 1990, memaparkan simbol kebangsaan Singapura – singa – dalam roundel. Kepala Singa merah mewakili keberanian, kekuatan dan keazaman, manakala roundel menandakan kesatuan tujuan.
ALSO READ IN MILESTONES
Menyahut seruan untuk mempertahankan Singapura
21 Jan 2026
Upacara Penyerahan Senjata mewakili detik yang penuh bermakna apabila rekrut diamanahkan dengan senapang mereka dan mula memikul beban pertahanan negara.
TENTERA LAUT MELANCARKAN KAPAL TEMPUR PELBAGAI PERANAN PERTAMA
21 Oct 2025
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).

