407 PEGAWAI BAHARU SEDIA MEMIMPIN
LAPORAN CHIA CHONG JIN / FOTO LIONEL LEE & IHSAN LTA IFFA
"Khidmat kepada rakan, keluarga, dan yang paling penting, negara anda."
Kata-kata ayahnya masih terpahat dalam fikiran LTA Iffa Daniesha semasa menjalani Kursus Pegawai Kadet selama sembilan bulan yang menjerihkan. Beliau juga merupakan Pegawai Tentera Laut wanita Melayu pertama ddengan Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN).
"Semasa membesar, saya memahami kepentingan berkhidmat untuk negara kita," kata LTA Iffa, yang baru menamatkan pengajiannya di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).
"Ayah saya seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SDCF), dan saya telah mendengar banyak cerita tentang sumbangannya terhadap keselamatan Singapura dan apa yang dilaksanakan untuk negara kita.
Beliau merupakan dalam kalangan 407 kadet yang ditauliahkan sebagai pegawai SAF di perbarisan yang diadakan di Institut Tentera SAFTI pada 10 Dis.
"Terdorong dengan kisah-kisah ini, saya mengambil keputusan untuk menyertai perkhidmatan (beruniform), dan setelah baru tamat pengajian di NTU, saya tahu saya inginkan satu kerjaya yang dinamik."
LTA Iffa menaruh minat khusus dalam hubungan antarabangsa dan diplomasi asing. Beliau sedar berkhidmat dalam RSN akan memberinya pendedahan yang meluas dalam bidang tersebut.
Kenangan yang berkekalan sepanjang hayat
Menurut pegawai berusia 24 tahun itu, masanya dalam Kerahan Latihan Laut Pegawai Kadet Kanan (MSTD) selama sebulan adalah tempoh dalam OCS yang tidak dapat dilupakannya.
"Semasa MSTD, kami diberi peluang untuk mengamalkan teori," kata LTA Iffa. "Sepanjang masa di kapal, kami bukan sahaja belajar tentang kemahiran dan kerja keras yang diperlukan daripada pegawai tentera laut atau cara menyesuaikan diri dengan kehidupan di kapal, kami juga belajar tentang kemahiran insani dan apa yang diperlukan untuk memimpin sepasukan kelasi."
MSTD tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan, tetapi melalui cabaran getir yang dilalui LTA Iffa dan rakan kursusnya, ia telah membentuknya menjadi Pegawai Tentera Laut sekarang.
"Kami terpaksa belajar untuk saling bergantung pada kekuatan masing-masing, di samping belajar daripada kesilapan sewaktu kerahan," katanya.
"Ada banyak masa kami meluahkan isi hati masing-masing; bagaimana kami boleh menambahbaikkan diri sebagai individu dan bagaimana kami boleh memanfaatkan kekuatan masing-masing.
"Setelah melalui semua itu, ia benar-benar memberi wawasan tentang diri saya sebagai pemimpin dan individu, dan bagaimana saya beroperasi dalam situasi tekanan tinggi."
Apabila ditanya tentang perasaannya berkaitan pentauliahannya, beliau menjawab: "Saya memang teruja dengan keadaan saya sekarang dan ingin tahu sejauh mana perjalanan saya dengan Angkatan Tentera Laut."
Peranan penting
Berucap di perbarisan itu, Presiden Halimah Yacob menyatakan: "Perkhidmatan Negara (NS) adalah pemboleh ubah yang kritikal untuk pertahanan dan pencegahan, dan ia diperlukan untuk masa depan kita. Tahun ini memperingati ulang tahun NS ke-55, dan kami memberi penghormatan terhadap keazaman kolektif dan sumbangan generasi Anggota Perkhidmatan Negara."
"Ramai dalam kalangan anda berkhidmat dengan NS dan menyertai perwakilan kehendak kolektif dan iltizam negara kita untuk berdiri bebas sebagai sebuah negara."
Beliau juga mengingatkan para pegawai yang baru dilantik tentang tugasan dan tanggungjawab mereka. "Sambil anda menggalas tanggungjawab sebagai pegawai muda, manfaatkan peristiwa penting ini sebagai peluang terbaik untuk mengimbas sejarah kita, cabaran akan datang, dan bagaimana kita harus maju ke hadapan
"Adalah tanggungjawab anda untuk mendorong dan memimpin, dan ini melibatkan memastikan anggota tentera anda bersatu dan berdaya tahan menghadapi perubahan sosial yang melampau atau pelakon asing yang ingin memecahbelahkan negara kita."
Daripada pencipta kandungan kepada askar
Bagi 2LT Claris Neo, keinginannya untuk meneruskan kerjaya yang bermakna dan memuaskan telah membawanya ke hala Angkatan Tentera Singapura. Sejak di bangku sekolah lagi, anggota tetap yang berusia 21 tahun ini telah berfikir untuk menyertai angkatan tentera.
Hanya selepas ibunya memberi dorongan untuk mengejar impiannya, dia menyertai angkatan tentera kerana dia tahu ia adalah kerjaya yang berbaloi.
"Setiap kali saya keluar bersama rakan-rakan lelaki saya dan mereka berkongsi tentang pengalaman mereka di Tentera Darat, saya akan mendengar perbualan mereka dengan khusyuk dan mendapati pengalaman NS mereka sungguh menarik," kata 2LT Neo.
"Ia mendorong saya untuk mencuba dan mengalaminya sendiri, dan saya tahu ia akan mencabar saya dari semua aspek; fizikal, mental dan emosi, yang boleh membangunkan diri saya, menjadi insan yang lebih baik."
Sebelum menyertai tentera, 2LT Neo adalah pencipta kandungan bebas, dan jadualnya tidak begitu padat berbanding sekarang.
"Jadual saya sebelum ini agak fleksibel, dan saya boleh merancang hari saya lebih awal sebagaimana yang saya inginkan. Tetapi, dalam Tentera Darat, terdapat lebih banyak regimen dan disiplin adalah sangat penting.
"Pada mulanya, sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan rejimen, kerana saya bukan daripada kumpulan beruniform atau sukan di sekolah. Saya tidak terdedah kepada latihan (tentera) dan tidak biasa dengan perintah.
"Syukur, rakan-rakan sebaya saya memberi tunjuk ajar dan saya amat berterima kasih kepada mereka."
Beliau akan mengingatinya selama-lamanya dalam OCS. 2LT Koh berkata: "Perasaan mengatasi masa-masa sukar bersama-sama rakan sebaya dan panglima saya, adalah detik-detik manis yang saya akan simpan dalam hati saya."
Lebih daripada sekadar tugasan
Sebelum memulakan perjalanan OCSnya, 2LT Keagan So berasa penuh dengan keraguan dan ketidakpastian tentang keupayaannya untuk menjadi seorang pegawai.
"Apabila saya mula melangkah masuk ke OCS, ia tidak seperti yang saya bayangkan," kata Pegawai Jurutera Tempur berusia 19 tahun itu. "Saya sedar saya perlu menangani keluk pembelajaran yang curam, dan dengan bantuan rakan seksyen dan rakan-rakan yang saya temui sepanjang sembilan bulan di sini, saya telah menjadi insan dan pemimpin yang lebih baik."
Menurut pemerhatian 2LT Keagan So, seseorang pemimpin bukan sahaja mampu membimbing pasukannya untuk berjaya, tetapi juga seseorang yang mengambil berat tentang kesejahteraan pasukannya dan akhirnya, meninggalkan impak yang positif dalam kehidupan mereka.
Penerima Pedang Kehormat itu berterima kasih kepada ayahnya kerana selalu memberi nasihat dan menjadi seorang ayah yang disanjung tinggi.
"Ayah saya memainkan peranan penting dalam kejayaan saya hari ini. Nasihat terbaiknya kepada saya semasa saya dilantik sebagai Komander Sayap Kadet – beliau menasihatkan supaya tidak bimbang tentang prestasi sendiri, sebaliknya untuk memberi lebih tumpuan kepada anak-anak buah saya dan pastikan mereka dijaga dengan baik.
"Ini adalah sesuatu yang saya akan ingat apabila saya memimpin anak-anak buah saya pada masa depan."
Apabila ditanya tentang pembelajaran utama yang diperoleh daripada OCS, pegawai berusia 19 tahun itu berkata: "Melindungi negara saya, bagi saya, adalah sangat penting.
"Ia lebih daripada sekadar menggalas kewajipan, kerana ia bererti saya melindungi rakan saya, orang tersayang dan keluarga saya."