Finding their bearings amid choppy seas

https://www.defencepioneer.sg/images/default-source/2bfc39f6-5a2f-47ef-976a-5d3ce9be7f25/21mar24_news1_photo187f48f4b-1223-4536-82f0-a5a4f6c87d85.jpg?sfvrsn=ca21a627_1 https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/21mar24_news1_ms
https://www.defencepioneer.sg/pioneer-articles/21mar24_news1_ms
DUA PENYELAM TEMPUR WANITA BAHARU MENYERTAI NDU
21 Mar 2024 | PEOPLE

DUA PENYELAM TEMPUR WANITA BAHARU MENYERTAI NDU

Ke (minggu) neraka dan kembali: Sebagai teman yang sama-sama menghadapi Kursus Penyelam Tempur yang dahsyat, KPT Jhosy Ng dan KPT Angelia Tan menggalakkan satu sama lain untuk tamat latihan sebagai penyelam tentera laut yang elit.

// KISAH OLEH THRINA THAM / FOTO OLEH KENNETH LIN & IHSAN NDU

Dua berudu wanita daripada Angkatan Laut telah tamat latihan sebagai wanita katak.

Kapten (KPT) Angelia Tan dan KPT Jhosy Ng menyertai Unit Penyelam Tentera Laut (NDU) yang elit pada 21 Mac, setelah tamat latihan dalam kalangan 70 pelatih dalam Kursus Penyelam Tempur (CDC) ke-60.

Mereka merupakan penyelam wanita yang ketiga dan keempat dalam Angkatan Laut Republik Singapura, selepas Mejar (Bersara) Esther Tan dan KPT (Bersara) Grace Chan, serta hanya mereka berdua yang sedang aktif berkhidmat.

KPT Ng (tengah) dan KPT Tan adalah wanita katak (juruselam) pertama yang berjaya tamat latihan daripada CDC.

KPT Tan dan KPT Ng telah mengharungi latihan dahsyat yang sama seperti golongan lelaki ketika CDC selama 20 minggu tersebut – termasuk upacara peralihan menggerunkan yang dikenali sebagai Minggu Pembinaan Pasukan (juga dikenali sebagai "Minggu Neraka").

Ini termasuk pusingan berturut-turut bagi cabaran fizikal dan mental seperti berenang di laut, tahan lemas, Latihan Fizikal (PT) Bot dan Terapi Sejuk (mereka direndam dalam air berais).

Mereka juga perlu memperoleh lebih 90 mata untuk Ujian Kecekapan Fizikal Individu mereka, iaitu piawai emas bagi Penyelam.

Ketabahan semata-mata: Pelatih penyelam tempur harus menjalani evolusi berturut-turut tanpa mengetahui bilakah "Minggu Neraka" benar-benar akan berakhir.
KPT Tan mengharungi litar laut yang termasuk berenang di laut, memanjat tali dan berjalan di sepanjang rasuk imbangan, diikuti dengan mendaki menara dan melompat dari sana.

Selepas tamat latihan, mereka akan dikerahkan sebagai Pegawai Bertugas Ke-2 bagi pasukan yang berbeza dalam Kumpulan Selam Pembersihan NDU, melaksanakan operasi keselamatan dalam air dan operasi pelupusan kelengkapan bahan letupan maritim untuk memastikan keselamatan di kawasan perairan Singapura.

Berikut adalah segala-galanya yang perlu anda tahu tentang dua orang penyelam tempur wanita yang baharu dalam Angkatan Laut!

1.  Siapakah mereka?

KPT Jhosy Ng, 32

"Saya ingin menjadi yang terbaik di darat, udara dan laut, dan tiada kerjaya lain yang melambangkan kehebatan itu seperti penyelam tentera laut."

Dorongan ini membuat KPT Ng bukan sahaja cuba menjalani ujian untuk CDC, tetapi akhirnya berjaya mengharungi dan muncul sebagai pelatih terbaik dalam kursusnya. Dengan itu, dia menjadi wanita pertama yang memegang trisula ketika majlis tamat latihan mereka.

Pelatih terbaik dipilih berdasarkan prestasi keseluruhan mereka dalam evolusi fizikal dan ujian teori, serta penilaian daripada jurulatih dan teman setaraf.

KPT Ng menerima anugerah Pelatih Terbaik daripada Komander NDU, Kolonel Francis Goh.

Adakah CDC lebih sukar bagi wanita berbanding dengan lelaki? KPT Ng mengakui bahawa sesetengah bahagian, terutamanya cabaran memikul beban, mungkin sukar. "Malah silinder kembar yang kami guna untuk selam skuba – beratnya 30kg, iaitu 60 peratus daripada berat badan saya!"

Fakta menarik: KPT Ng merupakan seorang ahli terapi pertuturan selama tiga tahun sebelum menukar kerjaya untuk masuk tentera sebagai pegawai tentera laut pada 2020. Dia berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Navigasi di atas frigat RSS Tenacious dan Pegawai Turus di Cawangan Latihan Markas Armada sebelum menyertai CDC ke-60.

KPT Angelia Tan, 28

Tiada siapa yang hairan apabila KPT Tan berminat untuk menjadi penyelam tentera laut. Peminat sukan air ini menikmati ketenangan dalam air lebih daripada hidup di darat!

Dia hampir tidak berjaya untuk turut serta dalam CDC ke-60, kerana dia gagal Ujian Kecergasan Penyelam yang pertama, iaitu prasyarat untuk kursus tersebut.

Namun dengan sokongan rakan-rakannya, termasuk teman sekapalnya ketika itu di atas kapal misi pesisir RSS Indomitable, dia berlatih lebih keras dan berjaya pada cubaan kali kedua.

KPT Tan bersama keluarganya selepas mereka menyematkan lencana penyelam tempur untuknya di majlis tersebut di Kem Sembawang.

"CDC merupakan pengalaman yang turun naik. Terdapat detik apabila saya sungguh bergembira menyelam bersama teman, dan juga detik apabila saya tidak mencapai piawai atau tidak menunjukkan peningkatan dan rasa amat patah semangat," kata KPT Tan, yang telah berkanu sejak sekolah menengah.

"Walau bagaimanapun, pengalaman itu sungguh sukar dilupakan kerana kelompok tersebut bekerjasama dan menyokong satu sama lain untuk mengatasi cabaran."

2.  Mereka merupakan wanita pertama yang menjalani CDC

Walaupun mereka bukan wanita katak pertama, KPT Ng dan KPT Tan adalah wanita pertama yang menyelesaikan CDC dan Minggu Pembinaan Pasukan selama 5 hari yang dahsyat tersebut. Penyelam wanita sebelumnya telah menjalani ujian fizikal dan perubatan serta kursus menyelam yang berbeza untuk lulus ujian pemilihan.

Untuk layak mengambil kursus sekalipun, KPT Ng dan KPT Tan terpaksa lulus pemilihan kecergasan yang tegas (Ujian Kecergasan Penyelam) yang termasuk lapan stesen seperti mendagu, berenang 500m dan berenang sambil tahan nafas dalam air sedalam 10m.

Mereka berdua juga memotong rambut sehingga pendek dalam "gaya lelaki" untuk tujuan kebersihan sepanjang kursus.

Kelulusan mereka daripada CDC ke-60 – selepas mengharungi latihan fizikal dan tekanan mental keras yang sama seperti golongan lelaki – telah membuka jalan bagi lebih ramai penyelam wanita pada masa depan.

3.  Mereka terpaksa memikul beban yang lebih separuh daripada berat badan mereka ketika CDC

Saiz badan kecil tetapi besar dari segi jiwa: Tinggi KPT Ng dan KPT Tan ialah 154cm dan 156cm masing-masingnya dan setiap seorang mempunyai berat badan kurang daripada 50kg menjelang akhir kursus mereka. Ini bermakna bahawa cabaran tertentu amat menggentarkan apabila mereka perlu memikul beban yang berat.

KPT Ng (tengah) mendengar taklimat sebelum menyelam.

Cabaran paling sukar muncul semasa PT Bot, apabila mereka terpaksa memikul bot seberat 80kg dalam kumpulan yang terdiri daripada lapan hingga sembilan ahli, sambil melengkapkan pelbagai cabaran. Kumpulan (atau "bot") yang memenangi setiap cabaran akan dapat rehat, manakala kumpulan lain perlu teruskan cabaran.

"Kami menerima hakikat bahawa kami perlu melakukan lebih banyak cabaran. Jadi, semasa orang lain sibuk "chiong" untuk mencapai tempat pertama, kami hanya bersiap sedia untuk set kedua," kata KPT Tan.  

"Kami memanfaatkan keupayaan kami," KPT Ng menambah sambil bersetuju. "Daya kekuatan kami tidak begitu baik, tetapi daya ketahanan kami adalah lebih baik."

Dia memuji teman botnya atas sokongan mereka, dan berkata: "Saya rasa amat membantu kerana semua orang menunjukkan sikap kerjasama, dan tiada orang yang merungut atau ingin berputus asa. Jadi itu membantu kami berjaya."

"Beban" sebagai ketua kursus: KPT Tan (kiri) dan KPT Ng mengangkat jerigen 20 liter di atas kepala mereka. Setiap satu mempunyai berat kurang daripada 50kg.

4.  Mereka merupakan ketua dalam kursus mereka

Mereka dipilih sebagai ketua kursus ketika CDC (di samping Anggota Tetap lelaki) kerana pangkat kanan mereka dalam khidmat.

Ini bermakna bahawa mereka perlu memimpin Anggota Tetap dan Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa, di samping menjalani latihan mereka sendiri.

"Kami perlu mengawasi keselamatan mereka; kadangkala apabila latihan amat sukar atau apabila kami dihukum, kami cuba berbual dengan mereka dan cuba menaikkan semangat mereka. Kami juga berkongsi maklumat tentang Angkatan Laut secara lebih luas dan pengalaman yang menanti mereka," kata KPT Ng.

KPT Tan (tengah, berdiri) menyelesaikan semakan untuk KPT Ng bagi selamannya.

5.  Hanya terdapat keakraban, tiada sikap bersaing terhadap rakan penyelam wanita mereka

Sekiranya anda tertanya-tanya, tiada sikap bersaing antara kedua wanita ini, yang berkawan sepanjang kursus mereka.  

Malah, KPT Ng merupakan salah satu penggalak terbesar KPT Tan semasa dia terpaksa menjalani semula Ujian Kecergasan Penyelam.

"Dia sentiasa memeriksa perkembangan saya dan membuat tawaran untuk berlatih bersama saya, kerana dia inginkan teman dalam kursus ini," kata KPT Tan, sambil KPT Ng tertawa dan mengangguk dalam persetujuan.

KPT Ng (kiri) dan KPT Tan diikat dengan talian teman ketika latihan menyelam dalam kolam renang.

Sebagai teman dalam CDC, mereka melakukan hampir segala-galanya secara bersama, menurut KPT Tan. "Walaupun kami kadangkala bertukar teman, kami masih 'bersepakat' dan memeriksa antara satu sama lain.

"Bagi kebanyakan selaman kami berdua, kami mempunyai talian teman dan, walaupun saya tidak dapat lihatnya, saya akan menarik talian itu dan tahu bahawa dia berada di sana dan sedang menjaga saya."

Mereka melakukan APA untuk bersiap sedia bagi CDC? Latihan darat atau laut — manakah lebih baik? Dengar jawapan daripada wanita katak kita yang baharu:

Suggested Reading
SEMAKIN KUAT UNTUK LULUS SEBAGAI PEGAWAI
PEOPLE
21 Mar 2024

Cover story
ADIK BERADIK TENTERA
PEOPLE
21 Mar 2024

Seorang memijakkan kakinya dengan kukuh pada tanah, seorang lagi dahagakan pengembaraan – CPT Rebekah Abbott dan CPT (Dr) Hannah Abbott berkongsi kegembiraan membesar dan mendaftar dengan tentera.

Cover story
EMPAT WANITA, 4 PERKHIDMATAN, 19 TAHUN PERSAUDARAAN
PEOPLE
21 Mar 2024

Temui ME6 Toh Bao-En, LTC Nah Jinping, LTC Tong Wei Lynn dan SLTC Tung Wanling.

Feature
SAF BERSEDIA UNTUK MEMPERLUASKAN KAWASAN LATIHAN PULAU TEKONG; SAFTI CITY DIBUKA UNTUK LATIHAN
PEOPLE
21 Mar 2024

She used to serve on the Pulau Tekong akan diperluaskan hingga 10km, dan merupakan sebahagian daripada pelaburan SAF dalam infrastruktur latihan untuk latihan yang lebih berkesan dan realistik.

Feature
ELAUN NS NAIK DARI 1 JULAI 2025
PEOPLE
21 Mar 2024

She used to serve on the Kenaikan itu adalah antara siri pelbagai langkah untuk meningkatkan pengalaman Perkhidmatan Negara (NS) dan mengiktiraf sumbangan anggota kerahan.

PERUBATAN TEMPUR BELAJAR MENYELAMATKAN NYAWA DALAM PENEMPATAN SAF-SCDF
PEOPLE
21 Mar 2024

LCP Chen Anhong melangkah ke atas untuk merawat pesakit dan menyediakan perkhidmatan perubatan kecemasan selama enam bulan bersama SCDF.

Cover story
SAF BAKAL MENDAPATKAN KENDERAAN PERANG INFANTRI BARU, 2 LAGI KAPAL SELAM; MEMBINA KEUPAYAAN TANPA PEMANDU
PEOPLE
21 Mar 2024

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menekankan pendekatan jangka panjang SAF untuk membina pasukan pejuang generasi akan datang, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan mengenai belanjawan pertahanan.

Feature
JODOH DICIPTA DALAM SAF
PEOPLE
21 Mar 2024

She used to serve on the MAJ Jayaram Venugobalan Naidu dan Kasturibai Athmaram bertukar daripada teman sekolah kepada teman hidup selepas peluang dihantar ke unit yang sama menyebabkan mereka berhubung semula.

Simulasi gangguan bekalan elektrik, serangan pancingan data akan dijalankan sebagai sebahagian daripada latihan Pertahanan Mutlak
PEOPLE
21 Mar 2024

Dalam Latihan SG Ready tahun ini, tumpuan diberikan kepada gangguan kuasa yang disebabkan oleh ancaman siber, mencabar rakyat Singapura untuk berdaya tahan dan bersedia dalam dunia yang semakin digital.

DIA TERJUMPA EMAS (PENYELAM).
PEOPLE
21 Mar 2024

Diilhamkan oleh bapanya yang merupakan anggota NS Komando, 3SG Fong Zheng Wei beralih daripada kegagalan IPPT kepada mencapai Emas Penyelam.