MILESTONES

143 SQN MENJULANG TINGGI SEBAGAI SKUADRON PEJUANG TERBAIK SAF

24 Jun 2020

Kerja berpasukan, dedikasi, dan cetusan aksi menari menjadi formula kemenangan Skuadron (SQN) 143, Tentera Udara Republik Singapura.

24jun20_news3-1
Anak kapal 143 SQN bersedia melindungi ruangan udara Singapura ketika menghadapi ancaman COVID-19.

// BERITA THRINA THAM

// FOTO CHAI SIAN LIANG


English 华文
English 华文

Berjaga-jaga dan bersedia melindungi Singapura: Anak kapal 143 SQN bertindak segera memintas dan mengiringi penerbangan Singapore Airlines SQ 423 ke Lapangan Terbang Changi pada Mac lepas, selepas menerima amaran ancaman bom.

"Anak kapal menerima arahan untuk berlepas dalam beberapa minit... Ini merupakan panggilan tugas dalam situasi hidup nyata dan ini merupakan sesuatu yang kita dilatih dan disediakan untuk hadapi," kata Pegawai Pemerintah Mejar (MAJ) Norman Teo, 36.

Pesawat F-16C berlepas. Dua pesawat jet F-16 telah diarah untuk memintas dan mengiringi penerbangan Singapore Airlines yang dalam perjalanan pulang dari Mumbai, selepas menerima amaran ancaman bom.

Begitulah gambaran semangat 143 SQN, yang telah memenangi Skuadron Pejuang Terbaik dalam Pertandingan Unit Terbaik Angkatan Bersenjata Singapura tahun ini.

Anugerah ini menandakan kemenangan keempat skuadron, di mana kemenangan terakhirnya ialah pada 2017. Ia juga merupakan kemenangan keduanya sambil mengendali jet pejuang multi-peranan F-16C/D.

Menegakkan standard tinggi

MAJ Teo berkata anugerah itu menjadi bukti kepada kerja keras dan dedikasi askar-askar udara skuadron.

Walaupun pasukan telah mengurangkan latihan luar negara kerana keadaan COVID-19, mereka terus mengekalkan standard yang tinggi semasa berlatih di dalam negeri.

Skuadron ini ada ketikanya perlu tinggal di pangkalan dan berjauhan daripada keluarga, demi khidmat bagi melunaskan tugas operasi mereka.

MAJ Teo meletakkan kredit kemenangan 143 SQN kepada dedikasi pasukannya.

"Semua orang di sini berdedikasi dan terdorong dan mereka tahu apa yang mereka perlu lakukan... Walaupun di tengah-tengah ancaman COVID-19, di mana kami memastikan diri kami selamat, kami perlu berlatih untuk mengekalkan kelebihan operasi," kata MAJ Teo.

Semangat keluarga Phoenix

Melindungi ruang udara Singapura merupakan tugas yang biasa bagi juruterbang Kapten (CPT) Dinesh Christopher Rajendram.

Anggota berusia 28 tahun itu merupakan salah seorang daripada juruterbang yang menyediakan pertahanan udara semasa Persidangan Kemuncak Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK)-Amerika Syarikat (US) Singapura pada 2018.

CPT Dinesh bersedia untuk penerbangannya. Juruterbang ini terlibat dalam operasi pertahanan udara semasa Persidangan Kemuncak DPRK-US di Singapura.

Mengenai berada jauh dari keluarganya semasa COVID-19, dia berkata: "Kami memahami dengan sangat jelas peranan kami dalam melindungi ruang udara."

"Kesetiakawanan dan ikatan (antara) keluarga Phoenix (143 SQN) mendorong kami untuk terus berjuang. Kami melakukan ini bersama-sama dengan saudara-saudara kami."

Jurutera Pakar Tentera Udara 3 Desmond Ong (hujung kiri) memastikan anak-anak kapal darat mematuhi langkah-langkah penjarakan selamat COVID-19 sambil mengekalkan fokus kepada misi mereka.

Walaupun bukan baru bekerja, Juruteknik Tentera Udara Sarjan 3 (3SG) Theodore Tan tidak pasti apabila ditugaskan untuk membuat konfigurasi pesawat untuk misi penerbangan tertentu.

Dia memberanikan diri untuk bertanya kepada penyelianya bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

"Saya menjangkakan akan dimarahi tetapi keadaan bertukar menjadi lebih baik daripada dijangkakan. Pasukan Bertugas sebenarnya gembira bahawa saya ingat untuk bertanya...dan dia membimbing saya melalui keseluruhan proses," kata Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF).

"Dari hari ke hari, saya menyaksikan kerja berpasukan dan kecemerlangan dalam semua anggota skuadron. Semua anggota membantu, menggalak dan menyokong satu sama lain," dia menambah.

3SG Tan sedang menjalankan pemeriksaan penyelenggaraan atas pesawat F-16C. NSF ini telah mempelajari kepentingan kerja berpasukan serta kecemerlangan pasukan di dalam skuadron.

Langkah-langkah yang tepat

Kemenangan unit ini menjadi berkat yang berganda bagi 3SG Tan, kerana sikap bekerja terpuji yang membolehkan dia meraih Anggota Tentera Terbaik Bulanan awal bulan Mac tahun ini.

Anggota berusia 22 tahun yang akan menamatkan perkhidmatan sepenuh masanya pada 2 Ogos, menghargai peluang dapat menyertai skuadron dalam latihan tentera bersama dengan Tentera Udara India di Stesen Tentera Udara Kalaikunda di India dari 31 Okt hingga 12 Dis 2019.

"Kami dapat bekerja bersama-sama dalam barisan penerbangan di mana pesawat jet terbang sebelah menyebelah dan saya dapat melihat semua senior dan anggota Tetap bekerja bersama-sama. (Disebabkan oleh kekangan ruang), kami tidak boleh mendapat barisan penerbangan yang sama di Singapura."

3SG Tan juga mengambil bahagian dalam beberapa 'marshalling' kreatif yang dijadualkan secara sengaja, di mana para marsyal memeriahkan pergerakan untuk menaikkan semangat anak-anak kapal udara dan darat.

"Ramai daripada kami yang menyertainya; (sesetengah) menari kepada irama K-pop, ada yang membuat skit... Segalanya untuk menggembar-gemburkan suasana sambil mereka bersedia untuk melancarkan jet," dia mengimbau kembali.

3SG Tan, yang akan mengikuti ijazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Universiti Teknologi Nanyang, menambah bahawa 143 SQN bekerja keras tapi juga meluangkan masa untuk berseronok.

"Walau bagaimana mencabar (kerja) ini, dengan pengiktirafan (menjadi Skuadron Pejuang) dan dengan pemahaman bahawa kami berpeluang menikmati kerja yang diberikan – ia sesuatu yang tidak boleh dilupakan."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story