MILESTONES

143 SQN MENANG SKUADRON PEJUANG TERUNGGUL 4 TAHUN BERTURUT-TURUT

29 Jun 2023

Ketahanan, dedikasi dan budaya pelaporan terbuka – ciri-ciri inilah yang membantu skuadron dalam kemenangan mereka.

29jun23_news3-herobannera
Anak kapal 143 SQN berasa bangga dengan kemenangan Skuadron Pejuang Terunggul bagi kali keempat berturut-turut.

//KISAH TEO JING TING / FOTO CHAI SIAN LIANG & IHSAN RSAF


English 华文
English 华文

November lalu, anak kapal 143 Skuadron (SQN) menghabiskan enam minggu mengasah kemahiran operasi mereka di India.

Empat pesawat pejuang F-16C/D dari skuadron telah dikerahkan untuk Latihan Ketenteraan Bersama (JMT) di Stesen Tentera Udara Kalaikunda, selepas berehat selama dua tahun akibat pandemik COVID-19.

Semasa latihan itu, anak kapal 143 SQN dilatih bersama-sama rakan sejawatan mereka dari Tentera Udara India (IAF) dalam senario udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan yang realistik dan kompleks.

RSAF F-16C/Ds dan IAF SU-30MKI sedang berlepas untuk misi latihan semasa JMT tahun lepas. [Foto: RSAF]
Pesawat pejuang dari kedua-dua RSAF dan IAF yang menyertai JMT 2022. [Foto: RSAF]

"JMT membantu kami memikirkan cara (berbeza) untuk berlatih menentang musuh, kerana di Singapura, kami melakukannya dengan (hanya) pejuang sendiri," jelas juruterbang pejuang F-16 KPT Rachel Lee, 30.

"Kami dapat bercakap dengan juruterbang IAF untuk memahami bagaimana mereka bertempur dan berlatih dan kemudian memikirkan taktik dan strategi kami sendiri."

Penyelarasan rapat

Selain latihan tempo tinggi, salah satu bahagian latihan yang paling diingati untuk KPT Lee ialah melihat bagaimana anak kapal bersatu-padu untuk mencapai kejayaan misi.

Daripada anak kapal kepada kru logistik; semua orang bantu-membantu dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semasa latihan, katanya.

KPT Lee (latar depan) mengendalikan pemeriksaan pra-penerbangan pada jet pejuang F-16.

Pakar Tentera (ME) 2 Jurutera Tentera Udara Kaarthigan A/L A Anbalahan bersetuju, sambil mengatakan mereka harus berfokus dan berdedikasi pada setiap masa untuk memastikan pesawat itu sedia untuk penerbangan.

Menurut pegawai berusia 31 tahun itu: "Hubungan kerja di antara juruterbang dan kami adalah rapat – inilah cara kami membina kepercayaan dan keyakinan. Mereka mempunyai keyakinan bahawa kami akan memastikan pesawat itu selamat untuk penerbangan, dan kami sering berkomunikasi."

Jurutera Tentera Udara memuatkan peluru berpandu udara-ke-udara jarak dekat AIM-9 ke dalam jet pejuang F-16.

Keluarga kedua

Ikatan kerja ini juga membawa kepada jalinan persahabatan yang erat, satu keperluan dalam skuadron yang kecil.

Ini adalah amat penting kerana anak kapal sering menghabiskan masa berbulan-bulan berlatih atau dikerah ke luar negara. Bagi kebanyakan mereka, 143 SQN adalah umpama keluarga kedua.

Menurut KPT Lee: "Salah satu cabaran unik yang saya hadapi sebagai juruterbang pesawat pejuang ialah menghabiskan masa sehingga empat bulan di luar negara.

"Tetapi ia masih mudah diuruskan kerana kami adalah pasukan yang rapat... Ini menjadikan masa berjauhan dari Singapura agak baik."

Tambah ME2 Kaarthigan: "Walaupun kami berada jauh dari Singapura untuk tempoh yang agak lama tetapi kami tidak benar-benar merasakannya kerana kami mempunyai hubungan yang mesra dengan rakan sekerja kami."

(Dari kiri) KPT Lee, LTC Ng dan ME2 Kaarthigan berasa bangga mengganggotai 143 SQN.

Budaya pelaporan terbuka

Tetapi kunci utama rentak kemenangan mereka ialah budaya terbuka yang ternyata di 143 SQN. Ini bermakna sesiapa sahaja boleh menyuarakan pendapat dan maklum balas mereka secara terus terang, tanpa mengira pangkat atau kekananan.

Budaya ini adalah bagus memandangkan anak-anak kapal udara sentiasa bekerja selama berjam-jam dalam persekitaran bertempo tinggi.

Pegawai Pemerintah Leftenan Kolonel (LTC) Joel Ng, 38, berkata: "(Apabila) penyelia dan pasukan perintah dapat berkongsi kesilapan kami secara terbuka, ini membantu menyedarkan anak kapal udara junior bahawa mereka juga boleh berbuat demikian.

"Melalui ini, kami dapat mencantas sebarang potensi kesilapan dengan pantas dan tidak membiarkannya menjadi tabiat buruk kerana, dalam penerbangan, tabiat dan corak yang betul adalah sangat penting."

LTC Ng berkata 143 SQN akan terus melatih juruterbang yang cekap dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan misi.

Meneruskan rentak kemenangan mereka

Walaupun kemenangan Skuadron Pejuang Terunggul merupakan satu kejutan yang menggembirakan, anak kapal 143 SQN masih bertumpu pada matlamatnya – iaitu untuk melatih juruterbang yang cekap dan melakukan yang terbaik untuk mencapai kejayaan misi dalam semua perkara yang dipertugaskan kepada mereka.

LTC Ng berkata: "Tiada jangkaan sebenar untuk menang kerana ia bukan tumpuan sepanjang tahun… Kami akan (hanya) terus menjalankan apa yang kami lakukan.

"Sebenarnya kami bersaing dengan banyak unit pejuang yang kukuh dan sesiapa juga boleh menang. Tetapi saya percaya kami berada di hala tujuyang betul."

Share this story:

Got a great story to share?
Send it our way — we might feature it!

Share Your Story