MILESTONES
1,134 TAMAT LATIHAN SEBAGAI PAKAR SAF
24 Aug 2017
Semasa membelek-belek gambar lama, Sarjan ke-3 (3SG) Nur Farah Atiqah Binte Mohamad Ah Halim benar-benar menemui hasrat beliau -- untuk menyertai Askar. Ia adalah dalam bentuk gambar arwah datuk beliau yang memakai pakaian seragam No. 1.
"Pada masa itu, saya masih di awal usia remaja … saya bertanya ibu saya sama ada arwah datuk berkhidmat dalam Askar dan ibu saya menyatakan bahawa arwah datuk adalah sebahagian daripada pasukan Angkatan Bersenjata Singapura. Saya berjanji kepada diri sendiri bahawa satu hari nanti, saya juga akan memakai pakaian seragam yang sama seperti beliau."
Lebih daripada 10 tahun kemudian, gadis yang kini berumur 26 tahun telah memenuhi impian tersebut. Beliau bukan sahaja berdaftar dengan Askar pada Oktober lalu, didorong oleh suami beliau yang merupakan Anggota Tetap Polis Tentera, malah cemerlang dalam Kursus Kadet Pakar.
Penerima Bayonet Perak adalah salah seorang daripada 1,134 kadet yang tamat latihan sebagai pakar, dalam acara perbarisan yang telah dilangsungkan pada 24 Ogos di Kem Pasir Laba. Majlis tersebut menandakan berakhirnya latihan selama 22 minggu dalam bidang pertempuran dan kepimpinan.
Majlis perbarisan tersebut telah diperiksa oleh Dr Janil Puthucheary, Menteri Kanan Negara, Kementerian Komunikasi & Maklumat dan Kementerian Pendidikan.
Dalam ucapan beliau, Dr Puthucheary memberi amaran bahawa ancaman pengganas adalah masalah yang sangat nyata dan dekat bagi Singapura.
"Dalam dunia yang kompleks ini …dalam persekitaran keselamatan yang mencabar ini, adalah penting untuk mempunyai barisan kepimpinan yang kukus di seluruh peringkat dalam SAF."
Berucap di hadapan kadet pakar yang baru tamat latihan, Dr Puthucheary menyatakan: "Dalam era keamanan yang bermasalah, kita perlu pemimpin seperti anda untuk mempersiapkan diri warga lelaki kita, wanita kita dan negara kita menghadapi peristiwa yang tidak dapat diduga.
"Jika peperangan atau perbuatan keganasan terjadi di tanah air kita, anda mesti -- anda anda -- bersedia untuk bertindak balas dan menerajui barisan melindungi negara dan tempat tinggal kita."
Salah seorang penerima Bayonet Emas pada majlis tersebut ialah 3SG Yap Jia Le, yang diberikan anugerah Kadet Pakar Tamat Latihan Kehormat Cemerlang yang diberikan kepada 21 kadet pakar tamat latihan terbaik.
Kursus tersebut mengajar gadis berusia 19 tahun tersebut tentang kemahiran kepimpinan yang penting, misalnya menjadi Pegawai Bertanggungjawab (In-Charge/IC) adalah bukan semata-mata mengerah pasukan beliau memenuhi objektif yang ditetapkan.
"Apa yang tenaga pengajar mengajar saya dan apa yang saya lakukan, adalah mendorong diri saya bekerja lebih keras daripada yang lain," ujar Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF), yang akan berkhidmat sebagai Pakar Sistem Pertahanan Udara di Skuadron 163 Tentera Udara Republik Singapura.
"Saya akan pergi satu tempat ke tempat yang lain, menyuruh mereka berusaha dengan gigih dan menjaga kebajikan mereka. Mengetahui bahawa IC bekerja keras, mereka (akan) rasa terdorong untuk berusaha ke arah objektif misi dengan lebih cepat.
"Dengan menunjukkan keprihatinan dan mengambil berat, kita memberikan semangat kepada mereka …ia adalah lebih cekap."
Pakar yang baru tamat latihan 3SG Ho Juin Jie juga berharap menjadi pemimpin yang bertanggungjawab dan berkebolehan kepada anggota lelaki beliau.
Sebelum menjalani latihan kadet pakar, NSF yang berusia 19 tahun dari Unit Selam Tentera Laut ini mendapatkan nasihat daripada abang beliau yang merupakan seorang Pegawai Tentera Laut.
"Beliau memberitahu saya bahawa menjadi ketua kepada anggota lelaki bukanlah tugas mudah. (Saya perlu) mengenali anggota lelaki saya dengan lebih mendalam supaya dapat memanfaatkan kekuatan mereka.
"Saya harap saya (akan menjadi) seorang ketua yang boleh menjadi sandaran kepada rakan seangkatan saya dan saya boleh membimbing mereka dalam cara yang betul."
ALSO READ IN MILESTONES
APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI CMPB BAHARU
14 Oct 2025
Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) baharu di Bukit Gombak dibuka secara rasmi pada 14 Okt, mengalu-alukan pra-pendaftar, anggota askar dan orang ramai ke hab sehenti terkini untuk semua perkara Perkhidmatan Negara (NS).
APA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENJADI PEGAWAI PERUBATAN
07 Oct 2025
Pada bulan Oktober ini, kita meraikan graduan kumpulan ke-100 dari Kursus Kadet Pegawai Perubatan. Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang doktor tentera? Kami membongkar sorotan!
60 TAHUN, KOMITMEN MEREKA KEKAL KUAT
01 Jul 2025
SAF meraikan ulang tahunnya yang ke-60 pada 1 Julai dengan Perbarisan Hari SAF khas dan Majlis Dedikasi Semula Gabungan di seluruh Singapura.






